GARISPANDUAN PENUBUHAN PANEL PENASlHAT KESlHATAN DI KLINIK KESlHATAN PERKHIDMATAN KESlHATAN AWAM | ||||||||
1. | Pendahuluan | |||||||
Klinik Kesihatan diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan primer yang lebih komprehensif kepada pelanggan-pelanggan disamping dapat mengurangkan beban kerja hospital supaya ia dapat menumpu kepada perkhidmatan yang lebih intensif dan khusus. Ini adalah selaras dengan matlamat "Kesihatan Untuk Semua" melalui pendekatan Penjagaan Kesihatan Primer. Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana agensi kerajaan menghadapi kekurangan sumber kewangan dan tenaga manusia, penglibatan dan sumbangan anggota masyarakat adalah faktor utama menentukan kejayaan usaha meningkatkan taraf kesihatan mereka. Penglibatan rakyat dalam penjagaan kesihatan sama ada secara individu atau kolektif adalah salah satu strategi utama yang telah di putuskan daiam Deklarasi Primary Health Care di Alma-Ata pada tahun 1978 sebagai satu pendekatan untuk menangani masalah kesihatan. Walaupun sebahagian program-program kesihatan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, namun masih terdapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan kurang mendapat sambutan dan penglibatan dari masyarakat. Beberapa klinik kesihatan di beberapa negeri telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan badan perhubungan yang dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat bagi membantu menggerakkan sumber yang terdapat dalam masyarakat tetapi nama, keahlian, bidang kuasa dan fungsi badan-badan ini adalah berlainan antara satu sama lain. Ketidakseragaman dalam perlantikan ahli, bidang kuasa dan kurang pengiktirafan juga menyebabkan badan-badan ini melalui laluan yang sukar, walaupun kewujudannya telah banyak membantu anggota- anggota kesihatan dalam memperbaiki hubungan dengan masyarakat. Menyedari betapa pentingnya penglibatan anggota masyarakat dan untuk menyeragamkan penubuhan badan-badan seumpama, Jabatan Kesihatan Awam, setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan, November 1995 telah menyediakan garispanduan bagi membantu klinik-klinik kesihatan menubuhkan Panel Penasihat Kesihatan yang perlaksanaannya boleh disesuaikan dengan keadaan dan keperluan setempat. Garispanduan edisi pertama telah diterbitkan pada tahun 2000 dan setelah lebih kurang sepuluh tahun usia penubuhan Panel Penasihat Klinik Kesihatan ini, penglibatan mereka semakin terserlah dan beralih arah daripada tugasan sosial kepada bidang memprornosi, aktiviti pencegahan dan rehabilitasi penyakit. Walaupun demikian, badan ini masih menghadapi beberapa masalah, walaupun kewujudannya telah banyak membantu anggota-anggota kesihatan dalam memperbaiki hubungan dengan masyarakat. Sehubungan itu, Jawatankuasa Teknikal mencadangkan supaya kandungan garispanduan sedia ada disemak semula dan diperbaiki bagi menangani masalah-masalah yang timbul. | ||||||||
2. | Objektif | |||||||
2.1 | Objektif Umum | |||||||
Untuk mewujudkan saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan sebagai satu forum interaksi antara anggota masyarakat dan kakitangan Jabatan Kesihatan, ke arah menggalakkan penglibatan sepenuhnya rnasyarakat dalam usaha mencapai matlamat "Kesihatan Untuk Semua" | ||||||||
2.2 | Objektif Khas | |||||||
2.2.1 | Untuk mempercepatkan dan mempermudahkan penyaluran maklumat-maklumat yang tepat berkaitan masalah kesihatan setempat kepada masyarakat; | |||||||
2.2.2 | Untuk mengambilkira pendapat dan pandangan ahli masyarakat dalam perancangan dan perlaksanaan sesuatu aktiviti kesihatan supaya ianya bersesuaian dengan keadaan dan budaya setempat; | |||||||
2.2.3 | Untuk mendapatkan maklumbalas yang tepat dari masyarakat berkaitan masalah-masalah dan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan; | |||||||
