Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Isnin, Januari 23, 2012

Sukaneka Pematang Kedundong

JKKK Kampong Pematang Kedondong menjemput Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung tersebut pada Isnin 23 Januari 2012 pada program tahunan sukaneka kampung.

Program adalah aktiviti tahunan yang dijalankan di kampung ini dan ia adalah kali ke sebelas aktiviti sukaneka ini diadakan.  Pada program ini, bantuan diberikan kepada ibu tunggal dan penduduk miskin. Insentif untuk pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan akhir tahun 2011 disampaikan oleh Pengerusi JKKK. Kali ini penambahbaikan dibuat dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan untuk penduduk kampung tertama kepada warga emas.

Sambutan untuk pemeriksaan kesihatan sungguh menggalakkan. Seramai 68 orang penduduk terdiri dari lelaki dan perempuan mendapat perkhidmatan yang julung kali diadakan di kampung tersebut. Diantara pemeriksaan yang disediakan ialah :
  • BMI 
  • Tekanan Darah
  • Kandungan gula
  • Khidmat nasihat
Mereka yang menghadapi masalah kesihatan telah diberi khidmat kaunseling dan seterusnya dinasihatkan untuk mendapat perkhidmatan kesihatan lanjut di Klinik Kesihatan Bakar Arang.






  
JKKK Kampung Pematang Kedundong mengucapkan terima kasih kepada panel penasihat dan klinik Kesihatan Bakar Arang keatas kerjasama dan perkhidmatan yang disediakan. Pengerusi JKKK juga amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh panel dan kakitangan klinik yang mengorbankan  cuti Tahun Baru Cina.
     

Khamis, Januari 19, 2012

Pemeriksaan Kesihatan dan Latihan

Seramai 7 ahli panel penasihat menghadirkan diri untuk pengambilan sampel darah untuk ujian dan pemeriksaan kesihatan yang diadakan di Klinik Kesihatan Bakar Arang pada 19 Januari 2011 mulai jam 08.30 pagi. Pemeriksaan kesihatan ini adalah sebahagian daripada kemudahan yang diberikan kepada ahli panel penasihat. Pemeriksaan dilakukan setiap tahun.

Ahli panel yang tidak dapat hadir hari ini boleh menghadirkan diri pada hari hari berkerja lain untuk pengambilan sampel. Keputusan ujian akan diberitahu pada mesyuarat panel yang akan datang iaitu pada 12 Feb 2012. Jika ahli panel didapati ada sebarang masalah kesihatan, akan dirujuk kepada pihak klinik untuk tindakan selanjutnya.

Ahli panel juga diberikan latihan untuk mengambil berat badan, ketinggiaan dan seterusnya membuat pengiraan BMI. Semua ahli juga diajar menggunakan alat peneriksaan tekanan darah dan diberi peluang untuk mengambil tekanan darah rakan lain. Keputusan kemudiaan disahkan oleh MA bertugas.

Tujuan latihan ini diberikan kepada ahli adalah agar ahli dapat melakukan ujian dan pemeriksaan tersebut ketika kem kesihatan dilakukan diluar pada klinik. Juga boleh dijadikan ilmu dan pengetahuan apabila diperlukan.

Ahli panel juga diberi Borang Saringan kesihatan untuk diisikan sendiri dan dikembalikan kepada pihak kilinik untuk simpanan dan tindakan lanjut.








Ahad, Januari 08, 2012

Mesyuarat Panel Penasihat 01/2012

Mesyuarat panel penasihat kali pertama untuk tahun 2012 diadakan pada Ahad 08 Januari mulai 2.45 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Vest untuk panel penasihat

Mesyuarat membincangkan perkara berikut :-

Gotong Royong di Klinik Kesihatan Bakar Arang

Berikutan dengan kejayaan gotong royong pertama, gotong royong berikutnya akan diadakan pada hari Khamis 23 Feb 2012. Kawasan untuk tanaman pokok herba dan pokok bunga akan dikenalpasti. Baja diperlukan untuk pokok pokok yang sedia ada. Perbincangan lanjut mengenai gotong royong ini akan diadakan pada mesyuarat akan datang.

Pemeriksaan Kesihatan dan Lawatan ke Klinik Desa

Tarikh asal pemeriksaan kesihatan untuk ahli panel pada 12 Januari telah dipinda ke 19 Januari atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Semua yang hadir diingatkan supaya berpuasa pada sebelum malam hari sebelumnya. 

Lawatan tahunan ke klinik desa dibawah Klinik Kesihatan Bakar Arang akan dilakukan selepas pemeriksaan kesihatan tersebut

Program "Sehari Bersama Panel Penasihat"

Cadangan untuk mengadakan program 'Sehari Bersama Panel Penasihat' yang akan diadakan di Klinik Kesihatan Bakar Arang telah dipersetuju. Satu AJK kecil akan dilantik dan En. Md Zin dilantik untuk mengetuai program tersebut. Satu kertas kerja akan dibentang tentang aturcara dan pelaksaan program.

Ahli Baru

Panel penasihat melantik seorang lagi ahli panel baru untuk menggantikan ahli panel yang tidak lagi berminat untuk menyumbangkan khidmat. En Mohd Payad Bin Mohd Taib dari Pematang Kedondong dilantik. Mesyuarat berharap beliau dapat memberikan sumbangan kepada penal penasihat.

Lawatan ke Sabah

Sekiranya ada sambutan panel penasihat akan mengadakan lawatan ke Sabah. Tarikh bergantung kepada tawaran harga murah oleh syarikat penerbangan Air Asia. Mereka yang berminat boleh mendaftar dan membayar wang tambang kepada Pengerusi.