Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Rabu, Februari 23, 2011

Pembentangan Projek Panel Penasihat

JKN Kedah mengadakan program 'Pembentangan Projek Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Negeri Kedah'. Program ini diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah pada Rabu 23 Februari 2011 bermula dari jam 9.00 pagi.

PKD Kuala Muda menghantar 11 orang wakil terdiri dari ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani, Klinik Kesihatan Merbok, Klinik Kesihatan Bedong, Klinik Kesihatan  Sungai Lalang, Klinik Kesihatan Bukit Selambau, Klinik Kesihatan Bakar Arang dan Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memilih projek yang akan mewakili Panel Penasihat Negeri Kedah pada konvensyen Panel Penasihat Kebangsaan yang akan diadakan sedikit masa lagi.

Pembentangan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
  1. Pembentangan Oral
  2. Pembentangan Poster
Pembentangan Oral iaitu menggunakan 'power point presentation' berupa slide presentation dan disampaikan oleh wakil dari :
  • PKD Kuala Muda
  • PKD Baling
  • PKD Yan
  • PKD Padang Terap
  • PKD Sik
Pembentangan poster adalah penerangan aktiviti panel menggunakan poster yang dicetak dan dipamirkan. Daerah yang mengambil bahagian adalah : 
  • PKD Bandar Baru
  • PKD Padang Terap
  • PKD Baling
Kedua pembentangan diadili oleh juri juri bersingan. Untuk pembentangan oral, setiap penyertaan diberi masa 20 minit termasuk sessi soal jawap.

PKD Kuala Muda membentangkan Projek Psikososial Remaja

Kedua dua pembentangan oral dan poster berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tahniah kepada PKD yang berjaya. 
   

    Sabtu, Februari 19, 2011

    Mesyuarat dengan JKKK Pantai Prai

    Sebahagian yang hadir pada mesyuarat
    Wakil panel penasihat dijemput oleh JKKK Pantai Prai pada mesyuarat yang diadakan untuk membincangkan program Majlis Perasmian Klinik Desa Pantai Prai. Mesyuarat diadakan di dewan orang ramai Pantai Prai bermula pada jam 9.00 malam. Mesyuarat dihadiri oleh 29 orang penduduk kampung, 4 orang wakil panel penasihat dan 2 staf Klinik Desa Pantai Prai.

    Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Masjid Pantai Prai dan seterusnya dimulakan dengan di pengerusikan oleh Dato' Hj. Hashim Bin Hanafiah. Beliau menerangkan tujuan mesyuarat diadakan dan menerangkan serba ringkas apakah tujuan kem kesihatan diadakan. Beliau memohon kerjasama semua penduduk kampung untuk bersama menjayakan program tersebut.

    Antara perkara yang dibincangkan dan dipersetujui adalah :
    • Pemberitahuan kepada penduduk Pantai Prai
    • Kemah, meja dan kerusi
    • Jamuan pagi
    • Jamuan tengah hari
    • Kenderaan untuk mengangkut penduduk menjalankan pemeriksaan
    • Surat pelepasan untuk kanak tadika dan pra sekolah
    Beliau memohon agar panel penasihat menyediakan bilangan doktor, kakitangan, peralatan, kelengkapan dan ubat-ubatan secukupnya untuk menjalankan kem kesihatan. Ucapan dan ceramah kesihatan dipendekkan dan tumpuan diberikan kepada pemeriksaan kesihatan.
       

    Ahad, Februari 13, 2011

    Mesyuarat Panel 02/2011

    Mesyuarat panel penasihat kali ke 2 diadakan pada 13 Feb 2011mulai jam 3.00 petang. Agenda utama pada mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan aktiviti panel yang akan diadakan di Klinik Desa Pantai Prai dan Kem Kesihatan yang akan diadakan di Taman Intan.

    1.    Kem Kesihatan

           Aktiviti ini dicadangkan oleh KRT Taman Intan untuk diadakan pada Sabtu 23 April 2011. KRT Taman Intan akan menyediakan tempat, persiapan dan jamuan.


    2.    Majlis Perasmian Klinik Desa Pantai Prai

           Tarikh yang dicadangkan pada Khamis 24 Feb. 2011 terpaksa di batalkan. Program tersebut akan diadakan pada 03 Mac 2011.

    Mesyuarat telah memutuskan aturcara majlis:
    •   8.00 pagi         Pendaftar
    •   8.30 pagi         Senamrobik
    •   9.15 pagi         Jamuan pagi
    •   9.45 pagi         Ceramah Kesihatan 1 - Tajuk 'Jaundice'
    • 10.15 pagi         Ceramah Kesihatan 2 - Tajuk 'Pemakanan Sihat'
    • 10.45 pagi         Demonstrasi Penjagaan Gigi untuk Kanak kanak
    • 10.45 pagi         Pemeriksaan Kesihatan
    • 11.30 pagi         Bacaan Doa
    • 11.35 pagi         Perasmian
    • 12.00 tgh hari    Jamuan Tengah hari

    Panel penasihat akan mengadakan mesyuarat khas seminggu sebelum tarikh program untuk semakan terakhir persiapan program.


    3.    Konvensyen

          Konvensyen aktiviti panel penasihat peringkat Negeri Kedah akan diadakan pada 23 Februari 2011 di Jitra. Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang akan menghantar 4 orang wakil. Klinik Kesihatan Bakar Arang akan mengemukakan 'Program Psikososial Remaja' yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani mewakili Daerah Kuala Muda untuk dipertandingkan diperingkat Negeri Kedah.


    4.    Pertukaran

           Dr. Halimah Binti Saad akan bertukar ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda berkuat kuasa 14 Februari 2011. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel penasihat ke atas kerjasama yang diberikan selama ini dan memohon maaf sekiranya ke atas segala kesalahan dan kesilapan. Beliau berjanji akan terus memberikan khidmat kepada panel penasihat jika diperlukan terutama untuk majlis Perasmian Klinik Desa Pantai Prai yang akan datang.

    .