Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Mac 10, 2013

Mesyuarat Panel kali 03/2013

Mesyuarat panel kali ketiga 2013 diadakan pada Ahad 10 Mac 2013. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani mulai jam 2.30 petang.

Diatas permintaan, satu taklimat ringkas diadakan sebelum mesyuarat bermula. Taklimat bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada ahli panel serta kakitangan klinik tentang isu isu berkaitan kesihatan. Taklimat seperti ini telah dipraktikan pada awal sessi iaitu pada tahun 2010 dan 2011 tetapi tehenti pada tahun 2012 atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Taklimat kali ini bertajuk "Pengurusan Pemakanan Berkait Penyai Kardiovascular". Taklimat dalam bentuk 'ms power point' disampaikan oleh Puan Sulhariza Husni Zain, Pegawai Sain Pemakanan PSP Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Taklimat ini selama hampir 30 minit dan 15 minit sessi soal jawap menyentuh aspek aspek pemakanan termasuk :
  • Prinsip diet
  • Faktor Risiko
  • Komponen dalam makanan
  • dan lain lain.
 Mesyuarat seterusnya membincangkan isu isu berbangkit ;


Lawatan ke Terengganu

Memandangkan keadaan semasa negara berkaitan dengan PRU 13, lawatan tersebut terpaksa ditangguhkan ke bulan Mei 2013. Mereka yang berminat untuk menyertai rombongan tersebut hendaklah mengemukakan nama dan wang pendahuluan pada mesyuarat yang akan datang.


Program Derma Darah Kampung Pulau Tok Daud

Semua ahli panel dijemput untuk menghadiri program tersebut diatas yang akan diadakan pada hari Sabtu 16 Mac 2013 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.


Program Komuniti Sihat

Klinik kesihatan Bakar Arang telah bersetuju untuk mengadakan program 'Komuniti Sihat' dengan penduduk Taman Intan, Sungai Petani. Program akan dimulakan tidak lama setelah perbincangan lanjut dan taklimat khas diberikan kepada penduduk Taman Intan.

Program ini akan diadakan serentak dengan kelab NCDP. Ahli panel penasihat diminta mengambil bahagian secara aktif. Program ini akan diperluaskan ke lain lain tempat.


Lawatan ke Klinik Desa

Seperti tahun tahun sebelumnya, ahli panel akan membuat lawatan ke lima Klinik Desa dibawah klinik kesihatan Bakar Arang pada Khamis 21 Mac 2013.


Konvensyen Panel Penasihat Peringkat Negeri

Klinik Kesihatan Bakar Arang akan mewakili Daerah Kuala Muda untuk Konvensyen Panel Penaihat Negeri Kedah yang akan diadakan pada bulan Jun 2013. Panel diminta mengemukakan program gototng royong panel bersama penduduk tempatan.


Perlantikan Ahli Panel Sessi 2014 hingga 2017

Tarikh tempoh tamat ahli panel penasihat sepatutnya berakhir pada pertengahan tahun ini telah dilanjutkan ke akhir tahun. Walaubagaimanapun, pemilihan ahli baru akan dibuat sebelum bulan Jun. Ahli panel sedia ada perlu mengisi semula borang keahlian.

 

Sabtu, Mac 02, 2013

Bengkel Insulin

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan  Bandar Sungai Petani menganjurkan 'Bengkel Insulin' Peringkat Daerah Kuala Muda pada :

Tarikh   :  Sabtu 02 Mac 2013
Masa     :  8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat  :  Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani

Peserta terdiri dari orang awam yang mengidap Diabetis dan ahli panel penasihat Klinik Kesihatan di Daerah Kuala Muda.

Peserta diberi taklimat  kepetingan dan keperluaan suntikan insulin dan kemudian dibahagikan kepada lapan kumpulan untuk diberikan demonstrasi suntikan insulin dan seterusnya membuat latihan amali secara 'hands-on' suntikan.

Kemudian peserta juga diajar untuk menggunakan Glucometer untuk mengukur paras gula dalam darah iaitu RBS (Random Blood Sugar) dan berpeluang membuat ujian tersebut.

Satu kaunter khas untuk peserta mendaftar sebagai ahli pesakit diabetis. Sebagai ahli peserta boleh antara lain membeli peralatan dan pekakasan untuk diabetis dengan potongan harga. Peseerta juga akan mendapat risalah terkini dan boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh persatuan tersebut.