Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Rabu, Oktober 23, 2013

Seminar Pemantapan Panel Penasihat

Seminar pemantapan panel penasihat Klinik Kesihatan peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2013 telah dianjurkan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.

Tarikh          : 22 & 23 Oktober 2013
 Masa          : 8.00 pagi ~ 5.00 petang
Tempat        : Hotel Amanpura Sungai Petani

Semua klinik kesihatan didalam daerah Kuala Muda menghantar wakil ke seminar ini yang bertujuan untuk :
  1. Mengeratkan tali siratulrahim di kalangan ahli panel dari klinik klinik kesihatan Daerah Kuala Muda
  2. Memberi maklumat kesihatan terkini kepada ahli PPKK
  3. Dapat bertukar tukar pendapat dan mencambahkan buah fikiran
Aturcara majlis adalah :

Selasa 22 Okt 2013
  1. Pendaftaran
  2. Taklimat oleh PKD Kuala Muda - Dr Umi Khaltom
  3. Taklimat Peranan ahli PPKK oleh Pengerusi Daerah En Ibrahim A'Kasah
  4. Ceramah Diabetes
  5. Ceramah Pemakanan 
  6. SOP Kem Kesihatan
  7. Sesi Amali untuk RBS, BP dan BMI

Rabu 23 Okt 2013
  1. Kuiz kefahaman 
  2. Taklimat Program NCD1M oleh Dr. Khairul
  3. Ceramah Obesiti oleh Dr. Shahid
  4. Pembinaan Blog
Seminar ini dapat mencapai matlamat. Peserta kini lebih faham tentang tugas dan tanggungjawap sebagai seorang ahli panel.






















Khamis, September 05, 2013

Jamuan Hari Raya 2013

Jamuan hari raya yang sepatutnya diadakan pada Khamis 29 Ogos telah diadakan pada hari ini mulai jam 1.00 petang. Kehadiran ramai kakitangan kllinik dan ahli panel memeriahkan lagi suasana jamuan hari raya tersebut.

Diucapkan terima kasih kepada ahli ahli panel yang bersama menyumbang makanan dan minuman untuk majlis jamuan hari raya ini. 


















Selasa, Ogos 06, 2013

Mesyuarat Panel 08/2013

Mesyuarat panel penasihat kali ke lapan diadakan pada Ahad 04 Ogos 2013 mulai jam 10.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang. Mesyuarat yang biasanya diadakan pada sebelah petang ditukar kepada sebelah pagi kerana bulan puasa.
 
Walaupun kehadiran kurang dari biasa tetapi mesyuarat berjaya dijalankan.
 
Perkara utama yang dibincangakan adalah untuk mengadakan Jamuan Hari Raya yang telah ditetapkan pada Khamis 29 Ogos 2013. Jamuan akan diadakan bersama dengan bersama dengan jamuan raya yang diadakan oleh klinik. Seperti tahun tahun lalu, ahli panel penasihat akan memberikan bersama sama memberikan sumbangan dan membawa makanan untuk jamuan tersebut.

Taman herba yang dirancang telah dilaksanakan. Ahli panel diminta untuk bersama menjaga pokok pokok herba yang ditanam serta menambah bilangan dan jenis herba. Pihak klinik diminta untuk menyediakan tempat untuk menyimpan Baja yang disumbangkan oleh ahli panel.
 
Tarikh serta lokasi Kursus Pemantapan untuk ahli panel daerah Kuala Muda masih belum dapat diputuskan. Dianggarkan seramai 40 orang akan menyertai kursus tersebut. Panel perlu menyediakan kertas kerja serta sebut harga untuk program tersebut.
 
Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada Ahad 08 September 2013
     

Ahad, Julai 07, 2013

Mesyuarat Panel 7/2013

Panel penasihat mengadakanan mesyuarat bulanan pada Ahad 07 Julai 2013 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.


Sebagai sambutan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, beberapa ahli panel membawa makanan termasuk kuih muih dan buah durian untuk sajian selepas mesyuarat. Diucapkan terima kasih kepada mereka.