2.2.4 | Untuk mengujudkan sikap tanggungjawab bersama antara masyarakat dan Jabatan Kesihatan dalam menangani masalah kesihatan; | |||||||
2.2.5 | Untuk mempertingkatkan lagi imej Jabatan Kesihatan pada pandangan masyarakat melalui pendekatan pengurusan yang telus di samping dapat mengurangkan salah faham antara kedua pihak. | |||||||
3. | Keanggotaan Panel Penasihat Kesihatan | |||||||
3.1 | Pencalonan dan Pemilihan Ahli | |||||||
Pencalonan dan pemilihan ahli-ahli panel perlu dijalankan dengan teliti supaya panel ini dapat berfungsi dengan berkesan. Keahlian panel ini dibahagikan kepada dua iaitu wakil masyarakat dan wakil Jabatan kesihatan. Pencalonan ahli dibuat oleh klinik kesihatan yang berkaitan serta pemimpin masyarakat tempatan, dan perlu menepati kriteria. Klinik diberi kuasa untuk mencalon 3 orang anggota masyarakat dan 5 orang anggota kesihatan klinik terlibat, selebihnya pemilihan akan dibuat oleh pemimpin masyarakat tempatan. Bilangan keahlian maksima di setiap klinik ialah 25 orang | ||||||||
3.1.1 | Wakil Masyarakat | |||||||
Adalah dicadangkan agar bilangan wakil masyarakat yang dipilih ialah antara 6 hingga 10 orang. Bilangan wakil boleh lebih dari yang dicadangkan, berdasarkan kepada keperluan tempat dan keadaan. Ciri-ciri wakil: | ||||||||
(i) | Individu yang dihormati, disegani dan diterima masyarakat; | |||||||
(ii) | Sanggup menjadi ahli secara sukarela; | |||||||
(iii) | Bermastautin di kawasan operasi sesuatu klinik kesihatan; | |||||||
(iv) | Berkemampuan untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan boleh bekerja sebagai satu pasukan; | |||||||
(v) | Mewakili komposisi masyarakat, kampung- kampung dan "gender" yang terdapat di dalam kawasan operasi. | |||||||
3.1.2 | Wakil Jabatan Kesihatan | |||||||
Bilangan wakil sekurang-kurangnya 5 orang, terdiri dari pegawai yang menjaga seperti: | ||||||||
- | Pakar Perubatan Keluarga/Pegawai Perubatan dan Kesihatan; | |||||||
- | Pegawai Pergigian; | |||||||
- | Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/ Pembantu Kesihatan Awam; | |||||||
- | Penolong Pegawai Perubatan/Ketua Jururawat Kesihatan; | |||||||
- | Penyelia Jururawat/Jururawat Kesihatan. | |||||||
Dalam keadaan tertentu atau bila difikirkan perlu, lain-lain kategori kakitangan boleh dilantik untuk menjadi ahli jawatankuasa panel ini. | ||||||||
3.2 | Perlantikan | |||||||
Perlantikan dibuat oleh Pengarah Kesihatan Negeri berdasarkan pencalonan oleh Pegawai Yang Menjaga klinik kesihatan atau pemimpin masyarakat tempatan dan dikemukakan kepada Pegawai Kesihatan Daerah. Klinik diberi kuasa mencalon 3 anggota masyarakat dan 5 orang anggota kesihatan klinik terlibat, dan selebihnya pemilihan diserahkan kepada pemimpin masyarakat tempatan. Sebagai tanda perlantikan, satu sijil perlantikan dan kad pengenalan ahli berserta jawatan yang disandang yang ditandatangani oleh Pengarah Kesihatan Negeri, perlu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri. | ||||||||
3.3 | Jangkamasa Lantikan | |||||||
Sesuatu penggal pertantikan itu ialah untuk jangkamasa 3 tahun bermula dari tarikh perlantikan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri. Ahli yang berkelayakan boleh dipertimbangkan untuk dilantik semula. | ||||||||
3.4 | Penamatan Keahlian | |||||||
Setelah tamat jangkamasa lantikan selama 3 tahun, satu sijil penamatan keahlian dan penghargaan yang ditandatangani oleh Pengarah Kesihatan Negeri, perlu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Bagi tujuan penyambungan jangkamasa lantikan, satu sijil perlantikan dan kad pengenalan baru perlu dikeluarkan. atau: Setelah tamat jangkamasa läntikan selama 3 tahun, seseorang ahli panel akan ditamatkan keahliannya secara automatik. Bagi tujuan penyambungan jangkamasa lantikan, satu sijil perlantikan dan kad pengenalan baru perlu dikeluarkan. | ||||||||
