Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, Februari 16, 2012

Lawatan Klinik Desa

Panel penasihat membuat lawatan ke lima Klinik Desa dibawah pentadbiran Klinik Kesihatan Bakar Arang pada Khamis 16 Februari 2012. Semua yang menyertai lawatan berkumpul di Klinik Kesihatan Bakar Arang pada jam 8.00 pagi.

Rombongan memulakan lawatan ke Klinik Desa Lubuk Saga di ikuti dengan Klink Desa Pantai Prai. Lawatan ketiga ke Klinik Desa Pematang Berangan, keempat klinik Desa Batu Lintang dan akhir sekali di Klinik Desa Sungai Pasir.

Tujaun utama lawatan adalah untuk panel penasihat mengenali kakitangan yang berkhidmat di setiap klinik desa dan sebaliknya. Perkenalan diharapkan akan dapat menjalin perhubungan dan ahli panel boleh memberi khidmat jika diperlukan. Salah satu masalah  utama yang sering dihadapi oleh klinik desa adalah pesakit yang gagal datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ahli panel dari kawasan berkenaan boleh memainkan peranan untuk menjejak pesakit dan seterusnya memujuk untuk datang ke klinik. Masa kakitangan klinik yang terpaksa mencari pesakit tersebut boleh di jimatkan.

Beberapa penambahbaikan di klinik dikenalpasti dan pihak panel penasihat akan mencuba menyelesaikan masalah tersebut.

Aktiviti gotong royong yang dilakukan di klinik kesihatan Bakar Arang akan diperluaskan ke klinik klink desa tersebut. Untuk tujuan tersebut jawatan kuasa kampung akan dilibatkan bersama.

Lawatan selesai pada jam 12,00 tengah hari dan didapati amat berfaedah. Ia akan diadakan pada setiap tahun sebagai aktiviti tetap panel penasihat.



Ahad, Februari 12, 2012

Mesyuarat Panel Penasihat - 02/2012

Mesyuarat panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang kali kedua tahun 2012 diadakan pada Ahad 12 Februari 2012 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.


Keputusan pemeriksaan kesihatan untuk ahli panel yang dilakukan pada 18 Jan 2012 diberikan sebelum mesyuarat bermula kepada mereka yang melakukan pemeriksaan tersebut. Kepada ahli panel yang tidak hadir pada hari pemeriksaan tersebut digalakkan untuk datang pada ke klinik Bakar Arang pada sebelah pagi hari Selasa atau Rabu untuk pengambilan darah.

Mesyuarat membincangkan perkara berikut :

1.  Gotong Royong

Gotong royong membersihkan kawasan klinik akan diadakan pada hari Khamis 23 Februari mulai jam 08.00 pagi. Ahli panel yang hadir diminta membawa peralatan seperti penyapu, parang, cangku dan lain lain untuk program tersebut.


2. Kem Kesihatan Taman Rhu

Kem kesihatan untuk remaja Taman Rhu yang dijadualkan pada Sabtu 18 Februari 2012 mungkin terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan Pegawai Zat Makanan untuk memberi ceramah tentang makanan sihat untuk remaja.


3.  Lawatan ke Klinik Desa

Lawatan yang dirancang untuk diadakan pada bulan Januari 2012 akan dibuat pada Khamis 16 Februari 2012. Ahli panel penasihat diminta berkumpul di Klinik Kesihatan Bakar Arang pada jam 8.00 pagi. Semua lima klinik desa akan dikunjungi. Lawatan ini bertujuan memperkenalkan kakitangan klinik desa kepada ahli panel penasihat.


4.  Karnival Sehari Bersama Panel Penasihat

Karnival ini dijadualkan pada pertengahan tahun dan akan diadakan dua kali setahun. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memberi tahu kewujudan serta fungsi panel penasihat kepada masyarakat umum. 

Panel melantik jawatan kuasa kecil untuk menyediakan kertas kerja karnival tersebut dan akan bermesyuarat untuk tujuan tersebut. 


5.  Program Kemasyarakatan

Satu program atau aktiviti kemasyarakatan akan di jalankan pada hari Sabtu 31 Mac 2012 di Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal. Sebuah rumah di kampung tersebut akan dipilih  dijadikan sebagai rumah program tersebut. Program ini akan dilakukan bersama agensi lain termasuk JKKK Kampung Seberang Tok Soh.

Antara aktiviti yang dirancang adalah kerja membersihkan kawasan luar persekitaran rumah tersebut dan dalam rumah. Diharapkan penduduk kampung lain akan mencontohi cara menjaga kawasan rumah mereka.


6.  Lawatan ke Loji Pembersihan Air

Lawatan ke Loji Pembersihan Air Pinang Tunggal yang ditangguhkan pada bulan Januari 2012 akan diadakan selepas program kemasyarakatan pada 31 Mac 2012 kelak.


7.  Kerja Sukarela Ahli Panel

Dua ahli panel secara sukarela akan datang ke klinik Bakar Arang untuk membantu kerja kerja pendaftaran dan membuat pemeriksaan tekanan darah. Kerja ini akan dibuat secara bergilir gilir oleh ahli panel.