Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, November 18, 2012

Kem Kesihatan Kampung Seberang Tok Soh

Kakitangan klinik dan beberapa ahli panel penasihat melakukan pemeriksaan kesihatan di Kampung Seberang Tok Soh pagi ini Ahad 18 Nov 2012 bermula dari jam 0900 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Antara pemeriksaan kesihatan yang dilakukan termasuk :
  • Ukuran tinggi
  • Berat badan 
  • BMI
  • Tekanan Darah
  • RBS dan 
  • Pep Smear
Pemeriksaan kesihatan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung dan pada saat terakhir masih ramai yang mendaftar untuk membuat pemeriksaan.

Agak mengecewakan kerana hanya beberapa orang sahaja yang mahu melakukan ujian pep smear.

Diucapkan terima kasih kepada kakti tangan dan ahli panel yang membrikan khidemat tersebut.


Ahad, Oktober 14, 2012

Mesyuarat Panel kali 10/2012 ..

Penal penasihat KKBA mengadakan mesyuarat bulanan kali 10 pada Ahad 14 Oktober 2012. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang mulai jam 2.30 petang.


Kelab NCDP 1M

a.  Keahlian
    Sebagai permulaan, semua ahli panel dan beberapa kakitangan klinik menjadi ahli kelab. Semua akan terlibat didalam aktiviti kelab. Beberapa orang awam yang berminat akan dijemput untuk menyertai kelab.


b.  Program
     Kelab memilih aktiviti utama "Pengurang Berat Badan"

c.  Sasaran
     Ahli kelab akan menjalani pemeriksaan kesihatan pada masa terdekat. Ahli dan kakitangan yang mempunyai BMI melebihi 25 akan menjalani program.


d.  Tarikh mula
     Aktiviti akan dimulakan pada bulan Nov 2012 iaitu selepas hari raya Aidil Adha

e.  Aktiviti
  • kayuhan basikal
  • Ceramah dan penerangan


Lawatan
Mesyuarat telah memutuskan untuk membuat lawatan ke Pantai Timur. Tarikh masih belum ditetapkan dan berkemungkinan pada awal tahun hadapan.


Pemeriksaan Kesihatan

Semua ahli panel akan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan rutin untuk kali kedua pada tahun 2012. tarikh alan ditetapkan pada mesyuarat akan datang.


Keahlian Panel

Tempuh keahlian panel penasihat yang akan tamat pada July 2013 telah dilanjutkan sehingga July 2014. Berikutan dengan itu timbul masalah dengan kad keahlian bagi ahli baru.

Pengerusi akan mengemukakan masalah ahli ahli baru yang masih tidak mempunyai kad keahlian panel. Usul dibuat untuk mengeluarkan kad panel sementara yang ditandatangani oleh Pengarah Kesihatan Negeri atau Pengarah Kesihatan Daerah.


Seminar Pemantapan Ahli Panel

Seminar yang dijadualkan pada penghujung bulan November masih belum ditetapkan. Seminar dijangka akan diadakan di Harvard Country Club.
    

Khamis, Oktober 11, 2012

Aktiviti Kelab NCDP1M KKBA

Kelab NCDP 1M Klinik Kesihatan Bakar Arang mengadakan aktiviti pertama selepas pelancarannya pada bulan 08 Julai 2012. Aktiviti pertama ini merupakan taklimat dan penerangan tentang fungsi dan aktiviti kelab. Taklimat diadakan di bilik mesyuarat klinik kesihatan Bakar Arang pada jam 10.00 pagi.

Taklimat ini dihadiri oleh ahli panel penasihat dan beberapa orang awam yang berminat untuk menjadi ahli.

Taklimat disampaikan oleh Dr. Khairul, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bukit Selambau. Beliau telah terlibat dalam Kelab NCD dan mempunyai pengalaman luas tentang. Dr. Khairul terlibat dalam Projek oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertajuk 'Komuniti Sihat Sejahtera Kuala Sin' mulai tahun 2010.

Tajuk taklimat :
  •   Definasi NCDP (Non Communicable Disease - Prevention)
  •   Penyebab penyakit NCD
  •   Fungsi Kelab
  •   Sasaran
  •   Saringan
  •   Program dan aktiviti
Semasa taklimat Dr. Khairul menunjukkan slide presentation aktiviti beberapa Kelab NCD yang telah berjaya dalam aktiviti termasuk Kuala Sin, Penaga dan Baling.




Perbincangan lanjut aktiviti kelab NCDP KK Bakar Arang akan diadakan pada mesyuarat bulanan panel yang akan datang.


Ahli kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Khairul atas taklimat yang disampaikan. Beliau sedia membantu memberikan khidmat nasihat kepada kelab NCDP KK Bakar Arang.
     

