Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Isnin, Ogos 13, 2012

Mesyuarat Panel 08/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ke lapan diadakan pada hari Ahad 12 Ogos 2012 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Mesyuarat di pengerusikan oleh timbalan Dr. Shahid kerana penngerusi panel berada di luar kawasan.


Hari panel penasihat dan pelancaran Kelab NCD

Timbalan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan 'hari panel penasihat dan pelancaran Kelab NCD' yang diadakan pada 08 Julai 2012. Aktiviti ini berjaya diadakan walaupun kehadiran kurang dari yang diharapkan.


Aktiviti Kelab NCD

Ahli panel disarankan untuk mengemukakan satu nama dari kawasan masing masing yang berminat untuk menjadi ahli kelab NCD. Nama ahli hendaklah dimajukan kepada En. Jong Jut sebelum akhir bulan Ogos ini. Buat peringkat awal ini ahli akan dihadkan dibawah 30 orang dan akan ditambah pada masa akan datang.

Aktiviti pertama kelab akan diadakan pada penghujung bulan September ini.


Jamuan Raya Panel Penasihat

Mesyuarat menetapkan untuk mengadakan jamuan hari raya pada Khamis 06 September 2012. Jamuan akan diadakan diperkarangan ruang menunggu klinik.

Beberapa orang kakitangan dari klinik lain akan dijemput bersama dan dianggarkan kehadiran seramai 150 orang,

Ahli panel yang ingin memberi sumbangan diminta membawa makanan pada hari tersebut.


Lawatan

Ada cadangan untuk panel mengadakan lawatan sambil belajar samada ke Melaka atau Kelantan. Tarikh masih belum dapat diputuskan. Destinasi akan ditentukan setelah mendapat pengesahan dari Dr. Nor Azah.


Mesyuarat akan datang

Mesyuarat akan datang dijadualkan pada Ahad 09 September 2012
    

Khamis, Ogos 09, 2012

Aktiviti Panel - Kem Kesihatan Batu Lintang

Memandangkan kesuntukkan masa dan ketiadaan tarikh sesuai, ahli panel kawasan Batu Lintang telah merancangkan untuk mengadakan kem kesihatan untuk kawasan tersebut pada pertengahan bulan puasa.

Kem kesihatan tersebut diadakan di perkarangan Klinik Desa Batu Lintang.  Menurut ahli panel kawasan tersebut En. Abdul Majid Osman ini adalah kem kesihatan kali pertama yang diadakan di sini. Hebahan telah dibuat dua tiga minggu sebelum ini dan juga dihebahkan sebelum sembahyang Jumaat di masjid qariah.

Antara aktiviti yang dijalankan dan disediakan :

  • Pemeriksaan RBS
  • Ukuran BMI
  • Tekan darah

Juga disediakan pamiran jenis penyakit kronik dan pelbagai jenis pamphlet untuk diedarkan kepada orang ramai.

Sambutan amatlah agak mengecewakan kerana hanya sekadar 30 hingga 40 orang yang datang untuk melakukan ujian kesihatan. Manakala ceeramah kesihatan yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana kekurangan peserta.

Tinjauan mendapati kekurangan kedatangan orang ramai mungkin disebabkan kerana kem kesihatan dilakukan pada pertengahan bulan puasa. Satu lagi sebab utama ialah kerana terdapat satu program politik yang diadakan di masjid berhampiran.

Walau apapun diucapkan tahniah kepada panel penasihat, kakitangan klinik yang datang untuk memberikan khidmat serta kepada ahli panel kawasan yang berusaha mengadakan kem kesihatan tersebut.