Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, Jun 28, 2012

Gotong Royong

Panel penasihat menganjurkan gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran klinik kesihatan Bakar Arang. Gotong royong ini diadakan pada hari Khamis 28 Jun 2012 mulai jam 8.30 pagi.

Ahli panel bersama dengan kakitangan klinik bersama berganding tenaga untuk membersihkan kawasan tempat letak kereta dari sampah sarap seperti kertas, plastik serta bahan lain yang dibuang oleh pengunjung serta sampah dari daun yang gugur dari pokok.

Lain kerja yang dilakukan termasuk memotong pokok bunga yang ditanam disekeliling kawasan klinik.

Gotong royong tamat pada jam 11.15 pagi.






Isnin, Jun 25, 2012

Khursus Membuat Blog

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan satu khursus 'membuat blog'. Khursus diadakan pada hari Isnin 25 Jun 2012 di Dewan Kekwa, Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani bermula dari jam 08.00 pagi.

PKD Kuala Muda memberi tugas dan tanggungjawap kepada panel penasihat Klinik Bakar Arang untuk menyediakan tenaga pengajar. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada kejayaan blog yang dibina oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang yang dimulakan sejak Mac 2010.

Khursus hari ini memberi peluang kepada kakitangan klinik yang berminat untuk mempelajari cara cara membuat blog. Diharapkan dengan pengetahuan ini mereka akan dapat mengadakan blog untuk klinik masing masing dengan pengisian seperti program dan aktiviti klinik.







Isnin, Jun 18, 2012

Mesyuarat Khas - Hari Panel

Satu mesyuarat khas diadakan di Klinik Kesihatan Bakar Arang yang dihadir oleh panel awam pada Isnin 18 Jun 2012 mulai jam 3.00 petang. Msesyuarat bertujuan untuk membincangkan secara terperinci tentang majlis Hari Bersama Panel Penasihat dan pelancaran Kelab Diabetik Daerah Kuala Muda yang akan diadakan pada Ahad 08 July 2012.

Aturcara yang dipersetujui adalah :

Sebelah pagi
  • Pertunjukkan senamam Tai Chi oleh penduduk Taman Intan
  • Pameran Kesihatan
  • Rehat
  • Ceramah 
  • Perasmian
Sebelah petang
  • Lawatan dari Panel Penasihat Melaka
Mesyuarat membincangkan keperluan dan peralatan untuk hari tersebut. Ini termasuk "
  • Khemah lengkap
  • Peralatah perhubungan am 
  • Bahan pameran
  • Banner
Antara jemputan 
  • Pengerusi dan AJK KRT Daerah Kuala Muda. Jemputan akan dibuat melalui JPNIN Kuala Muda
  • Ahli JKKK dan AMK
  • Pengerusi dan AJK panel penasihat Daerah Kuala Muda
Tugas telah diagihkan kepada ahli panel.




Ahad, Jun 10, 2012

Mesyuarat Panel 06/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ke enam diadakan pada hari Ahad 10 Jun 2012 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.


Hari Panel Penasihat

Mesyuarat telah menetapkan tarikh baru untuk mengadakan Hari Panel Penasihat dan pelancaran Kelab Diabetik Daerah Kuala Muda dari Ahad 24 Jun 2012 kepada 08 Julai 2012. Ini adalah diatas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan dan kesuntukkan masa.

Mesyuarat untuk membincangkan persiapan majlis tersebut akan diadakan pada 01 Julai 2012


 Gotong Royong

Satu gotong royong akan diadakan pada Khamis 28 Jun 2012 mulai jam 08.00 pagi
   

Khursus BLOG

Panel penasihat Daerah merancang untuk menganjurkan satu khursus pendek mengenai membuat BLOG. Khursus akan diadakan pada Isnin 25 Jun 2012 di Dewan Kekwa Klinik Bandar Sungai  Petani.