Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Jun 19, 2011

Mesyuarat Panel 06/2011

Mesyuarat panel penasihat kali ke enam diadakan pada hari Ahad 19 Jun 2011 mulai jam 2.30 petang di Bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang. Mesyuarat ini sepatutnya diadakan pada 12 Jun 2011 terpaksa ditangguhkan atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ramai ahli panel yang tidak dapat menghadirikan diri kerana sebab sebab lain. Mesyuarat membincangkan perkara perkara berikut :

Program Psikososial Remaja

Segala dokumen dan data berkenaan berkaitan saringan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir telah diserahkan kepada pihak sekolah. Panel penasihat meminta pihak konsular sekolah membuat semakan. Panel penasihat menunggu maklumbalas dari pihak sekolah.

Program lanjutan akan diadakan di Sekolah Menengah Tunku Ismail, Taman Delima. Pihak PIBG dan pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan program tersebut dan kini menunggu keputusan mesyuarat.

Sijil Penghargaan

Sijil penghargaan kepada ahli panel penasihat yang hadir dan memberikan sumbangan semasa program perasmian dan kem kesihatan di Pantai Prai pada 03 Ma 2011 masih belum dapat disiapkan.

Lawatan ke KK Tampin

Tarikh asal lawatan ke Klinik Kesihatan Tampin yang menjalan program 'Kembali Ke Pangkal Jalan', iaitu program pemulihan penagihan dadah (anti-drug) menggunakan 'methadone', terpaksa diubah kerana tidak bersesuaian. Panel penasihat akan menghubungi klinik untuk mendapatkan tarikh baru dan jika bersesuaian akan dibuat pada 19 dan 20hb Jun 2011.

Ahli panel yang berminat untuk menyertai lawatan ini diminta mengemukakan nama kepada Setiausaha Kerja sebelum akhir bulan.

Permohonan Pembelian Digital Fundoscopy

Fundoscopy adalah alat pengimbas keadaan mata yang boleh mengesan penyakit seperti tekanan darah dan diabetik.

Kementerian telah meluluskan pembelian dua unit alat tersebut untuk Daerah Kuala Muda. Salah satu unit akan diletakkan di Klinik Kesihatan Bakar Arang

Kehadiran Ahli Panel

Masalah ketidak hadiran ahli panel penasihat akan dibangkitkan didalam mesyuarat peringkat Daerah dan peringkat Negeri.

Uniform

Panel penasihat KKBA masih belum menerima sampel dan gambar baju korporat untuk ahli panel yang dijanjikan oleh PPKK Kulim. Mesyuarat bersetuju untuk menukar baju kepada 'jacket' kerana lebih sesuai dan senang digunakan. Panel penasihat KKBA akan membuat survey  kesesuaian termasuk warna, saiz, harga dan logo.

Senarai nama ahli panel dan saiz perlu dimajukan sebelum akhir bulan untuk tempahan.

Kem Kesihatan Taman Rhu

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rhu mengucapkan terima kasih kepada panel penasihat KKBA kerana menjayakan program Kem Kesihatan yang diadakan pada Sabtu 11 Jun 2011 di Dewan KRT Taman Rhu.

Aktivit yang akan dijalankan :

1.   Kem Kesihatan Taman Semarak

      Tarikh :      09 Julai 2011

2.  Kem Kesihatan Telok Wang

      Tarikh :      16 Julai 2011

3.  Kem Kesihatan Lubik Saga

      Tarikh :      akan diberitahu

4.  Program Psikososial Remaja Sekolah Menengah Tunku Ismail

      Tarikh :      September 2011

Sabtu, Jun 11, 2011

Kem Kesihatan Taman Rhu

Klinik Kesihatan Bakar Arang telah menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan pada program Kem Kesihatan yang dianjurkan oleh KRT Taman Rhu  pada :

  Tarikh .............. Sabtu 11 Jun 2011
  Masa ................ 09.00 pagi
  Tempat ............. Dewan KRT Taman Rhu

Antara pemeriksaan yang dijalankan termasuk BMI (Body Mass Index), Glucose dan Tekanan Darah. Sambutan yang diberikan oleh penduduk amatlah menggalakkan dan hampir 100 orang penduduk membuat pemeriksaan kesihatan.