Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, Januari 23, 2014

Lawatan ke Taman Rhu

Beberapa ahli panel membuat lawatan ke Taman Rhu Sungai Petani untuk meninjau kawasan tersebut dan selanjut membuat keputusan samada akan menganjurkan gotong royong membersihkan kawasan taman perumahan. Ini berlanjutan dengan wabak denggi yang berlaku beberapa hari hari. Dua orang penduduk telah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti denggi.

Lawatan diketuai oleh Dr. Shahid Pervez dari Klinik Kesihatan Bakar Arang dan enam orang ahli panel. Lawatan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. 

Tumpuan lawatan adalah di persekitaran kawasan rumah dan tumpuan diberikan kepada longkang hadapan dan belakang rumah. Banyak longkang dipenuhi dengan daun kering yang menghalang laluan air. Selain ini didapati bekas bunga tidak disusun dengan cara betul berkemungkinan menjadi tempat nyamuk membiak.

Rombongan turut menemu ramah tuan rumah yang salah seorang anggota keluarga dijangkit denggi.

Satu perbincangan ringkas telah diadakan pada penghujung lawatan tersebut dan dipersetujui untuk mengadakan gotong royong membersihkan longkang di taman  ini. Gotong royong akan diadakan pada hari Ahad 09 Feb 2014 bermula pada jam 09.00 pagi. Beberapa agensi kerajaan akan dijemput untuk turut serta pada gotong royong ini. Agensi tersebut termasuk Bomba, JPAM, MPSPK dan e-Idaman.