Panel penasihat membuat lawatan ke lima Klinik Desa dibawah pentadbiran Klinik Kesihatan Bakar Arang pada Khamis 16 Februari 2012. Semua yang menyertai lawatan berkumpul di Klinik Kesihatan Bakar Arang pada jam 8.00 pagi.
Rombongan memulakan lawatan ke Klinik Desa Lubuk Saga di ikuti dengan Klink Desa Pantai Prai. Lawatan ketiga ke Klinik Desa Pematang Berangan, keempat klinik Desa Batu Lintang dan akhir sekali di Klinik Desa Sungai Pasir.
Tujaun utama lawatan adalah untuk panel penasihat mengenali kakitangan yang berkhidmat di setiap klinik desa dan sebaliknya. Perkenalan diharapkan akan dapat menjalin perhubungan dan ahli panel boleh memberi khidmat jika diperlukan. Salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh klinik desa adalah pesakit yang gagal datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Ahli panel dari kawasan berkenaan boleh memainkan peranan untuk menjejak pesakit dan seterusnya memujuk untuk datang ke klinik. Masa kakitangan klinik yang terpaksa mencari pesakit tersebut boleh di jimatkan.
Beberapa penambahbaikan di klinik dikenalpasti dan pihak panel penasihat akan mencuba menyelesaikan masalah tersebut.
Aktiviti gotong royong yang dilakukan di klinik kesihatan Bakar Arang akan diperluaskan ke klinik klink desa tersebut. Untuk tujuan tersebut jawatan kuasa kampung akan dilibatkan bersama.
Lawatan selesai pada jam 12,00 tengah hari dan didapati amat berfaedah. Ia akan diadakan pada setiap tahun sebagai aktiviti tetap panel penasihat.