Mesyuarat akan dating adalah pada 04 Ogos jam 10.00 pagi.
         

Sabtu, Julai 06, 2013

Kem Kesihatan Taman Intan 2013

Panel penasihat telah dijemput untuk menjayakan kem kesihatan oleh kawasan Rukun Tetangga Taman Intan SUngai Petani pada Sabtu 06 Jul 2013. Kem kesihatan diadakan di dewan Seri Intan Taman Intan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Program ini adalah acara yang dianjurkan setiap tahun oleh KRT Taman Intan sebagai perkhidmatan social kepada penduduk taman. Antara perkhidmatan yang diberikan termasuk :-
  • Ceramah penjagaan kesihatan diri
  • Ukuran MBI
  • Tekanan Darah
  • Gula dalam Darah (RBS)
  • Pap Smear
Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Orang ramai mulai datang awal pagi pada jam 08.00 pagi. Seramai lebih 60 orang mendaftar untuk pemeriksaan kesihatan yang diberikan secara percuma kepada penduduk dan 22 orang wanita melakukan ujian pap smear.

Seebagai galakan orang ramai untuk turut serta dalam program ini, pihak KRT Taman Intan menyediakan hadiah yang diberikan semasa mendaftar serta cabutan bertuah.






           

Selasa, Jun 11, 2013

Konvensyen Panel Penasihat Negeri Kedah

Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mewakili panel penasihat Daerah Kuala Muda untuk membuat pembentangan aktiviti pada konvensyen Penal Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Kedah 2103 yang berlansung pada Selasa 11 Jun 2013 bertempat di The Regency Jerai Hill Resort.

Konvensyen ini dihadiri oleh semua daerah di Negeri Kedah mengambil bahagian dan pembentangan oral dan poster. Konvensyen ini diadakan untuk pemilihan wakil Negeri Kedah ke Konvensyen Panel Penasihat Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan September 2013 di Sabah.
 
Enam daerah yang mengambil pembentangan oral ialah :
  1. Padang Terap
  2. Kubang Pasu
  3. Kota Setar
  4. Kuala Muda
  5. Kulim
  6. Bandar Baru
 
Empat daerah membuat pembentangan poster :
  1. Sik
  2. Baling
  3. Padang Terap
  4. Kubang Pasu
 
Panel penasihat KK Bakar Arang membuat pembentangan 'oral' dengan tajuk "PROGRAM PERSEKITARAN BERSIH KEARAH KOMUNITI SIHAT". Ia berkaitan dengan program dan aktiviti gotong royong yang dilakukan semenjak tahun 2012. Gotong royong yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran pentingnya menjaga kebersihan persekitaran kawasan rumah untuk menjaga kesihatan ahli kesluarga dan masyarakat sekitar.









Tahniah kepada panel pensaihat KK Bakar Arang walaupun tidak berjaya menduduki tiga tempat terbaik.

      

Ahad, Jun 09, 2013

Mesyuarat Bulanan Panel Penasihat 6/2013

Mesyuarat panel penasihat kali ke enam diadakan pada Ahad 09 Jun 2013. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang mulai jam 2.30 petang.

Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli panel yang terlibat pada program Komuniti Sihat yang di adakan di Dewan Seri Intan pada Khamis 23 Mei 2013 mulai jam 09.00 pagi. Pegawai sains pemakanan memberikan ceramah kepada penduduk warga Taman Intan.
 
Keperluan tambahan satu unit Funduscopy untuk klinik Bakar Arang telah dibawa kepada pengetahuan Pengarah Kesihatan Kedah pada mesyuarat bulanan yang baru lalu. Juga masalah kekurangan dan pertukaran MA juga telah dibangkitkan pada mesyuarat panel tersebut.

Pihak HICOM Honda Sungai Petani telah bersetuju untuk menyumbangkan derma kepada panel penaihat Bakar Arang.

Lawatan keluarga panel penasihat ke Melaka akan diadakan pada 20 Jun 2013. Setakat ini masih banyak kekosongan tempat. Semua ahli yang berminat mengikuti lawatan diminta membuat bayaran pada atau sebelum 18 Jun.

