Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Rabu, Februari 23, 2011

Pembentangan Projek Panel Penasihat

JKN Kedah mengadakan program 'Pembentangan Projek Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Negeri Kedah'. Program ini diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah pada Rabu 23 Februari 2011 bermula dari jam 9.00 pagi.

PKD Kuala Muda menghantar 11 orang wakil terdiri dari ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani, Klinik Kesihatan Merbok, Klinik Kesihatan Bedong, Klinik Kesihatan  Sungai Lalang, Klinik Kesihatan Bukit Selambau, Klinik Kesihatan Bakar Arang dan Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memilih projek yang akan mewakili Panel Penasihat Negeri Kedah pada konvensyen Panel Penasihat Kebangsaan yang akan diadakan sedikit masa lagi.

Pembentangan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
  1. Pembentangan Oral
  2. Pembentangan Poster
Pembentangan Oral iaitu menggunakan 'power point presentation' berupa slide presentation dan disampaikan oleh wakil dari :
  • PKD Kuala Muda
  • PKD Baling
  • PKD Yan
  • PKD Padang Terap
  • PKD Sik
Pembentangan poster adalah penerangan aktiviti panel menggunakan poster yang dicetak dan dipamirkan. Daerah yang mengambil bahagian adalah : 
  • PKD Bandar Baru
  • PKD Padang Terap
  • PKD Baling
Kedua pembentangan diadili oleh juri juri bersingan. Untuk pembentangan oral, setiap penyertaan diberi masa 20 minit termasuk sessi soal jawap.

PKD Kuala Muda membentangkan Projek Psikososial Remaja

Kedua dua pembentangan oral dan poster berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tahniah kepada PKD yang berjaya.