Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Sabtu, Mei 18, 2013

Program Gotong Royong ... Kampung Bukit

Panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang telah mengadakan "PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN KAWASAN" pada Sabtu 18 Mei 2013. Lokasi program diadakan ialah Kampung Bukit Sungai Pasir, Sungai Petani Kedah.
Tema gotong royong kali ini ialah :
Kearah Komuniti Sihat Bersama Panel Penasihat KK Bakar Arang
Peserta program terdiri dari ahli panel penasihat, kakitangan klinik berserta orang kampong. Program juga mendapat bantuan dari MPSP.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan pihak Kampong Bukit telah memilih sebuah rumah penduduk untuk melaksanakan program ini.

Sebelum gotong royong dimulakan, wakil panel penasihat kawasan ini telah memberikan sedikit penerangan dan ceramah kepada tuan rumah dan penduduk kampong yang ada tentang tujuan program ini. Adalah diharapkan selepas program ini, tuan rumah serta penduduk kampong akan terus menjaga kebersihan sekitar rumah mereka.

Wakil klinik pula memberikan sedikit penerangan tentang pentingnya menjaga kebersihan kawasan sekitar rumah untuk menghindarkan sebarang keberengkalian punca penyakit kepada isi keluarga serta penduduk kampong lain.

Antara kerja yang dilakukan :
  • mengutip, mengumpul dan menghapuskan sampah sarap yang bertaburan disekitar kawasan rumah
  • Mengumpulkan barang yang tidak lagi digunakan
  • mengatur dan menyusun pekakasan termasuk pasu pasu bunga
  • mementukan tiada tin dan bekas kosong yang boleh menakung air
  • memotong rumput di kawasan rumah
  • memotong dan membuang kayu
  • menebang beberapa pokok yang berbahaya kepada rumah
  • mengemaskan bahagian dalam rumah
Memandangkan keadaan rumah yang amat uzur, dinding berlubang, atap yang bocor, bilik air yang tidak sesuai pihak panel penasihat akan memanjang kepada pihak pihak berwajib untuk mendapat sebarang bentuk bantuan kepada keluarga ini.

Semasa gotong royong dijalankan panel penasihat juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampong terutama kepada warga emas lelaki dan perempuan. Perkhidmatan yang disedikan ialah :
  • Ujian Tekanan Darah
  • BMI
  • Ujian gula RBS
  • Pap Smear

Dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat, program ini telah berjaya mencapai matlamat. Kehadiran wakil rakyat Pantai Merdeka yang baru juga telah memberikan semangat kepada penduduk kampong untuk terus menjaga kebersihan kampong.

Panel mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampong yang menyediakan makanan tengah hari dengan lauk pauk dan sayuran kampong.