Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Rabu, November 05, 2014

Pelaksanaan Indikator untuk Panel Penasihat

Satu taklimat dan perbincangan mengenai 'Manual Pelaksanaan Indikator Untuk Panel Penasihat Klinik Kesihatan' peringkat kebangsaan selama dua hari bermula pada 04 November 2014. Ini adalah peringkat kedua dan kesinambungan pada perbincangan peringkat pertama yang diadakan untuk menetapkan cadangan indikator yang akan dilaksanakan oleh setiap panel penasihat di negara ini. Taklimat diadakan di :-

Tempat        : Hotel Regency, Alor Setar, Kedah Darulaman
Tarikh          : 04 dan 05 November 2014


Peserta terdiri dari pengerusi atau timbalan pengerusi atau wakil panel penasihat setiap negeri, kakitangan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Daerah Kuala Muda bertuah kerana diberi tempat untuk menghantar dua orang wakil ke taklimat ini. Pengerusi panel merangkap Pengerusi Daerah Kuala Muda merangkap Timbalan Pengerusi panel Negeri Kedah Encik Ibrahim A'Kasah dan En Md Zin setiausaha kerja penel penasihat KK Bakar Arang hadir di taklimat tersebut.

Manual yang dibentangkan telah terlebih dahulu dicadangkan. Indikator tersebut telah dilaksanakan di negeri negeri yang membuat cadangan dan dibincangkan untuk penambaikan sebelum ia diterima pakai dan dilaksanakan mulai tahun 2015 oleh penal penasihat. Panel penasihat klinik akan diberitahu dan diberi penerangan terperinci tentang tentang pelaksanaan indikator tersebut.

Empat indiator yang dibentangkan adalah :

1.     Pengurangan Berat Badan Dalam Kalangan Murid Sekolah

2.     Aktiviti Promosi Saringan Tuberclosis (TB)  Dalam Komuniti

3.     Kedatangan Warga Emas ke Klinik Kesihatan

4.     Promosi Kesedaran Kesihatan Untuk Ibu Tunggal / Remaja Hamil

Manual Indikator yang telah ditambahbaik akan diagihkan apabila siap sebelum akhir tahun agar dapat dilaksanan mulai awal tahun 2015.