Selasa, September 11, 2012

Mesyuarat panel 09/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ke sembilan sepatutnya diadakan pada 09 Sept ditunda kepada Selasa 11 Sept 2012 kerana ramai ahli panel tidak dapat menghadirkan diri. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat klinik kesihatan Bakar Arang mulai jam 2.30 petang.

Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panel dan kakitangan klinik yang telah menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang telah diadakan pada Khamis 06 Sept 2012. Majlis tersebut berjaya  dengan kehadiran sekitar 100 orang kakitangan dan ahli panel. Juga diucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan makanan dan minuman.


Projek Taman Herba

Gotong royong untuk mewujudkan Taman Herba yang terbengkalai akan dijadualkan pada bulan Okt 2012 kelak. Keterangan terperinci akan dibincangkan pada mesyuarat panel kali ke 10 nanti.

Mesyuarat diberitahu pihak PKD akan membantu dari segi material untuk projek tersebut. Bantuan termasuk pasu, tanah, baja dan racun.


Gotong Royong

Gotong royong yang diadakan di kawasan klinik akan dihentikan buat sementara waktu memandangkan telah wujud pihak kontraktor yang melakukan kerja kerja tersebut. Pekerja pihak kontraktor hanya perlu menyenggarakan apa yang telah dibuat oleh ahli panel.

Gotong royong di kampung akan diteruskan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai pentingnya menjaga kebersihan persekitaran rumah dan kawasan. Dicadangkan beberapa kawasan yang akan dibuat termasuk kawasan Lubuk Saga, Olak Madu dan Pematang Kedondong.

Keputusan akan dibuat pada mesyuarat akan datang.


Program Klinik Desa

Bagi merapatkan lagi dan memberi kesedaran meluas kepada penduduk setempat, aktiviti program akan diatur di Klinik Desa dibawah pentadbiran Klinik Kesihatan Bakar Arang. Setiap KD akan menjalankan aktiviti bersama panel penasihat sekurang kurangnya sekali setahun.


Seminar

Panel KK Bakar Arang akan menganjurkan seminar dan kursus pemantapan untuk ahli panel. Ini adalah kesinambungan kepada kursus yang diadakan pada tahun 2011 di Dewan MPSP Tikam Batu. Ia bertujuan memberikan pengetahuan dan latihan kepada ahli panel untuk melakukan kerja kerja pemeriksaan kesihatan pada aktiviti kem kesihatan.

Seminar ini akan melibatkan ahli panel dari 7 klinik kesihatan daerah Kuala Muda yang dianggarkan berjumlah hampir 100 orang.

Panel akan membuat cadangan untuk 'venue' seminar yang akan dianjurkan. Salah satu tempat dicadangkan ialah Dewan Chalet Terapung PPK Merbuk di tebing Sungai Merbok.


Kelab NCD

Kelab NCD Klinik Kesihatan Bakar Arang akan memulakan aktiviti pertama pada Khamis 27 Sept 2012 mulai jam 0900 pagi. Ia akan diadakan di bilik mesyuarat Klinik Bakar Arang. Aktiviti pertama akan memberikan taklimat tentang kelab tersebut.

Semua ahli panel dikehendaki hadir dengan membawa beberapa orang yang berminat untuk menjadi ahli kelab.


Khamis, September 06, 2012

Jamuan Hari Raya

Klinik Kesihatan Bakar Arang mengadakan 'Jamuan Hari Raya Aidil Fitri' pada hari Khamis 06 September 2012 bermula pada jam 1.00 petang. Jamuan diadakan di ruang legar klinik.






Isnin, Ogos 13, 2012

Mesyuarat Panel 08/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ke lapan diadakan pada hari Ahad 12 Ogos 2012 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Mesyuarat di pengerusikan oleh timbalan Dr. Shahid kerana penngerusi panel berada di luar kawasan.


Hari panel penasihat dan pelancaran Kelab NCD

Timbalan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan 'hari panel penasihat dan pelancaran Kelab NCD' yang diadakan pada 08 Julai 2012. Aktiviti ini berjaya diadakan walaupun kehadiran kurang dari yang diharapkan.


Aktiviti Kelab NCD

Ahli panel disarankan untuk mengemukakan satu nama dari kawasan masing masing yang berminat untuk menjadi ahli kelab NCD. Nama ahli hendaklah dimajukan kepada En. Jong Jut sebelum akhir bulan Ogos ini. Buat peringkat awal ini ahli akan dihadkan dibawah 30 orang dan akan ditambah pada masa akan datang.

Aktiviti pertama kelab akan diadakan pada penghujung bulan September ini.


Jamuan Raya Panel Penasihat

Mesyuarat menetapkan untuk mengadakan jamuan hari raya pada Khamis 06 September 2012. Jamuan akan diadakan diperkarangan ruang menunggu klinik.

