Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Selasa, September 11, 2012

Mesyuarat panel 09/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ke sembilan sepatutnya diadakan pada 09 Sept ditunda kepada Selasa 11 Sept 2012 kerana ramai ahli panel tidak dapat menghadirkan diri. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat klinik kesihatan Bakar Arang mulai jam 2.30 petang.

Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panel dan kakitangan klinik yang telah menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang telah diadakan pada Khamis 06 Sept 2012. Majlis tersebut berjaya  dengan kehadiran sekitar 100 orang kakitangan dan ahli panel. Juga diucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan makanan dan minuman.


Projek Taman Herba

Gotong royong untuk mewujudkan Taman Herba yang terbengkalai akan dijadualkan pada bulan Okt 2012 kelak. Keterangan terperinci akan dibincangkan pada mesyuarat panel kali ke 10 nanti.

Mesyuarat diberitahu pihak PKD akan membantu dari segi material untuk projek tersebut. Bantuan termasuk pasu, tanah, baja dan racun.


Gotong Royong

Gotong royong yang diadakan di kawasan klinik akan dihentikan buat sementara waktu memandangkan telah wujud pihak kontraktor yang melakukan kerja kerja tersebut. Pekerja pihak kontraktor hanya perlu menyenggarakan apa yang telah dibuat oleh ahli panel.

Gotong royong di kampung akan diteruskan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai pentingnya menjaga kebersihan persekitaran rumah dan kawasan. Dicadangkan beberapa kawasan yang akan dibuat termasuk kawasan Lubuk Saga, Olak Madu dan Pematang Kedondong.

Keputusan akan dibuat pada mesyuarat akan datang.


Program Klinik Desa

Bagi merapatkan lagi dan memberi kesedaran meluas kepada penduduk setempat, aktiviti program akan diatur di Klinik Desa dibawah pentadbiran Klinik Kesihatan Bakar Arang. Setiap KD akan menjalankan aktiviti bersama panel penasihat sekurang kurangnya sekali setahun.


Seminar

Panel KK Bakar Arang akan menganjurkan seminar dan kursus pemantapan untuk ahli panel. Ini adalah kesinambungan kepada kursus yang diadakan pada tahun 2011 di Dewan MPSP Tikam Batu. Ia bertujuan memberikan pengetahuan dan latihan kepada ahli panel untuk melakukan kerja kerja pemeriksaan kesihatan pada aktiviti kem kesihatan.

Seminar ini akan melibatkan ahli panel dari 7 klinik kesihatan daerah Kuala Muda yang dianggarkan berjumlah hampir 100 orang.

Panel akan membuat cadangan untuk 'venue' seminar yang akan dianjurkan. Salah satu tempat dicadangkan ialah Dewan Chalet Terapung PPK Merbuk di tebing Sungai Merbok.


Kelab NCD

Kelab NCD Klinik Kesihatan Bakar Arang akan memulakan aktiviti pertama pada Khamis 27 Sept 2012 mulai jam 0900 pagi. Ia akan diadakan di bilik mesyuarat Klinik Bakar Arang. Aktiviti pertama akan memberikan taklimat tentang kelab tersebut.

Semua ahli panel dikehendaki hadir dengan membawa beberapa orang yang berminat untuk menjadi ahli kelab.


Khamis, September 06, 2012

Jamuan Hari Raya

Klinik Kesihatan Bakar Arang mengadakan 'Jamuan Hari Raya Aidil Fitri' pada hari Khamis 06 September 2012 bermula pada jam 1.00 petang. Jamuan diadakan di ruang legar klinik.