Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Selasa, Disember 07, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

.
Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua muslimin dan muslimah, semua ahli panel, kakitangan klinik kesihatan dan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Semoga kedatangan tahun baru hijrah 1432 ini akan memberikan dan membawakan iltizam yang lebih baik dari tahun yang baru berlalu. Kepada ahli panel, teruskan usaha murni menyumbangkan khidmat kepada semua peringkat masyarakat setempat secara sukarela tanpa mengharapkan apa apa ganjaran atau balasan. Ibaratkan  khidmat dan kerja sukarela tersebut sebagai ibadat yang akan dibawa ke akhirat nanti.

Panel penasihat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih keatas segala usaha, sokongan, kerjasama serta idea untuk aktiviti panel yang telah dilaksanakan. Diharapkan ianya berterusan dimasa masa mendatang. Juga diharapkan semua ahli panel akan dapat memberikan sumbangan berbentuk sokongan, galakan, pandangan, pendapat dan cadangan bernas untuk memajukan dan menambahbaik aktiviti panel penasihat.
.

Rabu, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Korban

Ahli panel penaihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani mengucapkan :
kepada muslimin dan muslimat khasnya kepada ahli panel penasihat yang beragama Islam

Perlu diingatkan agar bepada-pada ketika makan kenduri daging korban yang disediakan di kebanyakkan masjid dan surau. Jangan keterlaluan ketika memakan daging kerana ianya akan menyebabkan masalah kesihatan kelak.



Ahad, November 14, 2010

Hari Diabetes Dunia

.
Logo World Diabetes Day
14 November 2007 telah disitiyarkan sebagai Hari Diabetes Sedunia (World Diabetes Day) yang pertama. Ianya disambut pada tarikh yang sama setiap tahun. Diharapkan pihak pihak berwajib dapat menganjurkan aktiviti  serta kempen untuk memberi penerangan, pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya dan cara mengelakkan dan mengurangkan penyakit tersebut.

Tema  hari diabetes dunia ialah "NO CHILD SHOULD DIE OF DIABETES".
14 November dipilih sebagai Hari Diabetes Dunia sebagai penghargaan kepada Federick Grant Banting yang menemui 'insulin' pada tahun 1927.



Rabu, November 10, 2010

Mesyuarat Panel Penasihat KK Bukit Selambau

.
En Ibrahim selaku Pengerusi Panel Penasihat Daerah Kuala Muda dan En Yusof selaku setiausaha menghadiri mesyuarat panel penasihat Klinik Kesihatan Bukit Selambau yang diadakan pada hari Rabu 10 November 2010 pada jam 3.00 petang di bilik sumber klinik.

Kehadiran pengerusi dan setiausha adalah untuk memantau perjalanan mesyuarat panel penasihat yang pertama kali diadakah untuk sessi tahun 2010 ~ 2013.
  • Penerangan secara terperinci mengenai garispanduan penubuhan panel, keanggotaan, tanggungjawap, fungsi dan objektif setiap panel penasihat klinik kesihatan disampaikan oleh En. Yusof Hashim untuk ahli panel yang hadir. Masih ramai yang kurang jelas dan tidak memahami tugas ahli panel.
  • Pengerusi Daerah panel penasihat memberikan penerangan dan taklimat mengenai aktiviti dan projek yang boleh dijalankan. Aktiviti dan projek yang dijalankan berpeluang untuk dipertandingkan keperingkat daerah dan seteruskan ke peringkat negeri. Sekiranya berjaya projek tersebut bakal mewakili negeri untuk keperingkat kebangsaan.
  • Juga mencadangkan pengerusi dan setiausaha panel dijemput menghadiri mesyuarat panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk menjadi pemerhati dan seterusnya memantapkan lagi aktiviti panel penasihat. Mesyuarat peringkat daerah akan dijalankan selepas selesai mesyuarat panel.
    Mesyuarat seterusnya melantik dengan cara mengundi pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, setiausaha kerja, bendahari, pemeriksa kira-kira dari kalangan ahli dan kakitangan klinik. Beberapa cadangan untuk aktiviti panel dibentangkan selepas pelantikan. Aktiviti utama adalah projek yang kini sedang berjalan di Kuala Sin. Kem kesihatan juga dianjurkan oleh KRT Taman Cempaka Bukit Selambau pada 29 November 2010.

    Satu aktiviti panel yang masih diteruskan ialah kegiatan untuk warga emas. Kumpulan warga emas sangat aktif dan banyak melakukan aktiviti berkaitan kesihatan dan keagamaan. AJK warge emas mengharapkan lebih ramai warga emas kaum lelaki menyertai kumpulan ini.

    Beberapa masalah dikemukakan termasuk penyampaian notis mesyuarat, lokasi atau bilik mesyuarat yang lebih luas dan selesa untuk menampung jumlah ahli yang ramai.
    .

    Khamis, November 04, 2010

    Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010

    .
    Klini Kesihatan Bakar Arang menjadi tuan rumah kepada Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010 yang diadakan:

       Tarikh :          04 November 2010
       Masa :           9.00 pagi ~ 3.00 petang
       Tempat :        Klinik Kesihatan Bakar Arang

    Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Daerah Kuala Muda/Yan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, LPPKN Sungai Petani dan Hospital Metro. Peserta adalah terdiri darei ahli Jiran Wanita dari semua KRT Daerah Kuala Muda.

