Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, Jun 24, 2010

Program Psikososial Remaja - Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir


Program pertama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang 2010 ialah menganjurkan satu simposium untuk remaja. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang gelaja sosial masakini. Harapan panel adalah remaja yang menghadiri program ini peka dan sedar akan akibat masalah sosial dan tidak terjerumus kepada kegiatan dan aktiviti yang tidak bermoral, menyalahi undang-undang dan tidak berfaedah.

Panel penasihat telah mengenal pasti target umur remaja yang akan menyertai program dan bekerja sama dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani. Borang Saringan Status Kesihatan (BSSK) diedarkan kepada bakal peserta simposium pada awal 04 Jun 2010  iaitu sebelum cuti sekolah bermula. Semua borang dikembalikan pada 22 Jun 2010. Staf klinik sedang membuat analisa kepada borang tersebut.


Iternari Program

0830 ~ 0840 pagi
       Ucapan Aluan Pengerusi
 
       Ucapan aluan untuk program ini disampaikan oleh En. Ibrahim Bin A'kasah, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

0840 ~ 10.45 pagi
       Tajuk :  Remaja dan Tingkahlaku Berisiko
       Penceramah :  Dr. Nor Azah binti Mohamad Nawi
                               Pakar Perubatan Keluarga (FMS)
                               Klinik Kesihatan Bakar Arang

1050 ~ 11.30 pagi
       Rehat dan jamuan ringan

11.30 ~ 12.15 Tengah hari
       Tajuk :  Pemakanan Remaja
       Penceramah : Che Fazalani Binti Fathil
                              Pegawai Sains (Zat Makanan)
                              Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.

12.15 ~ 12.45 Tengah hari
        Tajuk :  Kuiz
        Kelolaan : Dr.Asyura

        Kuiz terbuka kepada semua peserta yang hadir. Soalan adalah tentang  kandungan dan intipati ceramah yang diberikan. Setiap peserta yang memberikan jawapan betul menerima hadiah yang disediakan oleh panel penasihat.

12.45 ~ 1.10 petang
        Penutup.
        Oleh Puan Shahanim Binti Mohd Yusof selaku Pengerusi Persatuan Belia Nur Kasih.

1.10 ~ 1.40 petang
        Sessi kaunseling/soaljawab/pertanyaan.

       Murid/peserta simposium diberi peluang untuk berbincang dengan Panel Penasihat KKBA tentang masalah yang dihadapi atau sebarang perkara yang ingin dikemukakan.


Rancangan follow-up.
1.     Membuat analisa borang BSSK yang dikembalikan.
2.     Mengatur dengan pihak sekolah untuk menghantar murid yang dikenalpasti ke klinik kesihatan untuk susulan.
3.     Membuat post-mortem program ini. Sebarang kelemahan, kekurangan kandungan dan lain lain akan diperbaiki untuk program selanjujtnya. Post Mortem akan dibuat pada Mesyuarat AJK pada 12 Julai 2010.
4.     Membuat rancangan untuk program selanjutnya.



.

Isnin, Jun 21, 2010

Selasa, Jun 01, 2010

Mesyuarat Panel Penasihat 4


Mesyuarat AJK Panel Penasihat KKBA untuk kali keempat diadakan pada 01 Jun 2010 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Mesyuarat membincangkan dan meluluskan perkara berikut :

a.  Program Taklimat Untuk Penyokong Penyususan Ibu

     Satu taklimat akan diadakan pada 23 Jun 2010 di Klinik Kesihatan Bakar Arang. AJK diminta mengemukan nama nama sukarela yang berminat untuk menyertai organisasi ini dan diminta hadir untuk taklimat tersebut.

b.  Program Remaja 

     Program pertama anjuran panel penasihat telah ditetapkan dan akan diadakan di Sekolah Menengah Sungai Pasir, Kuala Muda Sungai Petani pada 24 hb Jun 2010. Target program ini adalah untuk remaja berusia 15 dan 16 tahun. Program bertujuan memberi kesedaran kepada remaja tentang masalah sosial masakini

c.  Perlantikan Timbalan Pengerusi Peringkat Negeri dan Pengerusi Daerah

     Ucapan Tahniah kepada Pengerusi Panel Penasihat KKBA atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Panel Penasihat Peringkat Negeri Kedah.

     En Ibrahim juga dilantik Pengerusi Panel Penasihat Peringkat Daerah Kuala Muda. Semua AJK berharap beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik di atas perlantikan tersebut.

d.   AJK baru

       Mesyuarat menerima masuk seorang AJK baru iaitu Encik Shamsulsham bin Sabudin dari Taman Cendana Sungai Petani. Beliau yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Taman Cendana berharap akan dapat menyumbangkan khidmat dan idea kepada panel penasihat. Beliau ingin mengetengahkan program kesihatan kepada warga Taman Cendana.


Penerangan/taklimat tentang kesihatan yang menjadi satu agenda tetap mesyuarat panel ini tidak dapat disampaikan pada kali ini kerana Dr. Prem bercuti. Ia ditunda ke mesyuarat yang akan datang.

'