Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, Januari 10, 2013

Pemeriksaan Kesihatan untuk panel

Seperti yang telah ditetapkan dan dipersetujui pada mesyuarat panel yang baru lalu, 10 orang ahli panel awam telah menghadirkan diri di klinik kesihatan Bakar Arang untuk pengambilan sampel darah.

Tarikh :      Khamis 10 Januari 2013
Masa :        8.00 pagi

Keputusan ujian darah akan diberitahu semasa mesyuarat yang akan datang. Doktor akan berjumpa dengan ahli panel yang mempunyai masalah kesihatan dari keputusan ujian tersebut.

     

Ahad, Januari 06, 2013

Mesyuarat Panel .... 01/2013

Mesyuarat panel penasihat disambung semula setelah tergendala selama dua bulan pada akhir tahun. Mesyuarat kali pertama untuk tahun 2013 diadakan pada Ahad 06 Januari mulai jam 2.30 petang dan diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Mesyuarat dimulakan dengan merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga salah seorang ahli panel iaitu En. Md Hassan Ahmad yang meninggal dunia pada 14 November 2012. Pengganti kepada Arwah En Hassan adalah En Angkasah Bin Kassim. Panel mengucapkan selamat datang kepada beliau.

Pengerusi meminta maaf kepada panel penasihat kerana tiada mesyuarat diadakan pada bulan Nov dan Disember 2013 atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengerusi berbangga diatas sambutan kehadiran mesyuarat kali pertama untuk tahun ini amatlah membanggakan iaitu melebihi 25 orang.

Atas tindakan kepada surat yang dihantar kepada MPSP untuk membantu projek taman herba diperkarangan klinik, MPSP telah menghantar wakil untuk meninjau tapak projek tersebut. Hasil lawatan tersebut ialah pihak MPSP bersetuju untuk membantu memberikan tanah dan pokok.

Dr. Shahid meminta ahli panel untuk mengemukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan 'kem kesihatan' sekiranya ahli panel berminat untuk mengadakan ditempat masing masing. Tarikh hendaklah dimajukan awal.

Lawatan sambil belajar untuk panel penasihat akan diadakan pada bulan April. Maklumat lanjut akan diberitahu pada mesyuarat akan datang. Pada masa sama satu kertas kerja akan disediakan dan dibentangkan pada tersebut. Pihak klinik akan cuba menghubungi klinik yang bersesuaian di Terengganu yang mempunyai aktiviti yang berkaitan.

Program gotong royong bersama penduduk mendapat pengiktirafan dan sokongan dari pihak negeri. Mereka mengharapkan program ini diteruskan dan dijadikan sebagai program tetap panel. Gotong royong seterusnya akan diadakan pada bulan Februari bertempat di Kampung Pematang Kedondong.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 05.00 petang. Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada awal bulan Februari.