Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Sabtu, April 27, 2013

Pemeriksaan Kesihatan - Kampung Pinang Tunggal

Panel penasihat telah mengadakan program pemeriksaan kesihatan dan program gotong royong bersama penduduk. Lokasi yang dipilih untuk program ini ialah di Kampung Pinang Tunggal, Sungai Petani. Kawasan yang dipilih ialah rumah penduduk yang dibina di tanah 'reserve' Keretapi Tanah Melayu KTM di kawasan ini.

Program diadakan pada hari Sabtu 27 April 2013 bermula pada jam 09.00 pagi.

Oleh kerana kurang sambutan dari penduduk kawasan tersebut, program gotong royong membersihkan kawasan perumahan penduduk tidak dapat dilaksanakan. Kebetulan ada satu program gotong royong yang dianjurkan bersama penuntut UUM diadakan dikawasan yang sama dan pada masa yang sama. Walau bagaimanapun program pemeriksaan kesihatan untuk penduduk diteruskan dan mendapat sambutan dari penduduk.








Ahad, April 21, 2013

Taklimat Komuniti Sihat

Berlanjutan dengan perbincangan yang diadakan pada Mac 2013 untuk mengwujudkan 'Program Komuniti Sihat, Taman Intan, satu taklimat ringkas telah diadakan pada hari Ahad 21 April 2013. Taklimat diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang mulai jam 10.00 pagi. Beberapa AJK yang terdiri dari penduduk Taman Intan hadir pada taklimat tersebut disamping kaki tangan klinik yang terlibat secara lansung dalam program ini.

Buat masa ini tiada aktiviti yang boleh dirancang. Program akan hanya dilakukan selepas PRU 13 pada 05 Mei 2013.








Ahad, April 07, 2013

Mesyuarat Panel kali 04/2013


Mesyuarat panel kali keempat 2013 diadakan pada Ahad 07 April 2013. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani mulai jam 2.30 petang.