    Objektif program ini adalah :

    1.   Memberi kesedaran awal kepada semua wanita bahawa pendidikan kesihatan amat penting

    2.  Mengajar asas pengesanan awal kanser pada wanita seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim, dan kanser servik.

    3.  Menanamkan sikap keutamaan menjaga kesihatan bagi melahirkan generasi wanita sihat masa kini.

    Ceramah kesihatan disampaikan oleh doktor yang bertugas di klinik tersebut diikuti dengan pemeriksaan kesihatan yang diberikan secara percuma kepada semua peserta dari Jiran Wanita KRT

    Ceramah yang disampaikan adalah :

    1.    Kanser Payu dara

    2.   Kanser servik

    Pemeriksaan kesihatan termasuk :

      -   Pemeriksaan Tekanan Darah
      -   BMI (Body Mass Index)
      -   Ujian Gula Dalam Darah
      -   Pap Smear

    Juga diadakan demostrasi penyediaan makanan dan minuman makanan seimbang oleh kakitangan klinik.

    Pameran disediakan oleh :

    -  LPPKN

    -  Metro Hosptial

    -  Kilang Ubat

    -  CIMB Islamic Banking dan

    -  Prudential BSN mengadakan booth.


    Sambutan

    Jumlah peserta jiran wanita yang hadir pada program ini amatlah menggalakkan iaitu hampir 150 orang.

    Pemeriksaan kesihatan juga diberikan kepada orang yang datang untuk mendapatkan rawatan pada hari tersebut dan juga kepada kakitangan penganjur program tersebut. 

    Program yang dijadualkan berakhir pada 3.00 petang tamat lebih awal kerana pemeriksaan kesihatan dapat disudahkan pada jam 1.00 petang.

    Secara keseluruhannya program ini dianggap amat berjaya dan dapat mencapai matlamat penganjur.
    Pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Kuala Muda
    Peserta Jiran Wanita KRT menjalani pemeriksaan kesihatan
    Demostrasi masakan sihat dan meja pembekal ubat-ubatan
    .

    Selasa, Oktober 26, 2010

    Mesyuarat AJK Panel Penasihat Kali ke 8

     .
    Mesyuarat panel penasihat sepatutnya dijadualkan pada 31 Oktober 2010 telah dibawa kehadapan untuk diadakan bersama dengan 'Mesyuarat Untuk Pelaksanaan Kem Kesihatan Bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Kuala Muda'.  Kem Kesihatan bertajuk 'Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita' akan diadakan pada Ahad 04 November 2010 mulai jam 10 pagi hingga 3.00 petang.

    Aturcara Kem Kesihatan tersebut adalah seperti berikut :

    -  Ceramah kesihatan
    -  Demostrasi Memasak Makanan Sihat
    -  Pemeriksaan Pep Smear
    -  Pemeriksaan Kesihatan Wanita termasuk BMI, petanda darah, diabetik

    Beberapa pameran juga akan diadakan termasuk :

    -  Hospital Metro
       Mempamirkan peralatan untuk ujian Memogram

    -  Pembekal Perubatan
        Pembekal Vaksin untuk mencegah cancer pangkal rahim.


    Mesyuarat Panel Penasihat :

    1.    Program Psikososial Remaja

           Berikutan dengan beberapa masalah yang dialami semasa penganjurkan program psikososial remaja yang diadakan di Sekolah Menengah kebangsaan Sungai Pasir, panel penasihat membuat keputusan untuk menghadkan penglibatan klinik kesihatan untuk hanya menyediakan 'manpower' atau tenaga penceramah pada program lain dimasa hadapan. Lain lain urusan termasuk penyediaan tempat, makanan, hadiah, cenderahati dan lain lain akan diserahkan kepada pihak sekolah.

    2.     Program Kem Kesihatan

           Ahli panel penasihat diminta hadir untuk memberi sokongan dan bantuan  pada program anjuran bersama klinik kesihatan dan Jabatan Perpaduan Nasional dan Intergrasi Nasional pada 04 November 2010 di Klinik Kesihatan Bakar Arang.

    3.      Perlantikan Baru

             Timbalan Pengerusi

             Berlanjutan dengan pertukaran tempat tugas Dr. Noor Azah binti Mohamad Nawi, jawatan Timbalan Pengerusi panel penasihat menjadikan kosong. Panel penasihat sebulat suara melantik Dr. Halimah binti Saad mengisi kekosongan jawatan tersebut.

              Pemeriksa Kira-kira      

             Jawatan  'pemeriksa kira-kira' yang dikosongkan oleh Dr. Halimah digantikan oleh Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Bakar Arang, Puan Lili Hartini Binti Othman berkuat kuasa pada tarikh mesyuarat ini.


    4.      Selamat Bertugas

            Ahli panel mengucapkan selamat bertugas kepada Dr. Noor Azah yang akan ke Tanah Suci Mekah sebagai Pegawai Kesihatan untuk Jemaah Haji Malaysia yang menjalankan ibadat haji untuk tahun ini. Apabila selesai tugas di Tanah Suci Mekah nanti, Dr. Noor Azah akan terus bertugas di tempat baru iaitu di Negeri Selangor.

          Dr. Noor Azah melalui wakil mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli panel penasihat yang telah memberikan kerjasama dan sokongan semasa beliau menjadi Timbalan Pengerusi. Beliau juga memohon ampun dan maaf kepada semua ahli panel. Beliau  seterusnya berdoa dan berharap ahli panel penasihat akan terus bergerak aktif menjalankan  aktiviti  yang memberikan manafaat kepada masyarakat. 


