Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Mei 08, 2011

Mesyuarat Panel 05/2011

Mesyuarat panel penasihat kali ke lima berlansung pada Ahad 08 Mei 2011 mulai jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Sebelum mesyuarat dimulakan, kad pengenalan panel penasihat diedarkan kepada ahli yang hadir. Kad ini boleh digunakan sekiranya ahli ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan. Juga ia membolehkan ahli mendapat kemudahan kelas dua sekiranya dimasukkan ke hospital kerajaan.

Antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini termasuk :

Program Psikososial Remaja

Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk meneruskan program tersebut sebagai kesinambungan pada program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangasaan Sungai Pasir, Kuala Muda pada June 2010. Program ini mempunyai kelainan dan adalah satu satunya yang dijadikan sebagai aktiviti panel penasihat.

Program kali ini akan diadakan di Sekolah Menengah Tunku Ismail, Bakar Arang. Pihak panel telah mendapat persetujuan dari pihak sekolah dan perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat.

Program kali ini akan memberikan pengkhususan atau memfokuskan kepada satu atau dua perkara supaya program dapat memberikan output dan kesan. Persediaan hendaklah dari awal supaya remaja yang dibuat saringan mendapat menfaat sebelum meninggalkan sekolah.


Lawatan

PPKK Bakar Arang merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar yang melibatkan ahli panel. Dijangkan seramai 20 orang akan menyertai rombongan tersebut.

Kertas kerja untuk lawatan tersebut akan disediakan.

Tarikh yang dicadangkan : 28 Julai 2011

Destinasi :   Klinik Kesihatan Tampin, Negeri Sembilan


Pemutihan Keahlian

Semakan pada senarai ahli sedang dikemaskinikan. Ini kerana terdapat pertindihan nama ahli dalam panel penasihat,


Uniform panel penasihat

Panel masih lagi belum mendapat sampel bentuk dan warna pakaian seragam untuk ahli panel.


Kehadiran mesyuarat

Kebelakangan ini kehadiran ahli panel agak berkurangan. Usaha telah dibuat termasuk menghantar notis mesyuarat lebih awal dan memaparkan tarikh mesyuarat di dalam laman blog.

Pihak klinik akan membuat panggilan telefon atau menghantar SMS sehari sebelum mesyuarat. Juga ahli lain digalakkan untuk menelifon ahli lain untuk mengingatkan tarikh mesyuarat.


Sijil Penghargaan

Panel akan mengeluarkan Sijil Penghargaan kepada ahli yang hadir pada program perasmian Klinik Desa Pantai Prai pada 03 Mac 2011.


Mesyuarat PPKK Daerah Kuala Muda

Cadangan untuk mengadakan 'seminar' untuk panel penasihat Daerah Kuala Muda akan dibentangkan pada mesyuarat PPKK peringkat daerah. Seminar tersebut dirancang untuk diadakan pada bulan Jun 2011. Pihak penganjur masih belum dapat persetujuan bilangan peserta dan lokasi seminar.


Kem Kesihatan KRT Taman Intan

KRT Taman Intan mengucapkan terima kasih kepada panel penasihat dan kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang kerana sumbangan dan kerjasama dalam aktiviti dan program Kem Kesihatan yang telah diadakan pada 23 April 2011.