Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, Julai 21, 2011

Lawatan ke Klinik Kesihatan Tampin, Negeri Sembilan

Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang telah mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Tampin, Negeri Sembilan pada Rabu 20hb Julai 2011. Lawatan ini adalah sebagai salah satu aktiviti penambah ilmu dan pengetahuan untuk ahli ahli panel penasihat.

Peserta lawatan 19 orang terdiri dari ahli panel penasihat dan kakitangan klinik kesihatan Bakar Arang. Rombongan bertolak sehari lebih awal dari Sungai Petani dan singgah bermalam di Kuala Lumpur. Rombongan menginap di Hotel Selesa Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Ini memberi peluang kepada peserta untuk membeli belah. Pada sebelah malam peserta di bawa ke majlis jamuan makan malam di Seksyen 14 Petaling Jaya.






Rombongan bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 08.00 pagi Rabu 20hb Julai 2011 dan tiba ke Klinik Kesihatan Tampin pada jam 10.10 pagi. Rombongan di sambut oleh kakitangan Klinik Kesihatan yang diketuai oleh Dr. Dharma dan di bawa terus ke Bilik Taklimat. Selepas sessi pengenalan, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Tampin iaitu Cikgu Jaafar telah memberikan taklimat mengenai aktiviti panel penasihat. Tumpuan utama taklimat adalah program 'Methadone' yang dapat dilaksanakan dengan jaya dan mendapat pengiktirafan dari WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selepas taklimat, peserta rombongan dibawa melawat sekitar klinik meninjau aktiviti harian yang dijalankan disini. Diantara lokasi yang dilawati adalah :

1.     Klinik Warga Tua

2.     Klinik Kanak-Kanak Keperluan Khas

3.     Klinik Pesakit Luar

4.     Unit Penyakit Tidak berjangkit

5.     Bilik Methadone

Rombongan bertolak pulang selepas jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh klinik kesihatan Tampin. Rombongan meneruskan perjalanan ke Melaka yang tidak berapa jauh dari Bandar Tampin untuk lawatan singkat bertolak pulang ke Sungai Petani.

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mengucapkan tahniah kepada ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Tampin diatas usaha murni yang dilakukan sehingga berjaya mengembalikan para pesakit dadah ke pangkal jalan. Usaha yang dilakukan akan dijadikan model dan tauladan oleh para peserta rombongan.










.