    5.      Kelab Penyokong Penyusuan Ibu

             Kelab penyokong penyusuan ibu Klinik Kesihatan Bakar Arang masih belum dapat menjalankan aktivitinya. Ahli masih lagi belum memahami konsep kelab ini. Kelab ini masih memerlukan lebih ramai penduduk menyertai kelab tersebut.

           Dicadangkan kelab untuk mengadakan pameran serta  penerangan dan ceramah semasa program kem kesihatan yang akan diadakan pada 04 Nov 2010 serta lain lain kem kesihatan yang diadakan dimasa akan datang.

    6.      Kafeteria

            Ahli panel penasihat bersetuju untuk mengemukakan cadangan bagi mengadakan 'kiosk' menjual makanan siap di kawasan klinik kesihatan Bakar Arang. Konsep kiosk tersebut ialah hanya menyediakan makanan setengah masak dan dipanaskan menggunakan microwave oven apabila ada pembeli. Ini akan menentukan kebersihan kawasan dan klinik. Hanya makanan dan minuman berkhasiat yang akan dijual.

    Gambar Untuk Ilustrasi Sahaja
           Dimasa ini terdapat van bergerak yang menjual makanan seperti buah-buahan yang beroperasi di luar pintu masuk klinik.


    Khamis, September 23, 2010

    Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1431/2010

    .
    Klinik Kesihatan Bakar Arang dengan kerjasama Panel Penasihat menganjurkan jamuan 'Rumah Terbuka' pada hari Khamis 23 September 2010 sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri 1431/2010. Jamuan bermula pada jam 3.00 petang dan diadakan dibahagian bawah bangunan.

    Agak memeranjat ahli panel serta kakitangan klinik kesihatan kerana makanan yang dihidangkan melebihi dari apa yang telah dirancang dan diputuskan semasa mesyuarat. Tidak kurang dari lima jenis makanan tambahan termasuk satay, laksa, bihun goreng, kek dan kuih muih. Difahamkan makanan tambahan ini adalah sumbangan sedekah ikhlas dari orang perseorangan.

    Sambutan majlis jamuan hari raya ini amatlah menggalakkan dan membanggakan. Tujuan murni dan ikhlas majlis untuk memanjang siratulrahim dikalangan kakitangan dan ahli panel serta warga kerja yang lain dapat dicapai. Disamping itu semua yang hadir dapat berkenalan dengan lebih mesra antara satu dengan lain disamping bergembira menyambut hari raya.

    Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Panel Penasihat, En Ibrahim A'kasah, dikiuti dengan ucapan oleh Dr. Halimah selaku wakil Klinik Kesihatan Bakar Arang dan bacaan doa. Jamuan dimulakan dan pada petengahan jamuan ahli panel penasihat menerima sijil perlantikan.

    Penyampaian Sijil

    Sempena dengan jamuan Hari Raya Aidil Fitri, ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang menerima 'Sijil Perlantikan' untuk tempoh 2009 ~ 2012. Semoga dengan perlantikan ini ahli panel penasihat dapat  memberikan khidmat cemerlang untuk menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat demi mencapai matlamat 'Kesihatan Untuk Semua'.
    .
    Semua kakitangan dan ahli panel penasihat klinik kesihatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua yang memberikan sumbangan berupa makanan untuk majlis tersebut. Semoga kepada mereka yang memberikan sumbangan memperolehi kemurahan rezeki, mendapat pahala yang setimpal dan dicucuri rahmat dari Allah.

    Pihak klinik dan panel penasihat memohon maaf  kepada semua yang menghadiri jamuan jika terdapat sebarang kekurangan, kelemahan dan kesilapan disepanjang majlis tersebut.

    Diharapkan kita dapat bersama lagi di Hari Raya yang akan datang.

    .

    Ahad, September 19, 2010

    Mesyuarat AJK Panel Penasihat Kali ke 7


    Mesyuarat yang dijadualkan pada hari Isnin 20hb Sept 2010 terpaksa dibawa kehadapan pada hari ini 19hb Sept 2010. Ini adalah kerana Klinik Kesihatan Bakar Arang akan menerima pelawat dari Kementerian Kesihatan pada tarikh yang dijadualkan. Ramai ahli panel tidak dapat hadir mungkin kerana hal hal yang telah dirancang awal.

    Setelah bermesyuarat mengikut agenda yang tercatat dalam notis mesyuarat, mesyuarat membincangkan dengan panjang lebar tentang jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri 1431.

    Jamuan hari raya dirancang pada hari Khamis 23 September 2010 di tingkat bawah Klinik Kesihatan Bakar Arang mulai jam 3.00 petang.

    Itenari acara jamuan :
    •     Bacaan Doa
    •     Ucapan Penasihat
    •     Penyampaian Sijil
    •     Jamuan
    •     Bersurai
    Makanan dan minuman untuk jamuan hari raya tersebut ditaja oleh Ahli Panel dan persatuan kebajikan Klinik Bakar Arang. Diucapkan syabas kepada ahli-ahli panel yang bermurah hati menaja makanan  dan minuman untuk jamuan tersebut. Semoga mereka memperolehi rezeki yang lebih dan ahli panel mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.

     .

    Jumaat, September 17, 2010

    Kempen Kesihatan


    Marilah kita bersama menyahut kempen kesihatan seperti yang diiklankan dalam akhbar hari ini. Kita juga perlu menghebahkan kempen ini kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan dan sahabat, rakan sekerja dan seterusnya kepada jiran dan masyarakat umum. 

