Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Februari 13, 2011

Mesyuarat Panel 02/2011

Mesyuarat panel penasihat kali ke 2 diadakan pada 13 Feb 2011mulai jam 3.00 petang. Agenda utama pada mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan aktiviti panel yang akan diadakan di Klinik Desa Pantai Prai dan Kem Kesihatan yang akan diadakan di Taman Intan.

1.    Kem Kesihatan

       Aktiviti ini dicadangkan oleh KRT Taman Intan untuk diadakan pada Sabtu 23 April 2011. KRT Taman Intan akan menyediakan tempat, persiapan dan jamuan.


2.    Majlis Perasmian Klinik Desa Pantai Prai

       Tarikh yang dicadangkan pada Khamis 24 Feb. 2011 terpaksa di batalkan. Program tersebut akan diadakan pada 03 Mac 2011.

Mesyuarat telah memutuskan aturcara majlis:
  •   8.00 pagi         Pendaftar
  •   8.30 pagi         Senamrobik
  •   9.15 pagi         Jamuan pagi
  •   9.45 pagi         Ceramah Kesihatan 1 - Tajuk 'Jaundice'
  • 10.15 pagi         Ceramah Kesihatan 2 - Tajuk 'Pemakanan Sihat'
  • 10.45 pagi         Demonstrasi Penjagaan Gigi untuk Kanak kanak
  • 10.45 pagi         Pemeriksaan Kesihatan
  • 11.30 pagi         Bacaan Doa
  • 11.35 pagi         Perasmian
  • 12.00 tgh hari    Jamuan Tengah hari

Panel penasihat akan mengadakan mesyuarat khas seminggu sebelum tarikh program untuk semakan terakhir persiapan program.


3.    Konvensyen

      Konvensyen aktiviti panel penasihat peringkat Negeri Kedah akan diadakan pada 23 Februari 2011 di Jitra. Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang akan menghantar 4 orang wakil. Klinik Kesihatan Bakar Arang akan mengemukakan 'Program Psikososial Remaja' yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani mewakili Daerah Kuala Muda untuk dipertandingkan diperingkat Negeri Kedah.


4.    Pertukaran

       Dr. Halimah Binti Saad akan bertukar ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda berkuat kuasa 14 Februari 2011. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel penasihat ke atas kerjasama yang diberikan selama ini dan memohon maaf sekiranya ke atas segala kesalahan dan kesilapan. Beliau berjanji akan terus memberikan khidmat kepada panel penasihat jika diperlukan terutama untuk majlis Perasmian Klinik Desa Pantai Prai yang akan datang.

.