Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Rabu, Julai 27, 2011

Program Terapi Gantian Methadone

 Lapuran Lawatan ke Klinik Kesihatan Tampin, Negeri Sembilan 
Rabu 20 Julai 2011.

Pada konvensyen dwi tahunan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan kali ke Lima, 2011 yang diadakan di Summit Hotel, USJ Selangor pada 16 April 2011, peserta mendengar pembentangan program yang dijalankan oleh panel penasihat Klinik Kesihatan Tampin yang mewakili Negeri Sembilan.

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tampin membentangkan program bertajuk ‘Kembali Ke Pangkal Jalan’. Ia adalah ‘Program Terapi Gantian Methadone atau PTGM’ untuk penagih dadah. Di klinik ini penagih dadah di panggil ‘pesakit’. Program ini dilancarkan pada akhir tahun 2006 di seluruh negara termasuk hospital dan klinik awam dan swasta. Setakat ini Klinik Kesihatan Tampin adalah satu klinik yang paling berjaya dalam melaksanakan program tersebut.

Program ini adalah untuk penagih heroin, morhine dan codien bertujuan meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup orang yang bergantung kepada dadah, mengurangkan relapse, meningkatkan keadaan fizikal dan mental, mengurangkan penyakit berjangkit termasuk HIV , Hepatitis B dan C dan mengurangkan kegiatan jenayah.


Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang sememangnya mencari tempat dan program sesuai dilawati untuk dijadikan sebagai aktiviti panel dimasa masa akan datang. Disamping menimba pengetahuan yang akan dimanafaatkan dan dijadikan contoh pelaksanaan, lawatan tersebut juga dijadikan sebagai insentif kepada ahli panel yang memberikan khidmat secara sukarela kepada masyarakat.

Program tersebut akan diperluaskan ke seluruh negara dan ahli panel serta kakitangan klinik Bakar Arang ingin mendapatkan first hand experience dan knowledge dengan melawati tempat yang telah berjaya menjalankan program tersebut.

Rombongan panel penasihat KK Bakar Arang di ketuai oleh Dr. Shahid Pervez dan Pengerusi Panel Penasihat En. Ibrahim Bin A’Kasah. Seramai 17 peserta mengikuti rombongan tersebut terdiri dari panel penasihat awam dan kakitangan klinik kesihatan.

Jaafar Mulup dan Dr. Dharma
Taklimat mengenai program yang dijalankan disampaikan oleh Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tampin, Cikgu Jaafar Mulup. Sessi soal jawap di kendalikan oleh Dr. Dharma.

Methadone adalah dadah sinthetik yang diproses dimakmal yang mempunyai persamaan dengan heroin. Ia bertahan lebih lama didalam badan. Pengambilan methadone boleh menghilangkan atau mengurangkan kesan ‘withdrawal symptom’ jika berhenti dari mengambil dadah.

Selain dari memberikan dos methadone setiap hari, pesakit juga dipantau dengan mengadakan ujian air kecing setiap hari atau pada kekerapan tertentu. Kaunselling juga diberikan secara berterusan. Pesakit dikehendaki datang ke klinik dan mengambil nombor giliran. Tiada penaftaran diperlukan kerana data peribadi pesakit telah disimpan oleh pihak klinik.

Pesakit dikehendaki mengambil dos methadone yang disediakan dalam botol plastic di hadapan pegawai Farmasi bertugas. Kemudian pesakit dikehendaki melafazkan beberapa patah perkataan di hadapan pegawai tersebut untuk memastikan methodone betul betul ditelan oleh pesakit. Pesakit kemudian dikehendaki berkumur dan menelan air. Pesakit juga dikehendaki mencuci botolnya sendiri dan meletakkan ditempat yang disediakan. Botol akan ditukar dengan yang baru mengikut jadual.

Ada juga pesakit yang dibenarkan membawa pulang bekalan methadone untuk diambil dirumah. Biasanya pihak klinik akan membenarkan kepada pesakit yang telah lama yang mempunyai rekod kedatangan cemerlang. Bekalan yang diberikan hanya untuk satu atau dua hari sahaja dan pesakit perlu datang ke klinik untuk rawatan seterusnya.

Pihak klinik tidak mengalakkan perkara ini, ia hanya dibenarkan pada kes kes tertentu sahaja. Pesakit perlu menjalani  sessi kaunselling dan ujian kesihatan berterusan untuk menjadikan terapi ini berkesan. Jaminan keluarga terdekat diperlukan untuk memastikan pesakit mengambil methadone sekiranya dibawa pulang kerumah.

Jumlah dos boleh dikurangkan ketahap minima. Walaupun ada pesakit yang boleh diberhentikan dari mengambil methaone tetapi pihak klinik menggalakkan untuk mengekalkan terapi sehingga pesakit benar benar sembuh.

