Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Oktober 14, 2012

Mesyuarat Panel kali 10/2012 ..

Penal penasihat KKBA mengadakan mesyuarat bulanan kali 10 pada Ahad 14 Oktober 2012. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang mulai jam 2.30 petang.


Kelab NCDP 1M

a.  Keahlian
    Sebagai permulaan, semua ahli panel dan beberapa kakitangan klinik menjadi ahli kelab. Semua akan terlibat didalam aktiviti kelab. Beberapa orang awam yang berminat akan dijemput untuk menyertai kelab.


b.  Program
     Kelab memilih aktiviti utama "Pengurang Berat Badan"

c.  Sasaran
     Ahli kelab akan menjalani pemeriksaan kesihatan pada masa terdekat. Ahli dan kakitangan yang mempunyai BMI melebihi 25 akan menjalani program.


d.  Tarikh mula
     Aktiviti akan dimulakan pada bulan Nov 2012 iaitu selepas hari raya Aidil Adha

e.  Aktiviti
  • kayuhan basikal
  • Ceramah dan penerangan


Lawatan
Mesyuarat telah memutuskan untuk membuat lawatan ke Pantai Timur. Tarikh masih belum ditetapkan dan berkemungkinan pada awal tahun hadapan.


Pemeriksaan Kesihatan

Semua ahli panel akan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan rutin untuk kali kedua pada tahun 2012. tarikh alan ditetapkan pada mesyuarat akan datang.


Keahlian Panel

Tempuh keahlian panel penasihat yang akan tamat pada July 2013 telah dilanjutkan sehingga July 2014. Berikutan dengan itu timbul masalah dengan kad keahlian bagi ahli baru.

Pengerusi akan mengemukakan masalah ahli ahli baru yang masih tidak mempunyai kad keahlian panel. Usul dibuat untuk mengeluarkan kad panel sementara yang ditandatangani oleh Pengarah Kesihatan Negeri atau Pengarah Kesihatan Daerah.


Seminar Pemantapan Ahli Panel

Seminar yang dijadualkan pada penghujung bulan November masih belum ditetapkan. Seminar dijangka akan diadakan di Harvard Country Club.
    

Khamis, Oktober 11, 2012

Aktiviti Kelab NCDP1M KKBA

Kelab NCDP 1M Klinik Kesihatan Bakar Arang mengadakan aktiviti pertama selepas pelancarannya pada bulan 08 Julai 2012. Aktiviti pertama ini merupakan taklimat dan penerangan tentang fungsi dan aktiviti kelab. Taklimat diadakan di bilik mesyuarat klinik kesihatan Bakar Arang pada jam 10.00 pagi.

Taklimat ini dihadiri oleh ahli panel penasihat dan beberapa orang awam yang berminat untuk menjadi ahli.

Taklimat disampaikan oleh Dr. Khairul, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bukit Selambau. Beliau telah terlibat dalam Kelab NCD dan mempunyai pengalaman luas tentang. Dr. Khairul terlibat dalam Projek oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertajuk 'Komuniti Sihat Sejahtera Kuala Sin' mulai tahun 2010.

Tajuk taklimat :
  •   Definasi NCDP (Non Communicable Disease - Prevention)
  •   Penyebab penyakit NCD
  •   Fungsi Kelab
  •   Sasaran
  •   Saringan
  •   Program dan aktiviti
Semasa taklimat Dr. Khairul menunjukkan slide presentation aktiviti beberapa Kelab NCD yang telah berjaya dalam aktiviti termasuk Kuala Sin, Penaga dan Baling.




Perbincangan lanjut aktiviti kelab NCDP KK Bakar Arang akan diadakan pada mesyuarat bulanan panel yang akan datang.


Ahli kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Khairul atas taklimat yang disampaikan. Beliau sedia membantu memberikan khidmat nasihat kepada kelab NCDP KK Bakar Arang.