    Sebagai langkah pertama kita bolehlah menjadikan berjalan sebagai rutin hujung minggu, bukan sahaja kita boleh berjalan di sekitar taman kita, kita juga boleh pergi membeli belah di kedai dan pasar pagi berdekatan. Selain dari kesihatan kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan bahan bakar kenderaan, boleh membantu mengurangkan pencemaran asap dan bunyi, boleh berinteraksi dengan jiran, kawan dan masyarakat tempatan.


    .

    Khamis, September 09, 2010

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H


    Panel Penasihat KKBA mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI' kepada semua ahli panel yang beragama Islam dan memohon maaf dzahir batin jika ada apa kesalahan dan kesilapan disepanjang kita bersama sejak dari bulan Mac 2010.


    Semoga kejayaan dan kemenangan kerana berpuasa selama satu bulan yang baru lalu memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua menahan nafsu, sabar, tekun dan dapat mengalahkan cobaan dan godaan disepanjang masa kita berpuasa.
    Semoga semua ahli panel akan dapat terus memberikan khidmat  sukarela kepada klinik kesihatan Bakar Arang Sungai Petani demi kemajuan dan peningkatan khidmat klinik.

    Selasa, Ogos 31, 2010

    Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan


    Ahli panel penasihat Klinik Kesihatan bakar Arang mengucapkan 'Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 53' kepada semua rakyat Malaysia.


    Selain dari kemerdekaan dari penjajah negara, marilah kita renungkan dan fikirkan, adakah kesihatan diri kita juga telah 'MERDEKA'.


    Ahad, Ogos 22, 2010

    Mesyuarat AJK Panel Penasihat Kali ke 6


    Mesyuarat panel kali ke 6 yang dijadualkan pada hari Isnin 16 Ogos 2010 diadakan pada hari Ahad 22 Ogos 2010 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat yang kebiasaannya diadakan pada hari Isnin ditukar pada hari Ahad sebagai usaha untuk membolehkan lebih ramai ahli panel menghadiri mesyuarat kerana berkemungkinan mereka ada tugas atau hal pada petang Isnin. Namun kehadirian untuk mesyuarat kali ini juga tidak mencatatkan peningkatan dari yang lepas.

    Sessi analisa BSSK untuk Program Remaja yang diadakan untuk murid sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir dibentangkan oleh Encik Yusof Hashim

    Taklimat mengenai Perancang keluarga disampaikan oleh Dr. Nor Azah

    a.    Program remaja selanjut dicadang untuk diadakan disekolah Menengah Tunku Ismail Bakar Arang atau Sekolah Menengah Pinang Tunggal. Pengerusi panel akan menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan persetujuan.
          Program ini dirancang sebelum akhir bulan Oktober 2010 kerana Dr. Nor Azah akan untuk bertugas sebagai kakitangan kesihatan menjaga jemaah haji Malaysia. Juga Dr Nor Azah akan bertukar ke Selangor pada penghujung tahun.

    b.    Menghubungi AJK yang tidak pernah hadir ke mesyuarat panel untuk menentukan samada beliau masih berminat menjadi ahli panel. Walaupun mesyuarat bersetuju untuk mengugurkan nama beliau, perlu diberi peluang terakhir. Perkara ini juga akan dibawa kepada mesyuarat peringkat negeri sebagai persetujuan.

    c.    Panel juga akan mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri pada hari Khamis 23 Septembeer 2010

    d.   Dr. Nor Azah menyarankan untuk mengadakan program kesedaran mengenai diabetis kepada penduduk tempatan di kawasan Bakar Arang.

    e.   Mesyuarat panel yang akan datang ditetapkan pada 20 September 2010.



    Isnin, Ogos 16, 2010

    Mesyuarat AJK Panel Penasihat Kali ke 6 - DITUNDA

    .
    Mesyuarat AJK Panel Kesihatan kali ke enam yang dijadual hari ini 16hb Ogos 2010 telah ditunda kepada hari Ahad 22 Ogos 2010.

    Semua AJK telah diberitahu melalui telepon.

    .

    Selasa, Ogos 10, 2010

    Selamat Berpuasa


    Umat Islam Malaysia akan menyambut kedatangan 01 Ramadhan 1431 esok (bersamaan 11 Ogos 2010). Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mengucapkan 'Selamat  Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Bepuasa' kepada Kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang, Ahli Panel, masyarakat tempatan dan semua umat Islam.

    Disamping menjalani beribadah puasa janganlah lupa untuk menghayati erti sebenar berpuasa. Jangan pula membazir dengan makanan yang berlebihan semasa berbuka.

    Bulan Ramadhan adalah masa yang paling sesuai untuk berhenti merokok. Pada sebelah siang kita mampu menahan diri dan mengawal nafsu dari menghisap rokok, pastinya kita mampu untuk meninggalkan terus tabiat yang tidak mendatangkan apa apa manafaat dan keuntungan kepada hidup kita.


    Klinik Kesihatan Bakar Arang ada menyediakan khidmat 'Klinik Berhenti Merokok'. Kepada sesiapa yang berminat boleh datang ke Klinik dan berjumpa dengan kakitangan untuk menyertai klinik tersebut.
    .

    Rabu, Julai 21, 2010

    Pemeriksaan Kesihatan AJK


    Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat bulanan panel penasihat, AJK digalakkan menjalankan pemeriksaan kesihatan peribadi di Klinik Kesihatan Bakar Arang.