3.5 | Penguguran Ahli | |||||||
Pengguguran ahli-ahli panel boleh dilakukan sekiranya ahli tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa sebab munasabah atau telah melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan imej Klinik Kesihatan. Pengguguran dibuat oleh Pengarah Kesihatan Negeri berdasarkan keputusan mesyuarat ahli-ahli panel Klinik Kesihatan yang dikemukakan melalui Pegawai Kesihatan Daerah. | ||||||||
3.6 | Struktur Organisasi | |||||||
3.6.1 | Penasihat | |||||||
Pegawai Kesihatan Daerah adalah penasihat kepada ahli-ahli panel. Terma Rujukan (fungsi): | ||||||||
1. | Memberi bimbingan dan khidmat nasihat dalam semua aspek kepada ahli-ahli. panel. | |||||||
2. | Memantau perjalanan program yang telah dirancang oleh ahli-ahli panel. | |||||||
3.6.2 | Pengerusi | |||||||
Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan ini hendaklah dilantik daripada salah seorang wakil masyarakat yang menjadi ahli panel tersebut. Pemilihan pengerusi akan ditentukan oleh ahli-ahli panel itu sendiri. Jangkamasa sah perlantikan pengerusi ini ialah 3 tahun dan boleh dipertimbangkan untuk dilanjutkan berdasarkan kepada pertimbangan panel ini sendiri. Terma Rujukan (fungsi): | ||||||||
1. | Mempengerusikan mesyuarat panel penasihat. | |||||||
2. | Menyelaras program-program yang telah dirancang untuk memastikan kelancaran dan kejayaan setiap program tersebut. | |||||||
3. | Memastikan sebarang keputusan yang dipersetujui oleh ahli-ahli panel adalah selaras dengan matlamat "Kesihatan Untuk Semua" | |||||||
4. | Mewakili ahli-ahli panel penasihat yang lain untuk menghadiri sebarang program yang berkaitan dengan panel penasihat, sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Sekiranya pengerusi tidak dapat berbuat demikian, bolehlah diwakilkan kepada Timbalan Pengerusi atau ahli-ahli panel yang lain. | |||||||
5. | Memberi bimbingan dan khidmat nasihat dĂĄlam semua aspek kepada ahli-ahli panel. | |||||||
6. | Memberi arahan kepada ahli-ahli panel yang lain untuk rnembantu tugas-tugas yang berkaitan. | |||||||
3.6.3 | Timbalan Pengerusi | |||||||
Pegawai Yang Menjaga klinik kesihatan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Terma Rujukan (fungsi): | ||||||||
1. | Mempengerusikan mesyuarat panel penasihat dalam ketiadaan pengerusi Panel Penasihat. | |||||||
2. | Mengetuai kakitangan kesihatan yang lain dalam organisasi panel penasihat. | |||||||
3. | Memberi bimbingan dan khidmat nasihat, terutamanya dalam aspek kesihatan kepada ahli-ahli panel. | |||||||
3.6.4 | Setiausaha | |||||||
Penolong Pegawai Perubatan y/m atau lain-lain anggota kesihatan yang sesuai, dari klinik kesihatan berkenaan akan menjadi setiausaha panel ini. Terma Rujukan (fungsi): | ||||||||
1. | Menjemput dan memberi peringatan tentang mesyuarat kepada semua ahli panel. | |||||||
2. | Memastikan keperluan mesyuarat seperti tempat, peralatan, persegaran dan sebagainya tersedia sebelum sesuatu mesyuarat diadakan. | |||||||
3. | Mencatat dan menyediakan laporan minit mesyuarat. | |||||||
4. | Mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli dua minggu sebelum mesyuarat seterusnya diadakan. | |||||||
3.6.5 | Setiausaha Kerja | |||||||
Salah seorang wakil masyarakat yang menjadi ahli panel akan menjadi setiausaha kerja. Terma Rujukan (fungsi): | ||||||||
1. | Membantu setiausaha dalam semua tugas yang dinyatakan di atas. | |||||||
2. | Membantu Pengerusi panel menggerakkan ahli-ahli untuk menjayakan aktiviti/projek yang telah dikenalpasti. | |||||||
3.6.6 | Bendahari | |||||||
