Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mewakili panel penasihat Daerah Kuala Muda untuk membuat pembentangan aktiviti pada konvensyen Penal Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Kedah 2103 yang berlansung pada Selasa 11 Jun 2013 bertempat di The Regency Jerai Hill Resort.
Konvensyen ini dihadiri oleh semua daerah di Negeri Kedah mengambil bahagian dan pembentangan oral dan poster. Konvensyen ini diadakan untuk pemilihan wakil Negeri Kedah ke Konvensyen Panel Penasihat Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan September 2013 di Sabah.
Enam daerah yang mengambil pembentangan oral ialah :
- Padang Terap
- Kubang Pasu
- Kota Setar
- Kuala Muda
- Kulim
- Bandar Baru
Empat daerah membuat pembentangan poster :
- Sik
- Baling
- Padang Terap
- Kubang Pasu
Panel penasihat KK Bakar Arang membuat pembentangan 'oral' dengan tajuk "PROGRAM PERSEKITARAN BERSIH KEARAH KOMUNITI SIHAT". Ia berkaitan dengan program dan aktiviti gotong royong yang dilakukan semenjak tahun 2012. Gotong royong yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran pentingnya menjaga kebersihan persekitaran kawasan rumah untuk menjaga kesihatan ahli kesluarga dan masyarakat sekitar.
Tahniah kepada panel pensaihat KK Bakar Arang walaupun tidak berjaya menduduki tiga tempat terbaik.