Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Selasa, Oktober 26, 2010

Mesyuarat AJK Panel Penasihat Kali ke 8

 .
Mesyuarat panel penasihat sepatutnya dijadualkan pada 31 Oktober 2010 telah dibawa kehadapan untuk diadakan bersama dengan 'Mesyuarat Untuk Pelaksanaan Kem Kesihatan Bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Kuala Muda'.  Kem Kesihatan bertajuk 'Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita' akan diadakan pada Ahad 04 November 2010 mulai jam 10 pagi hingga 3.00 petang.

Aturcara Kem Kesihatan tersebut adalah seperti berikut :

-  Ceramah kesihatan
-  Demostrasi Memasak Makanan Sihat
-  Pemeriksaan Pep Smear
-  Pemeriksaan Kesihatan Wanita termasuk BMI, petanda darah, diabetik

Beberapa pameran juga akan diadakan termasuk :

-  Hospital Metro
   Mempamirkan peralatan untuk ujian Memogram

-  Pembekal Perubatan
    Pembekal Vaksin untuk mencegah cancer pangkal rahim.


Mesyuarat Panel Penasihat :

1.    Program Psikososial Remaja

       Berikutan dengan beberapa masalah yang dialami semasa penganjurkan program psikososial remaja yang diadakan di Sekolah Menengah kebangsaan Sungai Pasir, panel penasihat membuat keputusan untuk menghadkan penglibatan klinik kesihatan untuk hanya menyediakan 'manpower' atau tenaga penceramah pada program lain dimasa hadapan. Lain lain urusan termasuk penyediaan tempat, makanan, hadiah, cenderahati dan lain lain akan diserahkan kepada pihak sekolah.

2.     Program Kem Kesihatan

       Ahli panel penasihat diminta hadir untuk memberi sokongan dan bantuan  pada program anjuran bersama klinik kesihatan dan Jabatan Perpaduan Nasional dan Intergrasi Nasional pada 04 November 2010 di Klinik Kesihatan Bakar Arang.

3.      Perlantikan Baru

         Timbalan Pengerusi

         Berlanjutan dengan pertukaran tempat tugas Dr. Noor Azah binti Mohamad Nawi, jawatan Timbalan Pengerusi panel penasihat menjadikan kosong. Panel penasihat sebulat suara melantik Dr. Halimah binti Saad mengisi kekosongan jawatan tersebut.

          Pemeriksa Kira-kira      

         Jawatan  'pemeriksa kira-kira' yang dikosongkan oleh Dr. Halimah digantikan oleh Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Bakar Arang, Puan Lili Hartini Binti Othman berkuat kuasa pada tarikh mesyuarat ini.


4.      Selamat Bertugas

        Ahli panel mengucapkan selamat bertugas kepada Dr. Noor Azah yang akan ke Tanah Suci Mekah sebagai Pegawai Kesihatan untuk Jemaah Haji Malaysia yang menjalankan ibadat haji untuk tahun ini. Apabila selesai tugas di Tanah Suci Mekah nanti, Dr. Noor Azah akan terus bertugas di tempat baru iaitu di Negeri Selangor.

      Dr. Noor Azah melalui wakil mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli panel penasihat yang telah memberikan kerjasama dan sokongan semasa beliau menjadi Timbalan Pengerusi. Beliau juga memohon ampun dan maaf kepada semua ahli panel. Beliau  seterusnya berdoa dan berharap ahli panel penasihat akan terus bergerak aktif menjalankan  aktiviti  yang memberikan manafaat kepada masyarakat. 


5.      Kelab Penyokong Penyusuan Ibu

         Kelab penyokong penyusuan ibu Klinik Kesihatan Bakar Arang masih belum dapat menjalankan aktivitinya. Ahli masih lagi belum memahami konsep kelab ini. Kelab ini masih memerlukan lebih ramai penduduk menyertai kelab tersebut.

       Dicadangkan kelab untuk mengadakan pameran serta  penerangan dan ceramah semasa program kem kesihatan yang akan diadakan pada 04 Nov 2010 serta lain lain kem kesihatan yang diadakan dimasa akan datang.

6.      Kafeteria

        Ahli panel penasihat bersetuju untuk mengemukakan cadangan bagi mengadakan 'kiosk' menjual makanan siap di kawasan klinik kesihatan Bakar Arang. Konsep kiosk tersebut ialah hanya menyediakan makanan setengah masak dan dipanaskan menggunakan microwave oven apabila ada pembeli. Ini akan menentukan kebersihan kawasan dan klinik. Hanya makanan dan minuman berkhasiat yang akan dijual.

Gambar Untuk Ilustrasi Sahaja
       Dimasa ini terdapat van bergerak yang menjual makanan seperti buah-buahan yang beroperasi di luar pintu masuk klinik.