Keluarga dan penduduk setempat mempunyai kaitan secara lansung dengan pesakit. Pada peringkat awal pihak klinik dengan ahli panel penasihat akan menziarahi keluarga pesakit untuk mendapatkan latar belakang pesakit dan keluarga. Penerimaan keluarga dan masyarakt terhadap pesakit adalah penting bagi menjayakan program ini.

Ada juga pesakit dari luar datang untuk mendapatkan khidmat PTGM disini. Satu kes dimana pesakit yang juga penghidap penyakit AIDS yang selama ini merempat dan tiada tempat tinggal dan keluarga telah diterima untuk mendapat rawatan PTGM di Klinik Tampin. Panel penasihat telah menyediakan sebuah rumah kecil di tanah kerajaan dan membenarkan dia menggunakan tanah untuk bercucuk tanam.

Pada mulanya ia mendapat bantahan dari penduduk disekitar kerana bimbangkan mereka akan dijangkiti penyakit yang dihidapi. Pengerusi panel bersama dengan Pegawai Daerah dan pihak polis mengajak orang kampung berdekatan dengan rumah sementara tersebut telah mendemonstrasikan kepada orang ramai bahawa dengan bersentuhan, mencium pipi dan berpelukkan dengan pesakit. Tiada risiko berjangkit.

Walaupun pesakit tersebut meninggal dunia dua tahun kemudian, ia sempat menjadi guru membaca al-Quran kepada anak anak orang orang kampung dan berjaya bercucuk tanam disekitar rumah kediaman sementara. Dia juga menjadi Maazin (tukang azan) disurau kampung tempat dia tinggal.

Apa yang membanggakan, kalau selama ini dia disisihkan dan dipinggir oleh keluarganya sendiri termasuk isteri, anak dan adik beradik, tetapi ketika dia meninggal dunia, keluarga terdekat menuntut mayat beliau untuk dikebumikan di kampung halaman di sebelah utara semanjung.

Bagi memastikan pesakit-pesakit ini terus kekal dalam program ini, pelbagai usaha telah di jalankan oleh pihak klinik dengan kerjasama agensi-agensi lain di daerah Tampin. Panel penasihat dengan kerjasama ajensi kerajaan lain termasuk Pejabat Daerah, AADK, Polis, Jabatan Petanian dan lain lain ajensi sentiasa memberikan perhatian kepada pesakit. Mereka sering mengadakan aktiviti melibatkan pesakit dan masyarakat.

Ini kerana rawatan methadone sahaja tidak memadai tetapi perlu meliputi aspek psikosoial pesakit juga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengadakan ceramah-ceramah keagamaan dan kerohanian, pendidikan kesihatan, sesi motivasi dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang tahun bagi mengekalkan kepulihan mereka. Rata-rata peserta dalam rawatan ini telah menunjukkan perubahan positif yang sangat menggalakkan.

Kebanyakkan pesakit dibantu untuk memulihkan ekonomi mereka. Bantuan diberikan untuk pesakit mendapat pekerjaan agar mereka tidak menghadapi sebarang tekanan hidup dan kembali mengambil dadah sebagai jalan keluar dari masalah. Ada juga pesakit yang diberikan peluang untuk menjadi petani dan penternak diatas tanah yang disediakan.

Pesakit juga digalakkan untuk membawa rakan rakan meraka yang terlibat dengan dadah untuk mengikuti program PTGM ini.

Ada juga pesakit yang lari semasa menjalani rawatan ini. Pihak klinik dan panel penasihat akan menjejaki mereka dan memujuk mereka kembali mendapatkan rawatan. Kadang kala pihak klinik akan membawa methadone untuk diberikan kepada pesakit dirumah kerana terdapat kes dimana pesakit tidak dapat datang ke klinik kerana masalah lain seperti tidak mendapat kebenaran keluar dari majikan tempat mereka bekerja.

Cabaran yang paling sukar adalah pesakit berhenti terus dari mengikuti terapi ini kerana beberapa sebab. Antaranya pesakit berpindah ketempat lain, ditangkap polis atas kes jenayah atau kembali menagih kerana desakan rakan atau masalah hidup. Jumlah pesakit yang kembali mengambil dadah amatlah rendah. Jenayah yang dilakukan oleh pesakit juga menurun mendadak jika dibanding sebelum program ini dijayakan.

Kejayaan melaksanakan program ini meletakkan Klinik Kesihatan tampin di  peta Dunia. Selain dari dijadikan role model, tempat kajian oleh universiti tempatan, rujukan oleh kementrian kesihatan dan ajensi dadah ia juga menerima banyak kunjung an dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan maklumat dan pelaksanaan.

“Klinik Kesihatan Tampin diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pusat kesihatan awam paling berjaya dalam pengendalian Program Terapi Gantian Methadon (PTGM) bagi merawat penagih tegar. Wakil WHO, Dr Robert Power, berkata pemerhatian dan rekod yang dikemukakan mendapati, Klinik Kesihatan Tampin menunjukkan prestasi cemerlang berbanding pusat rawatan awam yang telah dilawatinya sebelum ini di 50 negara, termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Australia dan Asia. Beliau yang juga Pakar Perunding Pengurangan Kebergantungan WHO berkata, walaupun menghadapi masalah sama dengan pusat kesihatan awam lain di seluruh dunia untuk menjayakan program itu, Klinik Kesihatan Tampin berjaya mengatasi semua cabaran dengan berkesan.”

Diucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan dan panel penasihat Klinik Kesihatan Tampin. Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel penasihat serta kakitangan Klinik Kesihatan Tampin kerana sudi menerima kunjungan kami dan memberikan sambutan yang amat meriah.

       

Khamis, Julai 21, 2011

Lawatan ke Klinik Kesihatan Tampin, Negeri Sembilan

Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang telah mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Tampin, Negeri Sembilan pada Rabu 20hb Julai 2011. Lawatan ini adalah sebagai salah satu aktiviti penambah ilmu dan pengetahuan untuk ahli ahli panel penasihat.

Peserta lawatan 19 orang terdiri dari ahli panel penasihat dan kakitangan klinik kesihatan Bakar Arang. Rombongan bertolak sehari lebih awal dari Sungai Petani dan singgah bermalam di Kuala Lumpur. Rombongan menginap di Hotel Selesa Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Ini memberi peluang kepada peserta untuk membeli belah. Pada sebelah malam peserta di bawa ke majlis jamuan makan malam di Seksyen 14 Petaling Jaya.






Rombongan bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 08.00 pagi Rabu 20hb Julai 2011 dan tiba ke Klinik Kesihatan Tampin pada jam 10.10 pagi. Rombongan di sambut oleh kakitangan Klinik Kesihatan yang diketuai oleh Dr. Dharma dan di bawa terus ke Bilik Taklimat. Selepas sessi pengenalan, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Tampin iaitu Cikgu Jaafar telah memberikan taklimat mengenai aktiviti panel penasihat. Tumpuan utama taklimat adalah program 'Methadone' yang dapat dilaksanakan dengan jaya dan mendapat pengiktirafan dari WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selepas taklimat, peserta rombongan dibawa melawat sekitar klinik meninjau aktiviti harian yang dijalankan disini. Diantara lokasi yang dilawati adalah :

1.     Klinik Warga Tua

2.     Klinik Kanak-Kanak Keperluan Khas

3.     Klinik Pesakit Luar

4.     Unit Penyakit Tidak berjangkit

5.     Bilik Methadone

Rombongan bertolak pulang selepas jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh klinik kesihatan Tampin. Rombongan meneruskan perjalanan ke Melaka yang tidak berapa jauh dari Bandar Tampin untuk lawatan singkat bertolak pulang ke Sungai Petani.

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mengucapkan tahniah kepada ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Tampin diatas usaha murni yang dilakukan sehingga berjaya mengembalikan para pesakit dadah ke pangkal jalan. Usaha yang dilakukan akan dijadikan model dan tauladan oleh para peserta rombongan.










.

Sabtu, Julai 16, 2011

Kem Kesihatan - Kampung Teluk Wang

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang terlibat dalam 'Kem Kesihatan' yang di anjurkan oleh JKKKP Kampung Teluk Wang Besar, Sungai Petani pada Sabtu 16 Julai 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang.

Antara aktiviti program yang dijalankan pada Kem Kesihatan tersebut termasuk : -

1.   Ceramah Kesihatan
2.   Pameran Kesihatan
3.   Pemeriksaan Kesihatan :
  •   Ukuran BMI
  •   Gula dalam Darah
  •   Lemak dalam Badan
  •   Tekanan Darah
  •   Pap Smear
Ceramah Kesihatan berkaitan dengan penyakit Diabetes disampaikan oleh Dr. Rohaida Ismail.







    Ahad, Julai 10, 2011

    Mesyuarat Panel 7/2011

    Mesyuarat panel penasihat kali ke 7 diadakan pada Ahad 10 Julai 2011 mulai jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.


    Program Psikososial Remaja

    Program yang dirancang pada bulan Julai 2011 terpaksa ditangguhkan kerana masih dalam proses mendapatkan persetujuan dari pihak sekolah.


    Lawatan ke KK Tampin

    Lawatan ahli panel ke KK Tampin akan diadakan pada 20 Julai 2011. Peserta lawatan akan bertolaj sehari lebih  awal dan akan bermalam di Kuala Lumpur.
    Taklimat dan lawatan akan diadakan mulai 10.00 pagi
    Peserta akan dibawa membuat lawatan singkat ke Melaka sebelum bertolak pulang ke Sungai Petani.


    Sabtu, Julai 09, 2011

    Kem Kesihatan Taman Semarak

    Panel Penasihat dijemput untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan pada program anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Semarak pada Sabtu 09 Julai 2011.

    Perkhidmatan yang disediakan pada kem kesihatan tersebut termasuk :

    • BMI
    • Kandungan Gula
    • Tekanan darah
    • Pap Smear
    Sambutan oleh penduduk tempatan amatlah menggalakkan.