Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Rabu, Julai 21, 2010

Pemeriksaan Kesihatan AJK


Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat bulanan panel penasihat, AJK digalakkan menjalankan pemeriksaan kesihatan peribadi di Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Pemeriksaan untuk AJK diadakan pada Rabu 21 Julai 2010 mulai jam 8.30 pagi. Hanya 7 orang AJK yang hadir untuk pengambilan sampel darah. Sampel tersebut akan diuji dan keputusan akan diperolehi dalam tempuh satu minggu. Sebenarnya keputusan boleh didapati lebih awal tetapi keutamaan ujian akan diberi kepada pesakit.

Agak sedikit mengecewakan kerana tidak sampai 50% ahli panel datang untuk melakukan ujian kesihatan ini. Ia hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk pengambilan sampel darah. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Ini boleh dianggap sebagai satu keistimewaan sebagai ahli panel penasihat. Diharapkan ahli panel yang lain akan menyambut langkah membuat ujian kesihatan ini dimasa masa akan datang.

Alasan utama yang diberikan oleh ahli panel yang tidak melakukan ujian ialah tidak mahu mengetahui jika ada penyakit yang dihadapi. Jika sekiranya terdapat ada penyakit, ia akan merunsingkan fikiran mereka. Ini adalah pendapat yang salah, kerana sekiranya ada terdapat apa penyakit, langkah awal dan langkah pencegahan boleh diambil bagi mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk.

Alasan lawak yang didengari ialah takutkan jarum suntikan atau jarum pengmbilan sampel. Benar, ada yang ketaq dan pucat ketika mengambil darah, tidak mahu melihat jarum dimasukkan ke lengan. Kaum wanita lebih berani melakukan pengambilan sampel. Apa pun alasan kita sepatutnya melakukan ujian kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun, terutama apabila umur mencecah melebihi 50 tahun.

.

Selasa, Julai 20, 2010

Sijil Penghargaan


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani telah menghadiahkan Sijil Penghargaan kerana Klinik Kesihatan Bakar Arang dengan kerjasama Panel Penasihat telah berjaya menjalankan 'Program Psikososial Remaja' pada 24 Jun 2010 yang lalu.

Panel Penasihat juga mengucapkan setinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi, Doktor dan semua AJK yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras bagi menjayakan program tersebut.

Panel Penasihat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Shahanim Binti Mohd Yusof selaku Pengerusi Persatuan Belia Nur Kasih yang sudi melapangkan masa hadir, memberikan sokongan, galakan, sumbangan serta menutup program tersebut.


Isnin, Julai 19, 2010

Lawatan Klinik Desa


Sempena perlantikan ahli panel penasihat yang baru untuk pada awal tahun ini, pendedahan kepada seberapa banyak maklumat mengenai klinik klinik desa dibawah klinikkesihatan, carta organisasi, mengenali staf bertugas, perkhidmatan yang disediakan serta lain lain maklumat adalah perlu untuk setiap ahli panel.

Jestru lawatan ke kelima-lima klinik desa telah diatur untuk ahli panel pada masa dan tarikh berikut:

     Tarikh   : Isnin 19 Julai 2010
     Mula     : 2.30 petang
     Tamat    : 5.00 petang

 Seramai 13 belas orang ahli panel penasihat mengikuti rombongan lawatan tersebut. Kenderaan disediakan oleh Klinik Kesihatan bakar Arang.

Berikut adalah pemerhatian yang dibuat :

1.     Klinik Desa Pantai Prai
       Klinik ini beroperasi di premis sementara kerana bangunan klinik yang baru masih dalam pembinaan. Klinik sementara ini beroperasi dengan ruang yang amat terhad.


2.     Klinik Desa Lubok Saga
       Kawasan lapang klinik baru diturap dengan tar dan kelihatan kemas. Perkara pertama yang diutarakan ialah ketiadaan tiang bendera, semoga ia dapat dipasang secepat mungkin.


3.     Klinik Desa Permatang Berangan
        Keseluruhan klinik didalam keadaan memuaskan. Kebersihan diluar bangunan klinik masih boleh diperbaiki


4.     Klinik Desa Sungai Pasir
        Beberapa keping siling di ruang legar/porch telah ditiup angin dan meninggalkan ruang yang terlopong. Siling yang rosak masih belum diganti.


5.     Klinik Desa Batu Lintang
        Klinik dalam keadaan memuaskan


Lawatan ini didapati amat berfaedah kepada ahli panel. Diharapkan di lawatan akan datang lebih ramai lagi ahli panel penasihat akan menyertai. Lawatan seperti ini dilakukan secara berjadual agar penambahbaikan boleh dilakukan untuk kepentingan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh klinik desa tersebut.


Selasa, Julai 13, 2010

Mesyuarat Panel Penasihat 5


Mesyuarat AJK Panel Penasihat KKBA untuk kali keempat diadakan pada haris Isnin 12 Julai 2010 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Sebelum mesyuarat bermula Dr. Prem Kumar Subramaniam, Pegawai Pergigian Klinik Kesihatan Bakar Arang memberikan taklimat mengenai 'Gigi' kepada ahli mesyuarat.

Mesyuarat membincangkan dan meluluskan perkara berikut :

a.   Kelab Penyusuan Ibu

      Program penerangan yang diadakan pada 23 Julai 2010 mulai jam 3.00 petang tidak mendapat sambutan yang dijangkakan. Beberapa masalah dikenalpasti. Diantaranya ialah maklumat tidak sampai, masalah jarak dari tempat tinggal dan masalah kenderaan, dan juga masalah waktu iatu waktu bekerja.
     Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan ceramah dan penerangan di Klinik Desa berhampiran dengan sasaran. Wakil taman juga boleh mengatur tarikh dan masa yang sesuai dan pihak klinik akan cuba melapangkan masa walaupun diluar waktu kerja untuk mengadakan ceramah dan penerangan tersebut.

b.   Post Mortem

      Mesyuarat membuat post mortem kepada program Remaja yanag diadakan pada hari Khamis 24 Julai 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir.



c.     Lawatan ke Klinik Daerah

        Semua ahli panel penasihat akan dibawa melawat ke semua 'Klinik Desa' di bawah Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk tujuan pengetahuan dan mengenali staf dan kaitangan klinik.
        Lawatan dicadangkan pada hari Isnin 19 Julai 2010. Akan bertolak dari Klinik Kesihatan Bakar Arang pada 2.00 petang. Kenderaan akan disediakan.


d.     Pemeriksaan Kesihatan untuk Ahli Panel Penasihat

        Semua AJK panel penasihat dijemput untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Bakar Arang pada Khamis 22 Julai 2010. Ahli panel juga digalakkan untuk membawa pasangan (suami/isteri) untuk  pemeriksaan.


e.      Forum SPV

        Dr. Nor Azah akan terlibat dalam Forum SPV yang akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir pada hari Khamis 15 Julai 2010 bermula pada jam 0900 pagi. AJK Panel penasihat dijemput untuk menghadiri forum tersebut.
        Mesyuarat meminta Dr. Nor Azah untuk memberi taklimat tentang forum tersebut pada mesyuarat AJK yang akan datang.