Seorang Bendahari dilantik di kalangan ahli-ahli panel penasihat oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan. Terma Rujukan (fungsi): | ||||||||
1. | Menyimpan wang yang diperolehi oleh panel penasihat. | |||||||
2. | Membuka akaun panel penasihat mengikut kesesuaian tempat masing-masing. | |||||||
3. | Menyedia dan mengemaskini laporan kewangan secara berkala. | |||||||
4. | Membentangkan laporan kewangan. | |||||||
3.6.7 | Pemeriksa Kira kira | |||||||
Dua orang Pemeriksa Kira-kira dilantik oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan. Seorang Pemeriksa Kira-kira hendaklah dilantik daripada wakil masyarakat dan seorang lagi daripada anggota kesihatan. Terma Rujukan (fungsi): | ||||||||
i. | Memeriksa dan menandatangani buku kira-kira. | |||||||
4 | Bidang Kuasa Panel Penasihat | |||||||
4.1 | Panel Penasihat Kesihatan berfungsi dengan berlandaskan kepada konsep musyawarah dan perkongsian pintar, di mana perjumpaan yang kerap harus diatur bagi membolehkan pertukaran pendapat dan pandangan diadakan. | |||||||
4.2 | Panel Penasihat ini boleh merancang, melaksana dan menilai sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan bagi kepentingan penduduk setempat asalkan tidak menyentuh aspek-aspek teknikal dan pentadbiran atau bertentangan dengan dasar-dasar dan peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia. Sebarang keraguan atau masalah yang timbul dalam urusan perlaksanaan Panel Penasihat ini, hendaklah dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Kesihatan Negeri/lbu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. | |||||||
4.3 | Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Kesihatan Negeri/lbu Pejabat KMM berhak meminda keputusan yang dibuat oleh Panel Penasihat. | |||||||
4.4 | Setiap ahli panel hendaklah sentiasa bersikap terbuka dan bertanggungjawab khususnya dalam merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Pengerusi panel boleh meminta bantuan daripada mana-mana ahli untuk menjalankan aktiviti/projek yang dipersetujui itu. | |||||||
4.5 | Bidang tugas panel penasihat merangkumi memberi nasihat dan bantuan kepada pesakit di dalam merujuk mereka ke Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan. | |||||||
5. | Fungsi | |||||||
5.1 | Perhubungan Antara Masyarakat dan Jabatan Kesihatan Ahli-ahli Panel adalah digalakkan untuk memberi maklumbalas secara terbuka dan ikhlas mengenai perkhidmatan klinik pada bila-bila masa, khususnya jika perkara itu boleh diambil tindakan segera. Ahli-ahli Panel juga digalakkan untuk datang mendapatkan maklumat tambahan untuk disampaikan kepada anggota masyarakat, jika maklumat itu dapat menjelaskan keadaan perkhidmatan klinik atau mengelakkan salah faham. | |||||||
5.2 | Nadi Penggerak Kepada Penglibatan Masyarakat Dengan maklumat dan kesedaran yang diperolehi melalui pendedahan yang diberikan oleh pihak klinik, ahli-ahli Panel Penasihat diharapkan akan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat khususnya untuk menjadi teladan dalam pengamalan tabiat-tabiat kesihatan yang baik. Mereka juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada lain-lain anggota masyarakat dan seterusnya memimpin dan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti kesihatan yang dirancangkan. | |||||||
5.3 | Pengurusan Aktiviti Kesihatan Setiap Panel Penasihat Kesihatan perlu bermesyuarat secara kerap dan tetap sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Antara lain agendanya ialah analisis situasi pencapaian perkhidmatan dan status kesihatan masyarakat setempat. Analisa ini perlu memberikan fokus kepada masalah yang berkaitan dengan penerimaan dan penglibatan kumpulan pengguna dan masyarakat amnya. Hasil dari analisis ini, panel hendaklah mengenalpasti strategi dan merancang aktiviti-aktiviti untuk mengatasi masalah yang berkaitan termasuklah cara untuk melaksana, membiayai dan menilai aktiviti-aktiviti kesihatan. | |||||||
