Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani mengadakan mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa yang pertama pada hari Isnin 22hb Mac 2010 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.
Seramai 25 ahli hadir untuk mesyuarat ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Yusof Hashim kerana Pengerusi Panel untuk sessi 2009 - 2010 masih belum dilantik.
1. Memperkenalkan Ahli Panel
Semua ahli panel yang baru dilantik memperkenalkan diri.
Ahli panel diberi satu salinan "Garispanduan - Penubuhan Panel Penasihat" yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - 2007. Penerangan ringkas diberikan kepada ahli panel tentang objektif, keanggotaan, bidang kuasa, fungsi, aktiviti yang boleh dilaksanakan dan pengiktirafan. Setiap ahli akan meneerima Kad Ahli serta sijil perlantikan.
Ahli juga didedahkan tentang perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Bakar Arang.
2. Perlantikan Pegawai Panel
Mesyuarat bersetuju melantik dari kalangan ahli panel jawatan berikut :
i. Pengerusi
ii. Timbalan Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Setiausaha Kerja
v. Bendahari
3. Taklimat Pengerusi yang baru
Pengerusi yang baru dilantik memberikan taklimat ringkas berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab AJK Panel Penasihat. Beliau adalah AJK panel penasihat sessi terdahulu dan telah lama memberikan khidmat serta sumbangan kepada panel.
Ahli di beritahu kawasan dibawah pentadbiran Klinik Kesihatan Bakar Arang, senarai Klinik Desa serta staf yang mewakili. Lawatan ke semua klinik desa dibawah Klinik Kesihatan Bakar Arang akan dibuat dalam masa terdekat.
Pengerusi mengharapkan ahli panel yang baru dilantik akan dapat meneruskan program serta aktiviti yang dirancang oleh ahli panel sebelum ini.
4. Taklimat
Mesyuarat mencadangkan satu taklimat pendek diberikan kepada AJK setiap kali bermesyuarat. Taklimat tersebut akan disampaikan oleh kakitangan klinik kesihatan. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan pengetahuan kepada ahli panel tentang isu isu kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat sekarang. Dengan pengetahuan tersebut, diharapkan dapat membantu ahli panel dalam menjalankan tanggungjawab semasa memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat.
Tajuk untuk taklimat dan penyampai akan ditentukan pada setiap mesyuarat.
5. Program/Aktiviti
Beberapa cadangan untuk aktiviti panel diterima.
.