Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Selasa, Jun 11, 2013

Konvensyen Panel Penasihat Negeri Kedah

Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mewakili panel penasihat Daerah Kuala Muda untuk membuat pembentangan aktiviti pada konvensyen Penal Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Kedah 2103 yang berlansung pada Selasa 11 Jun 2013 bertempat di The Regency Jerai Hill Resort.

Konvensyen ini dihadiri oleh semua daerah di Negeri Kedah mengambil bahagian dan pembentangan oral dan poster. Konvensyen ini diadakan untuk pemilihan wakil Negeri Kedah ke Konvensyen Panel Penasihat Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan September 2013 di Sabah.
 
Enam daerah yang mengambil pembentangan oral ialah :
  1. Padang Terap
  2. Kubang Pasu
  3. Kota Setar
  4. Kuala Muda
  5. Kulim
  6. Bandar Baru
 
Empat daerah membuat pembentangan poster :
  1. Sik
  2. Baling
  3. Padang Terap
  4. Kubang Pasu
 
Panel penasihat KK Bakar Arang membuat pembentangan 'oral' dengan tajuk "PROGRAM PERSEKITARAN BERSIH KEARAH KOMUNITI SIHAT". Ia berkaitan dengan program dan aktiviti gotong royong yang dilakukan semenjak tahun 2012. Gotong royong yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran pentingnya menjaga kebersihan persekitaran kawasan rumah untuk menjaga kesihatan ahli kesluarga dan masyarakat sekitar.









Tahniah kepada panel pensaihat KK Bakar Arang walaupun tidak berjaya menduduki tiga tempat terbaik.

      

Ahad, Jun 09, 2013

Mesyuarat Bulanan Panel Penasihat 6/2013

Mesyuarat panel penasihat kali ke enam diadakan pada Ahad 09 Jun 2013. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang mulai jam 2.30 petang.

Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli panel yang terlibat pada program Komuniti Sihat yang di adakan di Dewan Seri Intan pada Khamis 23 Mei 2013 mulai jam 09.00 pagi. Pegawai sains pemakanan memberikan ceramah kepada penduduk warga Taman Intan.
 
Keperluan tambahan satu unit Funduscopy untuk klinik Bakar Arang telah dibawa kepada pengetahuan Pengarah Kesihatan Kedah pada mesyuarat bulanan yang baru lalu. Juga masalah kekurangan dan pertukaran MA juga telah dibangkitkan pada mesyuarat panel tersebut.

Pihak HICOM Honda Sungai Petani telah bersetuju untuk menyumbangkan derma kepada panel penaihat Bakar Arang.

Lawatan keluarga panel penasihat ke Melaka akan diadakan pada 20 Jun 2013. Setakat ini masih banyak kekosongan tempat. Semua ahli yang berminat mengikuti lawatan diminta membuat bayaran pada atau sebelum 18 Jun.

Pihak MPSPK telah bersetuju untuk menghantar satu lori tanah untuk tanaman herba di kawasan klinik. Program taman herba akan diadakan pada Khamis 27 Jun mulai jam 8.30 pagi.

Seramai 6 orang panel penasihat dan 6 orang kakitangan klinik akan menghadiri konvensyen panel penasihat yang akan diadakan pada hari Selasa 11 Jun di The Regency, Gunung Jerai.

Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada 7 Jul 2013