    Pemeriksaan untuk AJK diadakan pada Rabu 21 Julai 2010 mulai jam 8.30 pagi. Hanya 7 orang AJK yang hadir untuk pengambilan sampel darah. Sampel tersebut akan diuji dan keputusan akan diperolehi dalam tempuh satu minggu. Sebenarnya keputusan boleh didapati lebih awal tetapi keutamaan ujian akan diberi kepada pesakit.

    Agak sedikit mengecewakan kerana tidak sampai 50% ahli panel datang untuk melakukan ujian kesihatan ini. Ia hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk pengambilan sampel darah. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Ini boleh dianggap sebagai satu keistimewaan sebagai ahli panel penasihat. Diharapkan ahli panel yang lain akan menyambut langkah membuat ujian kesihatan ini dimasa masa akan datang.

    Alasan utama yang diberikan oleh ahli panel yang tidak melakukan ujian ialah tidak mahu mengetahui jika ada penyakit yang dihadapi. Jika sekiranya terdapat ada penyakit, ia akan merunsingkan fikiran mereka. Ini adalah pendapat yang salah, kerana sekiranya ada terdapat apa penyakit, langkah awal dan langkah pencegahan boleh diambil bagi mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk.

    Alasan lawak yang didengari ialah takutkan jarum suntikan atau jarum pengmbilan sampel. Benar, ada yang ketaq dan pucat ketika mengambil darah, tidak mahu melihat jarum dimasukkan ke lengan. Kaum wanita lebih berani melakukan pengambilan sampel. Apa pun alasan kita sepatutnya melakukan ujian kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun, terutama apabila umur mencecah melebihi 50 tahun.

    .

    Selasa, Julai 20, 2010

    Sijil Penghargaan


    Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani telah menghadiahkan Sijil Penghargaan kerana Klinik Kesihatan Bakar Arang dengan kerjasama Panel Penasihat telah berjaya menjalankan 'Program Psikososial Remaja' pada 24 Jun 2010 yang lalu.

    Panel Penasihat juga mengucapkan setinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi, Doktor dan semua AJK yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras bagi menjayakan program tersebut.

    Panel Penasihat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Shahanim Binti Mohd Yusof selaku Pengerusi Persatuan Belia Nur Kasih yang sudi melapangkan masa hadir, memberikan sokongan, galakan, sumbangan serta menutup program tersebut.


    Isnin, Julai 19, 2010

    Lawatan Klinik Desa


    Sempena perlantikan ahli panel penasihat yang baru untuk pada awal tahun ini, pendedahan kepada seberapa banyak maklumat mengenai klinik klinik desa dibawah klinikkesihatan, carta organisasi, mengenali staf bertugas, perkhidmatan yang disediakan serta lain lain maklumat adalah perlu untuk setiap ahli panel.

    Jestru lawatan ke kelima-lima klinik desa telah diatur untuk ahli panel pada masa dan tarikh berikut:

         Tarikh   : Isnin 19 Julai 2010
         Mula     : 2.30 petang
         Tamat    : 5.00 petang

     Seramai 13 belas orang ahli panel penasihat mengikuti rombongan lawatan tersebut. Kenderaan disediakan oleh Klinik Kesihatan bakar Arang.

    Berikut adalah pemerhatian yang dibuat :

    1.     Klinik Desa Pantai Prai
           Klinik ini beroperasi di premis sementara kerana bangunan klinik yang baru masih dalam pembinaan. Klinik sementara ini beroperasi dengan ruang yang amat terhad.


    2.     Klinik Desa Lubok Saga
           Kawasan lapang klinik baru diturap dengan tar dan kelihatan kemas. Perkara pertama yang diutarakan ialah ketiadaan tiang bendera, semoga ia dapat dipasang secepat mungkin.


    3.     Klinik Desa Permatang Berangan
            Keseluruhan klinik didalam keadaan memuaskan. Kebersihan diluar bangunan klinik masih boleh diperbaiki


    4.     Klinik Desa Sungai Pasir
            Beberapa keping siling di ruang legar/porch telah ditiup angin dan meninggalkan ruang yang terlopong. Siling yang rosak masih belum diganti.


    5.     Klinik Desa Batu Lintang
            Klinik dalam keadaan memuaskan


    Lawatan ini didapati amat berfaedah kepada ahli panel. Diharapkan di lawatan akan datang lebih ramai lagi ahli panel penasihat akan menyertai. Lawatan seperti ini dilakukan secara berjadual agar penambahbaikan boleh dilakukan untuk kepentingan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh klinik desa tersebut.


    Selasa, Julai 13, 2010

    Mesyuarat Panel Penasihat 5


    Mesyuarat AJK Panel Penasihat KKBA untuk kali keempat diadakan pada haris Isnin 12 Julai 2010 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

    Sebelum mesyuarat bermula Dr. Prem Kumar Subramaniam, Pegawai Pergigian Klinik Kesihatan Bakar Arang memberikan taklimat mengenai 'Gigi' kepada ahli mesyuarat.