Beberapa orang kakitangan dari klinik lain akan dijemput bersama dan dianggarkan kehadiran seramai 150 orang,

Ahli panel yang ingin memberi sumbangan diminta membawa makanan pada hari tersebut.


Lawatan

Ada cadangan untuk panel mengadakan lawatan sambil belajar samada ke Melaka atau Kelantan. Tarikh masih belum dapat diputuskan. Destinasi akan ditentukan setelah mendapat pengesahan dari Dr. Nor Azah.


Mesyuarat akan datang

Mesyuarat akan datang dijadualkan pada Ahad 09 September 2012
    

Khamis, Ogos 09, 2012

Aktiviti Panel - Kem Kesihatan Batu Lintang

Memandangkan kesuntukkan masa dan ketiadaan tarikh sesuai, ahli panel kawasan Batu Lintang telah merancangkan untuk mengadakan kem kesihatan untuk kawasan tersebut pada pertengahan bulan puasa.

Kem kesihatan tersebut diadakan di perkarangan Klinik Desa Batu Lintang.  Menurut ahli panel kawasan tersebut En. Abdul Majid Osman ini adalah kem kesihatan kali pertama yang diadakan di sini. Hebahan telah dibuat dua tiga minggu sebelum ini dan juga dihebahkan sebelum sembahyang Jumaat di masjid qariah.

Antara aktiviti yang dijalankan dan disediakan :

  • Pemeriksaan RBS
  • Ukuran BMI
  • Tekan darah

Juga disediakan pamiran jenis penyakit kronik dan pelbagai jenis pamphlet untuk diedarkan kepada orang ramai.

Sambutan amatlah agak mengecewakan kerana hanya sekadar 30 hingga 40 orang yang datang untuk melakukan ujian kesihatan. Manakala ceeramah kesihatan yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana kekurangan peserta.

Tinjauan mendapati kekurangan kedatangan orang ramai mungkin disebabkan kerana kem kesihatan dilakukan pada pertengahan bulan puasa. Satu lagi sebab utama ialah kerana terdapat satu program politik yang diadakan di masjid berhampiran.

Walau apapun diucapkan tahniah kepada panel penasihat, kakitangan klinik yang datang untuk memberikan khidmat serta kepada ahli panel kawasan yang berusaha mengadakan kem kesihatan tersebut.






Ahad, Julai 08, 2012

Lawatan dari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pulau Sebang Melaka

Panel Penasihat Klinik Bakar Arang sangat berbangga kerana dipilih oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pulau Sebang Melaka sebagai aktiviti lawatan yang dianjurkan.

Pelawat dari Melaka tiba dengan selamat ke Klinik bakar Arang pada jam 4.30 petang. Pelawat tiba menaiki sebuah bas diketuai oleh pengerusi dan AJK serta keluarga. Pengerusi Panel memohon maaf kerana terlewat sampai dari masa yang telah dijanjikan. Ini adalah disebabkan kesesakkan di Padang Besar. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah pegawai perubatan klinik kesihatan Pulau Sebang.

Kedatangan pelawat disambut oleh pengerusi serta ahli panel penasihat klinik Bakar Arang serta beberapa kakitangan klinik termasuk pegawai perubatan Dr. Shahid.

Pelawat dibawa ke ruang utama klinik dan diberi sedikit penerangan tentang sejarah klinik dan pelawat diberi peluang untuk meninjau kemudahan yang disediakan di klinik Bakar Arang.

Ahli panel penasihat klinik Pulau Sebang kemudian dibawa ke bilik mesyuarat untuk taklimat. Pelawat yang lain dijemput untuk menjamu selera dengan makanan yang disukai oleh penduduk utara iaitu 'laksa kedah'. 

En Ibrahim selaku pengerusi memberikan taklimat tentang sejarah panel penasihat serta aktiviti yang dijalankan.

















  

Pelancaran Kelab NCD

Berikutan dengan arahan untuk mewujudkan 'Kelab Penyakit Tidak Berjangkit (NCDIPM)' di setiap klinik kesihatan, panel penasihat mengambil kesempatan untuk melancarkan Kelab ini sempenan dengan Hari Panel Penasihat yang diadakan pada 08 Julai 2012.

Tujuan kelab


Panel telah memulakan pendaftaran pada hari ini.

Antara program yang akan diadakan untuk ahli kelab adalah :


Pelancaran Kelab  NCD Klinik Kesihatan Bakar Arang ini dirasmikan oleh PKD Kuala Muda Dr. Ummi Khalsom.






Hari Panel Penasihat

Buat kali pertama panel penasihat mengadakan Hari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang pada Ahad 08 Julai 2012. Program ini diadakan dikawasan letak kereta klinik. Program dimulakan pada jam 08.00 pagi.

