Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Februari 16, 2014

Ceramah Kesihatan - Bahaya Kencing Tikus dan Denggi

Satu ceramah kesihatan dianjurkan oleh panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang bersama penduduk Taman Rhu Sungai Petani pada Ahad 16 Feb 2014 mulai jam 0900 pagi. Ceramah kesihatan ini diadakan di Dewan Orang Ramain Taman Rhu.
 
Ceramah disampaikan oleh Dr Shahid dari Klinik Kesihatan Bakar Arang. Walaupun tajuk utama ceramah ini ialah bahaya kencing tikus, penceramah memanjang untuk memberikan sedikit ceramah tentang wabak denggi yang berlaku dikawasan ini beberapa minggu lalu.
 
Ceramah diadakan bertujuan memberi pengetahuan kepada penduduk terutama mereka yang terlibat dengan perniagaan makanan. Adalah diharapkan pengetahuan ini akan memberi kesedaran kepada penduduk  tentang kebersihan dikawasan rumah masing masing.












Ahad, Februari 09, 2014

Mesyuarat Bulanan 02/2014

Buat pertama kali mesyuarat bulanan panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang diadakan di luar klinik kesihatan yang lazim diadakan. Mesyuarat kali ini diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Rhu Sungai Petani pada hari Ahad 09 Februari 2014. Mesyuarat bermula pada jam 12.00 tengah hari.

Mesyuarat diadakan di dewan ini kerana ramai ahli panel yang menghadiri program gotong royong yang diadakan di taman ini pada sebelah paginya. Untuk menjimatkan masa dan mengelakkan pembaziran masa, mesyuarat diadakan selepas program gotong royong selesai.

Pengerusi pada mesyuarat ini mengucapkan terima kasih kepada ahli panel yang hadir pada program gotong royong ini dan menganggap program anjuran bersama penduduk Taman Rhu dan Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang berjaya mencapai matlamat. Pengerusi juga mengucapkan terima kesih kepada semua yang terlibat termasuk dari agensi lain termasuk :
  • Bomba
  • E-Idaman
  • Pertahanan Awam
  • MPSPK
  • Penduduk Taman Rhu
Pelbagai perkara yang dibincangkan pada mesyuarat ini. Antaranya adalah :
1.    Taklimat 'Bahaya Kencing Tikus' yang akan diadakan pada Ahad 16 Feb 2014

2.    Kem Kesihatan di Kampung Seberang Tok Soh pada 23 Mac 2104
3.   Program Diabetik di Telok Wang pada 30 Mac 2014

4.   Kem Kesihatan di Sungai Pasir pada April 2014. Tarikh sebenar akan diberitahu kemudian.

5.   Lawatan sambil belajar ke Terengganu pada 01 Mei 2014.

6.   Baju koporate

7.   Keahlian baru yang akan berkuat kuasa pada bulan June 1024.


Beberapa perkara juga dibangkit oleh ahli pada mesyuarat ini termasuk :




Gotong Royong Taman Rhu






 









Selepas bergotong royong, ahli panel meneruskan untuk mesyuarat bulanan yang diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Rhu.