    Mesyuarat membincangkan dan meluluskan perkara berikut :

    a.   Kelab Penyusuan Ibu

          Program penerangan yang diadakan pada 23 Julai 2010 mulai jam 3.00 petang tidak mendapat sambutan yang dijangkakan. Beberapa masalah dikenalpasti. Diantaranya ialah maklumat tidak sampai, masalah jarak dari tempat tinggal dan masalah kenderaan, dan juga masalah waktu iatu waktu bekerja.
         Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan ceramah dan penerangan di Klinik Desa berhampiran dengan sasaran. Wakil taman juga boleh mengatur tarikh dan masa yang sesuai dan pihak klinik akan cuba melapangkan masa walaupun diluar waktu kerja untuk mengadakan ceramah dan penerangan tersebut.

    b.   Post Mortem

          Mesyuarat membuat post mortem kepada program Remaja yanag diadakan pada hari Khamis 24 Julai 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir.



    c.     Lawatan ke Klinik Daerah

            Semua ahli panel penasihat akan dibawa melawat ke semua 'Klinik Desa' di bawah Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk tujuan pengetahuan dan mengenali staf dan kaitangan klinik.
            Lawatan dicadangkan pada hari Isnin 19 Julai 2010. Akan bertolak dari Klinik Kesihatan Bakar Arang pada 2.00 petang. Kenderaan akan disediakan.


    d.     Pemeriksaan Kesihatan untuk Ahli Panel Penasihat

            Semua AJK panel penasihat dijemput untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Bakar Arang pada Khamis 22 Julai 2010. Ahli panel juga digalakkan untuk membawa pasangan (suami/isteri) untuk  pemeriksaan.


    e.      Forum SPV

            Dr. Nor Azah akan terlibat dalam Forum SPV yang akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir pada hari Khamis 15 Julai 2010 bermula pada jam 0900 pagi. AJK Panel penasihat dijemput untuk menghadiri forum tersebut.
            Mesyuarat meminta Dr. Nor Azah untuk memberi taklimat tentang forum tersebut pada mesyuarat AJK yang akan datang.


    Khamis, Jun 24, 2010

    Program Psikososial Remaja - Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir


    Program pertama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang 2010 ialah menganjurkan satu simposium untuk remaja. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang gelaja sosial masakini. Harapan panel adalah remaja yang menghadiri program ini peka dan sedar akan akibat masalah sosial dan tidak terjerumus kepada kegiatan dan aktiviti yang tidak bermoral, menyalahi undang-undang dan tidak berfaedah.

    Panel penasihat telah mengenal pasti target umur remaja yang akan menyertai program dan bekerja sama dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani. Borang Saringan Status Kesihatan (BSSK) diedarkan kepada bakal peserta simposium pada awal 04 Jun 2010  iaitu sebelum cuti sekolah bermula. Semua borang dikembalikan pada 22 Jun 2010. Staf klinik sedang membuat analisa kepada borang tersebut.


    Iternari Program

    0830 ~ 0840 pagi
           Ucapan Aluan Pengerusi
     
           Ucapan aluan untuk program ini disampaikan oleh En. Ibrahim Bin A'kasah, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

    0840 ~ 10.45 pagi
           Tajuk :  Remaja dan Tingkahlaku Berisiko
           Penceramah :  Dr. Nor Azah binti Mohamad Nawi
                                   Pakar Perubatan Keluarga (FMS)
                                   Klinik Kesihatan Bakar Arang

    1050 ~ 11.30 pagi
           Rehat dan jamuan ringan

    11.30 ~ 12.15 Tengah hari
           Tajuk :  Pemakanan Remaja
           Penceramah : Che Fazalani Binti Fathil
                                  Pegawai Sains (Zat Makanan)
                                  Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.

    12.15 ~ 12.45 Tengah hari
            Tajuk :  Kuiz
            Kelolaan : Dr.Asyura

            Kuiz terbuka kepada semua peserta yang hadir. Soalan adalah tentang  kandungan dan intipati ceramah yang diberikan. Setiap peserta yang memberikan jawapan betul menerima hadiah yang disediakan oleh panel penasihat.

    12.45 ~ 1.10 petang
            Penutup.
            Oleh Puan Shahanim Binti Mohd Yusof selaku Pengerusi Persatuan Belia Nur Kasih.

    1.10 ~ 1.40 petang
            Sessi kaunseling/soaljawab/pertanyaan.

           Murid/peserta simposium diberi peluang untuk berbincang dengan Panel Penasihat KKBA tentang masalah yang dihadapi atau sebarang perkara yang ingin dikemukakan.


    Rancangan follow-up.
    1.     Membuat analisa borang BSSK yang dikembalikan.
    2.     Mengatur dengan pihak sekolah untuk menghantar murid yang dikenalpasti ke klinik kesihatan untuk susulan.
    3.     Membuat post-mortem program ini. Sebarang kelemahan, kekurangan kandungan dan lain lain akan diperbaiki untuk program selanjujtnya. Post Mortem akan dibuat pada Mesyuarat AJK pada 12 Julai 2010.
    4.     Membuat rancangan untuk program selanjutnya.



    .

    Isnin, Jun 21, 2010

    Selasa, Jun 01, 2010

    Mesyuarat Panel Penasihat 4


    Mesyuarat AJK Panel Penasihat KKBA untuk kali keempat diadakan pada 01 Jun 2010 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

    Mesyuarat membincangkan dan meluluskan perkara berikut :

    a.  Program Taklimat Untuk Penyokong Penyususan Ibu

         Satu taklimat akan diadakan pada 23 Jun 2010 di Klinik Kesihatan Bakar Arang. AJK diminta mengemukan nama nama sukarela yang berminat untuk menyertai organisasi ini dan diminta hadir untuk taklimat tersebut.

    b.  Program Remaja 

         Program pertama anjuran panel penasihat telah ditetapkan dan akan diadakan di Sekolah Menengah Sungai Pasir, Kuala Muda Sungai Petani pada 24 hb Jun 2010. Target program ini adalah untuk remaja berusia 15 dan 16 tahun. Program bertujuan memberi kesedaran kepada remaja tentang masalah sosial masakini

    c.  Perlantikan Timbalan Pengerusi Peringkat Negeri dan Pengerusi Daerah

         Ucapan Tahniah kepada Pengerusi Panel Penasihat KKBA atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Panel Penasihat Peringkat Negeri Kedah.