6 | Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan | |||||||
Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Panel Penasihat ini adalah seperti berikut: | ||||||||
6.1 | Menganjurkan Hari Terbuka di klinik kesihatan bagi mendedahkan dan mendekatkan masyarakat kepada aktiviti-aktiviti yang dikendalikan di klinik tersebut. | |||||||
6.2 | Menganjurkan kempen, pemeriksaan kesihatan perubatan, ceramah dan dialog kesihatan berjadual di lokasi-lokasi strategik di dalam kawasan operasi. | |||||||
6.3 | Menganjurkan aktiviti-aktiviti gotong-royong sama ada di klinik kesihatan, kawasan-kawasan awam yang lain atau di kawasan penempatan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar yang bersih. | |||||||
6.4 | Menggalakkan penglibatan anggota masyarakat menjalankan beberapa aktiviti mudah seperti mengukur tinggi/berat, "defaulter tracing" dan lain-lain sama ada di klinik atau di kawasan penempatan khususnya apabila diadakan kempen atau lawatan kesihatan bergerak. | |||||||
6.5 | Membantu dalam melibatkan anggota masyarakat dalam menyebarkan maklumat kesihatan dengan tepat, mudah, murah, cepat dan berkesan. | |||||||
6.6 | Membantu dalam memberikan khidmat nasihat kesihatan kepada anggota masyarakat yang menghadapi risiko tinggi supaya segera mendapatkan rawatan. | |||||||
6.7 | Membantu mengembleng sumber yang terdapat di dalam masyarakat untuk melaksanakan aktivitI-aktiviti menambah-baikkan kemudahan-kemudahan kesihatan khususnya untuk keselesaan dan kesejahteraan pengguna. | |||||||
6.8 | Membantu mengenalpasti anggota masyarakat setempat yang boleh dilatih dalam beberapa aspek kesihatan bagi membolehkan mereka menjadi sukarelawan kesihatan yang mampu mengendalikan aspek pencegahan dan rawatan penyakit ringan. | |||||||
6/9 | Lain-lain aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat tetapi tidak bertentangan dengan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia. | |||||||
7. | Pengiktirafan | |||||||
Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli Panel Penasihat Kesihatan khususnya mereka yang mewakili anggota masyarakat adalah besar ertinya dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat ke arah mencapai taraf sebuah negara maju. Pengorbanan mereka tiada nilai ganti dan perlu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Beberapa cadangan untuk mengiktiraf jasa-jasa mereka ialah: | ||||||||
7.1 | Mengadakan majlis perlantikan rasmi di peringkat daerah/negeri di mana semua ahli-ahli panel yang baru dilantik atau dilantik semula bagi setiap klinik kesihatan akan diberikan surat perlantikan dan kad pengenalan. | |||||||
7.2 | Mengadakan majlis mengenang jasa di peringkat daerah/negeri bagi menghargai sumbangan mereka yang telah lama berkhidmat secara sukarela. | |||||||
7.3 | Menjemput ahli-ahli panel ini ke majlis-majlis yang sesuai, yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan/Jabatan Kesihatan. | |||||||
7.4 | Melibatkan mereka dalam aktiviti pembelajaran sama ada melalui latihan khas atau lawatan sambil belajar untuk mendalami lagi pengetahuan mereka mengenai kesihatan khususnya aspek pencegahan penyakit. | |||||||
8 | Penutup | |||||||
Usaha Panel Penasihat Kesihatan akan dapat mencapai matlamat bergantung sepenuhnya kepada iltizam setiap ahli panel khasnya dan setiap anggota masyarakat amnya. Pengembelengan tenaga dan usaha sebagai satu pasukan akan mempermudahkan proses untuk mencapai matlamat ini lebih-lebih lagi dalam suasana di mana agensi Kerajaan menghadapi kekurangan sumber kewangan dan tenaga manusia. | ||||||||
Garis Panduan
Langgan:
Catatan (Atom)