Pihak MPSPK telah bersetuju untuk menghantar satu lori tanah untuk tanaman herba di kawasan klinik. Program taman herba akan diadakan pada Khamis 27 Jun mulai jam 8.30 pagi.

Seramai 6 orang panel penasihat dan 6 orang kakitangan klinik akan menghadiri konvensyen panel penasihat yang akan diadakan pada hari Selasa 11 Jun di The Regency, Gunung Jerai.

Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada 7 Jul 2013
    

Khamis, Mei 23, 2013

Program Komuniti Sihat

Klinik Kesihatan Bakar Arang dengan kerjasama penduduk Taman Intan telah mengadakan program pertama Komuniti Sihat pada :

Tarik :      Khamis  23 Mei 2013
Masa :      08.30 pagi
Tempat :   Dewan Orang Ramai Taman Intan

Program yang diadakan berbentuk ceramah dengan tajuk 'Cegah NCD Melalui Pemakanan Sihat'. Ceramah disampaikan oleh Pegawai Sain Pemakanan dari Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Seramai hamper 30 orang warga taman hadir terdiri dari pelbagai kaum. Kebanyakkan yang hadir adalalh warga emas dan ramai menghidapi penyakit NCD termasuk kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Banyak pertanyaan dan soalan yang dikemukakan kepada penceramah  







             

Sabtu, Mei 18, 2013

Program Gotong Royong ... Kampung Bukit

Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang telah mengadakan "PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN KAWASAN" pada Sabtu 18 Mei 2013. Lokasi program diadakan ialah Kampung Bukit Sungai Pasir, Sungai Petani Kedah.
Tema gotong royong kali ini ialah :
Kearah Komuniti Sihat Bersama Panel Penasihat KK Bakar Arang
Peserta program terdiri dari ahli panel penasihat, kakitangan klinik berserta orang kampong. Program juga mendapat bantuan dari MPSP.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan pihak Kampong Bukit telah memilih sebuah rumah penduduk untuk melaksanakan program ini.

Sebelum gotong royong dimulakan, wakil panel penasihat kawasan ini telah memberikan sedikit penerangan dan ceramah kepada tuan rumah dan penduduk kampong yang ada tentang tujuan program ini. Adalah diharapkan selepas program ini, tuan rumah serta penduduk kampong akan terus menjaga kebersihan sekitar rumah mereka.

Wakil klinik pula memberikan sedikit penerangan tentang pentingnya menjaga kebersihan kawasan sekitar rumah untuk menghindarkan sebarang keberengkalian punca penyakit kepada isi keluarga serta penduduk kampong lain.

Antara kerja yang dilakukan :
  • mengutip, mengumpul dan menghapuskan sampah sarap yang bertaburan disekitar kawasan rumah
  • Mengumpulkan barang yang tidak lagi digunakan
  • mengatur dan menyusun pekakasan termasuk pasu pasu bunga
  • mementukan tiada tin dan bekas kosong yang boleh menakung air
  • memotong rumput di kawasan rumah
  • memotong dan membuang kayu
  • menebang beberapa pokok yang berbahaya kepada rumah
  • mengemaskan bahagian dalam rumah
Memandangkan keadaan rumah yang amat uzur, dinding berlubang, atap yang bocor, bilik air yang tidak sesuai pihak panel penasihat akan memanjang kepada pihak pihak berwajib untuk mendapat sebarang bentuk bantuan kepada keluarga ini.

Semasa gotong royong dijalankan panel penasihat juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampong terutama kepada warga emas lelaki dan perempuan. Perkhidmatan yang disedikan ialah :
  • Ujian Tekanan Darah
  • BMI
  • Ujian gula RBS
  • Pap Smear

Dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat, program ini telah berjaya mencapai matlamat. Kehadiran wakil rakyat Pantai Merdeka yang baru juga telah memberikan semangat kepada penduduk kampong untuk terus menjaga kebersihan kampong.

Panel mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampong yang menyediakan makanan tengah hari dengan lauk pauk dan sayuran kampong.