Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Rabu, Julai 21, 2010

Pemeriksaan Kesihatan AJK


Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat bulanan panel penasihat, AJK digalakkan menjalankan pemeriksaan kesihatan peribadi di Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Pemeriksaan untuk AJK diadakan pada Rabu 21 Julai 2010 mulai jam 8.30 pagi. Hanya 7 orang AJK yang hadir untuk pengambilan sampel darah. Sampel tersebut akan diuji dan keputusan akan diperolehi dalam tempuh satu minggu. Sebenarnya keputusan boleh didapati lebih awal tetapi keutamaan ujian akan diberi kepada pesakit.

Agak sedikit mengecewakan kerana tidak sampai 50% ahli panel datang untuk melakukan ujian kesihatan ini. Ia hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk pengambilan sampel darah. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Ini boleh dianggap sebagai satu keistimewaan sebagai ahli panel penasihat. Diharapkan ahli panel yang lain akan menyambut langkah membuat ujian kesihatan ini dimasa masa akan datang.

Alasan utama yang diberikan oleh ahli panel yang tidak melakukan ujian ialah tidak mahu mengetahui jika ada penyakit yang dihadapi. Jika sekiranya terdapat ada penyakit, ia akan merunsingkan fikiran mereka. Ini adalah pendapat yang salah, kerana sekiranya ada terdapat apa penyakit, langkah awal dan langkah pencegahan boleh diambil bagi mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk.

Alasan lawak yang didengari ialah takutkan jarum suntikan atau jarum pengmbilan sampel. Benar, ada yang ketaq dan pucat ketika mengambil darah, tidak mahu melihat jarum dimasukkan ke lengan. Kaum wanita lebih berani melakukan pengambilan sampel. Apa pun alasan kita sepatutnya melakukan ujian kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun, terutama apabila umur mencecah melebihi 50 tahun.

.