Tujuan hari panel penasihat diadakan adalah untuk memberitahu dan menyampaikan kepada masyarakat umum :
  • Wujudnya panel penasihat klinik. 
  • Fungsi panel penasihat klinik 
  • Garis panduan 
  • Siapakah yang menyertai
  • Aktiviti yang dijalankan
  • Bagaimana panel membantu 

Panel telah menjemput wakil terdiri dari AJK dari badan badan berikut :
  • KRT, 
  • JKKK, 
  • MKK
  • Panel Penasihat Daerah Kuala Muda
 dari kawasan dibawah klinik kesihatan Bakar Arang.

Orang awam dan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan atau orang ramai yang datang menghantar pesakit juga dijemput hadir menyertai bersama dalam program yang dijalankan.

1. Demonstrasi senaman 'Wai Tan Kung' oleh kumpulan dari Taman Intan. Beberapa pengunjung awam turut mengambil bahagian mengikuti senaman.

2.   Ceramah kesihatan bertajuk Penyakit Kronik Daerah Kuala Muda oleh Dr. Shahid.

3.  Panel penasihat membuat pameran bergambar tentang aktiviti dan program yang dijalankan.

4.  Pameran yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk pengetahuan orang awam tentang penyakit yang sering dihadapi.

5.  Jualan makanan sihat iaitu 'pau serat' yang didatangkan dengan pelbagai jenis inti termasuk sadin, daging, kacang dan kaya.

6.  Gerai makanan tambahan 

7.  Pemeriksaan mata yang disediakan oleh syarikat swasta. Menawarkan harga murah untuk membuat cermin mata.

8.  Air zam zam dan pelbagai produk makanan tambahan

9.  Pemeriksaan kesihatan percuma yang dilakukan oleh ahli panel penasihat.




Ahad, Julai 01, 2012

Mesyuarat Panel 07/2012

Mesyuarat panel kali ke tujuh yang sepatutnya diadakan pada Ahad minggu kedua dibawa kehadapan satu minggu kepada Ahad 01 Julai 2012. Ini disebabkan program 'Hari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang dan Pelancaran Kelab Penyakit Tidak Berjangkit (NCDPIM)' yang dijadualkan pada 08 Julai 2012. Pada hari yang sama klinik Bakar Arang juga akan menerima pelawat dari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pulau Sebang Melaka.

Mesyuarat kali ini diadakan di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang dan dimulakan pada jam 2.30 petang. Agenda mesyuarat kali ini lebih kepada membincangkan persediaan untuk program yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Mesyuarat menetapkan iternari program seperti berikut :-
  •   8.00 pagi        : Demonstrasi Senaman Wai Tan Kung dari Taman Intan
  •   8.30 pagi        : Pendaftaran
  •   9.00 pagi        : Pameran Aktiviti Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang
  •   9.30 pagi        : Ucapan Pengerusi Panel
  • 10.00 pagi        : Ceramah Kesihatan - Penyakit Kronik Daerah Kuala Muda
  • 11.00 pagi        : Perasmian Kelab NCD (Penyakit Tidak Berjangkit)
  • 12.00 tgh hari  : Bersurai
Persiapan lain yang dibincangkan dan akan diuruskan adalah :
  • Banner
  • Khemah dan kerusi
  • Sistem siaraya (PA)
  • Jemputan
  • Surat menyurat
  • Jamuan
  • Cenderahati (door gift)
  • dll

Mesyuarat juga membincangkan program dan aturcara untuk lawatan dari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pulau Sebang Melaka. Pelawat dijangka akan tiba pada jam 3.30 petang. 

Aturcara lawatan :
  • Lawatan sekitar klinik
  • Ucapan Pengerusi
  • Taklimat
  • Jamuan
  • Bersurai
Ahli panel mengucapkan 'Selamat Mengerjakan Umrah' kepada Dr. Shahid yang akan bertolak ke Tanah Suci pada 12 Julai 2012 dan akan berada disana selama dua minggu.

Berbeza dengan tahun tahun sebelum ini, panel akan bermesyuarat pada bulan Ramadhan tahun ini. Mesyuarat akan diadakan pada Ahad 12 Ogos 2012 pada sebelah pagi.

Khamis, Jun 28, 2012

Gotong Royong

Panel penasihat menganjurkan gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran klinik kesihatan Bakar Arang. Gotong royong ini diadakan pada hari Khamis 28 Jun 2012 mulai jam 8.30 pagi.

Ahli panel bersama dengan kakitangan klinik bersama berganding tenaga untuk membersihkan kawasan tempat letak kereta dari sampah sarap seperti kertas, plastik serta bahan lain yang dibuang oleh pengunjung serta sampah dari daun yang gugur dari pokok.

Lain kerja yang dilakukan termasuk memotong pokok bunga yang ditanam disekeliling kawasan klinik.

Gotong royong tamat pada jam 11.15 pagi.