Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Isnin, Mac 22, 2010

Mesyuarat Panel Penasihat Pertama


Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani mengadakan mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa yang pertama pada hari Isnin 22hb Mac 2010 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.

Seramai 25 ahli hadir untuk mesyuarat ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Yusof Hashim kerana Pengerusi Panel untuk sessi 2009 - 2010 masih belum dilantik.

1.     Memperkenalkan Ahli Panel

        Semua ahli panel yang baru dilantik memperkenalkan diri.

     Ahli panel diberi satu salinan "Garispanduan - Penubuhan Panel Penasihat" yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - 2007. Penerangan  ringkas diberikan kepada ahli panel tentang objektif, keanggotaan, bidang kuasa, fungsi, aktiviti yang boleh dilaksanakan dan pengiktirafan. Setiap ahli akan meneerima Kad Ahli serta sijil perlantikan.

       Ahli juga didedahkan tentang perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Bakar Arang.



2.     Perlantikan Pegawai Panel
       
        Mesyuarat bersetuju melantik dari kalangan ahli panel jawatan berikut :

        i.      Pengerusi
        ii.     Timbalan Pengerusi
        iii.    Setiausaha
        iv.     Setiausaha Kerja
        v.      Bendahari


3.    Taklimat Pengerusi yang baru

        Pengerusi yang baru dilantik memberikan taklimat ringkas berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab AJK Panel Penasihat. Beliau adalah AJK panel penasihat sessi terdahulu dan telah lama  memberikan khidmat serta sumbangan kepada panel.

        Ahli di beritahu kawasan dibawah pentadbiran Klinik Kesihatan Bakar Arang, senarai Klinik Desa serta staf yang mewakili. Lawatan ke semua klinik desa dibawah Klinik Kesihatan Bakar Arang akan dibuat dalam masa terdekat.

        Pengerusi mengharapkan ahli panel yang baru dilantik akan dapat meneruskan program serta aktiviti yang dirancang oleh ahli panel sebelum ini.


4.    Taklimat

       Mesyuarat mencadangkan satu taklimat pendek diberikan kepada AJK setiap kali bermesyuarat. Taklimat tersebut akan disampaikan oleh kakitangan klinik kesihatan. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan pengetahuan kepada ahli panel tentang isu isu kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat sekarang. Dengan pengetahuan tersebut, diharapkan dapat membantu ahli panel dalam menjalankan tanggungjawab semasa memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat.
      
       Tajuk untuk taklimat dan penyampai akan ditentukan pada setiap mesyuarat.


5.    Program/Aktiviti

      Beberapa cadangan untuk aktiviti panel diterima.

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang. Mesyurat seterusnya ditetapkan pada hari Isnin 12 April 2010 jam 2.30 petang.


    .