         En Ibrahim juga dilantik Pengerusi Panel Penasihat Peringkat Daerah Kuala Muda. Semua AJK berharap beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik di atas perlantikan tersebut.

    d.   AJK baru

           Mesyuarat menerima masuk seorang AJK baru iaitu Encik Shamsulsham bin Sabudin dari Taman Cendana Sungai Petani. Beliau yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Taman Cendana berharap akan dapat menyumbangkan khidmat dan idea kepada panel penasihat. Beliau ingin mengetengahkan program kesihatan kepada warga Taman Cendana.


    Penerangan/taklimat tentang kesihatan yang menjadi satu agenda tetap mesyuarat panel ini tidak dapat disampaikan pada kali ini kerana Dr. Prem bercuti. Ia ditunda ke mesyuarat yang akan datang.

    '

    Khamis, Mei 20, 2010

    Ulang Tahun Pertama


    Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani mengadakan majlis sambutan Ulang Tahun Pertama klinik kesihatan ini berpindah ke lokasi dan bangunan baru di Taman Intan pada  19 Mei 2009.

    Majlis bermula pada jam 3.00 petang. Ucapan disampaikan oleh Dr. Nor Azah dan Majlis di rasmikan oleh Dr. Umai Khalsom.

    Beberapa aktiviti diatur untuk  staf dan kakitangan klinik. Antaranya ialah bacaan Yassin dan Taskirah untuk memberi peringatan dan kesedaran kakitangan klinik tentang tanggungjawab dan perkhidmatan kepada masyarakat. Cabutan bertuah turut diadakan dan jamuan disediakan.

    Keratan lapuran akhbar Berita Harian Edisi Utara bertarikh 20 Mei 2009 sempena pembukaan klinik baru:-


    Gambar majlis :




    .

    Isnin, Mei 03, 2010

    Mesyuarat Panel Penasihat 3


    Mesyuarat panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk kali ketiga diadakan pada Isnin 03 May 2010 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

    Taklimat Kesihatan
    Seperti biasa, pihak klinik memberikan sedikit penerangan kesihatan  kepada ahli panel sebagai  pengetahuan dan untuk disebarkan kepada umum.  Topik kali ini adalah A H1N1 yang disampaikan oleh En Yusof Bin Hashim,  selaku Setiausaha Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

    Pihak klinik juga memberitahu kepada ahli panel bahawa imunisasi / suntikan vaksin H1N1 kini disediakan di Pejabat Kesihatan (Hospital Lama Sungai Petani) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma.


    Program untuk Remaja 
    Setelah beberapa perbincangan dengan pihak sekolah dilakukan, mesyuarat bersetuju untuk mengadakan satu program untuk remaja seperti berikut :-

    Tarikh :              Khamis 24 Jun 2010
    Tempat :            Sekolah Menengah Sungai Pasir, Kuala Muda, Kedah
    Peserta :            Murid Sekolah Tingkatan 4

    Sebagai panduan, jadual program yang dirancang adalah seperti berikut :

    7.30 pagi ~ 8.00 pagi   : Pendaftaran peserta
    8.00 pagi ~ 8.30 pagi   : Borang saringan kepada peserta
    8.30 pagi ~ 8.45 pagi   : Bacaan doa dan taklimat

    8.45 pagi                       : Simposium - Remaja dan Cabaran Masakini

                                           : Rehat

                                           : Sessi soal jawab

    Program berikut juga disediakan :

    a.     pameran oleh dentist
    b.     Mengukur berat dan ketinggian

    Program diatas tertakluk kepada perubahan.

    Beberapa siri perbincangan serta kajian kesesuaian akan dilakukan bersama pihak sekolah. Iternari dan program terperinci akan dikeluarkan bersama dengan anggaran peruntukkan perbelanjaan yang diperlukan.

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada 01 Jun 2010 mulai jam 2.30 petang.

    Khamis, April 15, 2010

    Project 1 - Ceramah Untuk Remaja


    Satu perbincangan telah diadakan pada 13hb April 2010 yang dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha dan Setiausaha Kerja membincangkan tentang cadangan program ceramah untuk remaja yang sedang dirancang.

    Pengerusi panel telah berjumpa dengan Guru Besar Sekolah Menengah Sungai Pasir, Sungai Petani pada 14 April 2010 untuk mengusulkan projek Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk mengadakan ceramah untuk pelajar sekolah tersebut sebagai usaha menangani masalah social dan mental remaja masakini. Keputusan perjumpaan amatlah memberansangkan. Pihak sekolah amat mengalukan penganjuran program tersebut. Pihak sekolah juga sedia membantu menyediakan peralatan, tempat serta lain lain yang diperlukan untuk menjayakan program tersebut.

