Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Selasa, Januari 18, 2011

Mesyuarat Panel Penasihat 1/2011

Mesyuarat panel kali pertama untuk tahun 2011 diadakan pada pada Selasa 18 Januari 2011 mulai jam 2.30 petang di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Mesyuarat membincangkan program panel penasihat untuk Tahun 2011 dan bersetuju untuk kepada empat aktiviti utama berikut :


1.  Program Panel dan Komuniti 

Program panel penasihat bersama komuniti dicadang untuk akan diadakan di Klinik Desa Pantai Perai pada 24 Feb 2011. Pemilihan Klinik Desa ini adalah kerana baru berpindah ke bangunan baru pada penghujung tahun 2010.

Tujuan program ini  diadakan untuk mewar warkan kepada masyarakat tempatan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh klinik. Selain itu menyuwudkan kesepakatan antara kakitangan klinik dengan masyarakat tempatan.

Mesyuarat telah melantik AJK kecil untuk mengatur program tersebut. Perbincangan lanjut akan diadakan pada mesyuarat panel yang akan datang,

Tarikh Perlaksanaan : 24 Febuari 2011

2.  Kem Kesihatan di Taman Intan

KRT Taman Intan memohon untuk mengadakan kem kesihatan untuk penduduk Taman Intan dan dibuka kepada penduduk taman taman berhampiran.

Selain dari pemeriksaan kesihatan seperti lazim diadakan, dicadangkan aktiviti berikut :

-   Senamrobik
-   Senaman Wai Tan Kung
-   Tai Chi
-   Ceramah kesihatan dengan tajuk Pemakanan Sihat dan Obesiti
-   Demostrasi menjaga  kebersihan gigi

Tarikh Perlaksaan : April 2011


3.  Program Psiko-socio Remaja

Berlanjutan dengan kejayaan program serupa yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir pada tahun 2010, panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang banyak menerima permohonan untuk mengakan program serupa. Untuk tahun ini, panel penasihat memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail, Bakar Arang.

Tarikh Perlaksanaan : Jun 2011

4.  Lawatan sambil belajar

Lawatan untuk panel penasihat melawat untuk mempelajari, mencari pengetahuan dan pengalaman yang boleh diguna pakai.

Tarikh Perlaksanaan : Oktober 2011


5.  Konvensyen Panel Penasihat

JKN juga akan mengadakan konvensyen pada bulan Mac 2011. KKBA akan mengutarakan program psiko-socio remaja sebagai projek aktiviti untuk dipertandingkan diperingkat negeri.

.

    Sabtu, Januari 01, 2011

    Selamat Tahun Baru 2011

    .
    Panel penasihat mengucapkan 'SELAMAT TAHUN 2011' kepada semua ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang. Semoga kedatangan tahun ini akan membawa perubahan dan memberi kesihatan kepada kita semua.

    Teruskan usaha murni dan membuat bakti dalam kerja kerja sukarela untuk menafaat masyarakat tempatan.

    Ingin memaparkan pencapaian blog panel penasihat untuk renongan semua :

    Statistik sejak dimulakan pada April 2010

    .