    Panel penasihat akan menetapkan iternari program tersebut. Diantaranya termasuk :

    1.    Tarikh
    2.    Jumlah peserta
    3.    Agensi lain yang terlibat
    4.    Ceramah
    5.    Kaunseling

    Disamping itu dibincangkan juga 

    a.    Agensi lain terlibat
    b.    Kertas kerja
    c.    Kewangan
    d.    Jamuan
    e.    Bahan

    Cadangan Pengisian Program:
    i.     Pendaftaran Remaja
    ii.    Saringan Kesihatan Remaja menggunakan Borang BSSK.
    iii.   Ceramah Kesihatan: Masaalah Psiko-sosial remaja
    iv.   Merokok Dikalangan Remaja
    v.    Pameran Kesihatan: Rokok, HIV, Kehamilan.
    vi.   Latihan dalam Kumpulan (LDK). Perlu tahu masalah utama pelajar.

    Panel Penasihat akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak sekolah pada 19 April 2010.

    Isnin, April 12, 2010

    Mesyuarat Panel Penasihat 2


    Mesyuarat Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk kali kedua diadakan pada 12 April 2010 mulai jam 2.30 petang bertempat di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

    Mesyuarat membincangkan perkara berikut dan bersetuju.

    1.   Penggunaan Internet

          Sebagai langkah mengurangkan kelewatan menerima minit mesyuarat dan notis mensyuarat, AJK diminta memberikan alamat e-mail dan nombor handphone terkini kepada setiausaha panel. Minit dan notis mensyuarat AJK panel penasihat akan dihantar melalui e-mail.

    2.   Taklimat Kesihatan

          Sebelum mesyuarat bermula AJK panel mendengat taklimat kesihatan yang diberikan oleh Dr. Halimah dan Dr. Nor Azah mengenai penyakit Jaundice Neonatal (atau penyakit kuning di kalangan kanak-kanak). Taklimat disertai dengan paparan vedeo power point. Tujuan taklimat adalah untuk memberi sedikit pengetahuan kepada ahli panel tentang penyakit biasa yang dialami oleh masyarakat kita. Pengetahuan ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu ahli panel dalam menjalankan tugas mereka.

    3.    Aktiviti Panel Penasihat

          AJK panel akan menumpukan aktiviti kemasyarakatan sebagai usaha mendidik dari segi kesihatan.  Beberapa aktiviti dicadangkan dan mesyuarat menerima dua cadangan dilakukan untuk tahun 2010.

         i.     Program untuk golongan remaja
         ii.    Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu (NGO)

    4.    Lama Web / Blog

          Mesyuarat bersetuju untuk membangunkan satu laman blog untuk panel penasihat. Laman blog ini akan memuatkan aktiviti yang dijalankan oleh panel penasihat serta lain lain maklumat yang difikirkan perlu.

     
    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada Isnin 03 Mei 2010.

    .

    Isnin, Mac 22, 2010

    Mesyuarat Panel Penasihat Pertama


    Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani mengadakan mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa yang pertama pada hari Isnin 22hb Mac 2010 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.

    Seramai 25 ahli hadir untuk mesyuarat ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Yusof Hashim kerana Pengerusi Panel untuk sessi 2009 - 2010 masih belum dilantik.

    1.     Memperkenalkan Ahli Panel

            Semua ahli panel yang baru dilantik memperkenalkan diri.

         Ahli panel diberi satu salinan "Garispanduan - Penubuhan Panel Penasihat" yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - 2007. Penerangan  ringkas diberikan kepada ahli panel tentang objektif, keanggotaan, bidang kuasa, fungsi, aktiviti yang boleh dilaksanakan dan pengiktirafan. Setiap ahli akan meneerima Kad Ahli serta sijil perlantikan.

           Ahli juga didedahkan tentang perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Bakar Arang.



    2.     Perlantikan Pegawai Panel
           
            Mesyuarat bersetuju melantik dari kalangan ahli panel jawatan berikut :

            i.      Pengerusi
            ii.     Timbalan Pengerusi
            iii.    Setiausaha
            iv.     Setiausaha Kerja
            v.      Bendahari


    3.    Taklimat Pengerusi yang baru

            Pengerusi yang baru dilantik memberikan taklimat ringkas berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab AJK Panel Penasihat. Beliau adalah AJK panel penasihat sessi terdahulu dan telah lama  memberikan khidmat serta sumbangan kepada panel.

            Ahli di beritahu kawasan dibawah pentadbiran Klinik Kesihatan Bakar Arang, senarai Klinik Desa serta staf yang mewakili. Lawatan ke semua klinik desa dibawah Klinik Kesihatan Bakar Arang akan dibuat dalam masa terdekat.

            Pengerusi mengharapkan ahli panel yang baru dilantik akan dapat meneruskan program serta aktiviti yang dirancang oleh ahli panel sebelum ini.


    4.    Taklimat

           Mesyuarat mencadangkan satu taklimat pendek diberikan kepada AJK setiap kali bermesyuarat. Taklimat tersebut akan disampaikan oleh kakitangan klinik kesihatan. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan pengetahuan kepada ahli panel tentang isu isu kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat sekarang. Dengan pengetahuan tersebut, diharapkan dapat membantu ahli panel dalam menjalankan tanggungjawab semasa memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat.
          
           Tajuk untuk taklimat dan penyampai akan ditentukan pada setiap mesyuarat.


    5.    Program/Aktiviti

          Beberapa cadangan untuk aktiviti panel diterima.

      Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang. Mesyurat seterusnya ditetapkan pada hari Isnin 12 April 2010 jam 2.30 petang.


      .