Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Sabtu, Disember 20, 2014

Kem Kesihatan Kampung Telok Wang

Kem kesihatan di Kampung Teluk Wang, mukim Sungai Pasir diadakan pada

Tarikh :       Sabtu 20hb Disember 2014
Masa :        0900 pagi hingga 11.30 pagi
Lokasi :      Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Wang

Pemeriksaan yang disediakan percuma untuk penduduk kawasan tersebut termasuk :
  • BMI
  • RBS
  • Tekanan Darah
  • Pap Smear
  • Pergigian
Sambutan penduduk adalah menggalakkan.

Turut serta pada program tersebut dua pengedar kecil kecilan untuk membawa produk Stevia dan produk halal termasuk berus dan ubat gigi, garam bukit dll.














Sabtu, November 22, 2014

Lawatan Putrajaya

PPKK Kuala Muda menghantar tiga orang wakil menyertai rombongan PPKK Negeri Kedah ke Putrayaja pada 21 dan 22 November 2014. Rombongan disertai seramai hampir 40 orang wakil dari setiap panel penasihat peringkat daerah Negeri Kedah beserta dengan kakitangan klinik.

Rombongan bertolak awal pagi dan singgah di beberapa tempat bermula dari Jitra, Alor Setar, Sungai Petani, Juru dan Bandar Baharu.

Persinggahan pertama untuk sessi lawatan ialah di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, Ipoh Perak. Satu taklimat ringkas diberikan oleh Pengerusi PPKK Negeri Perak dan ahli rombongan di jamu makanan tengah hari. Rombongan meneruskan perjalan pada jam 3.30 petang dan singgah di Hentian Simpang Pulai untuk solat jamak Zohor dan Asar.



Rombongan terpaksa membuat lencongan ke pekan Tapah membuat lapuran di balai polis Tapah atas satu kejadian dan tragedi yang menimpa salah seorang peserta rombongan. Dompet duit beserta dokumen penting termasuk sejumlah wang yang agak banyak, kad pengenalan, lesen memandu, kad bank serta lain lain dicuri dari seluar yang digantung dipintu tandas. Ahli rombongan membuat inisiatif kutipan derma.

Sampai di Kuala Lumpur lewat dua jam dari jadual masa dan terus ke lokasi jamuan makan malam yang disediakan oleh PPKK Wilayah Persekutuan. Majlis makan malam diadakan di D'Saji Restaurant & Cafe, Jalan Semarak Kuala Lumpur.



Majlis makan malam berakhir pada jam 9.50 malam dan rombongan dibawa hotel penginapan di Jalan Tun Razak


Hari Kedua 22 Nov 2014

Rombongan bertolak ke Putrajaya selepas sarapan pagi di hotel dan tiba di Kementrian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Precint 1, Block 6 Putrajaya.



Taklimat :
1.   Kata Aluan
2.   Sistem Penjagaan Kesihatan Primer
3.   Aktiviti Penjagaan Kesihatan Keluarga

Rombongan dibawa untuk makan tengahari di Putra KLA IK Kafe di Precent 8 untuk jamuan buffet.




Ahli rombongan berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Putra. Dimaklumkan bahawa Timbalan Perana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin bersembahyang di masjid tersebut dan ada ahli rombongan mengambil kesempatan bersalaman dengan beliau setelah selesai solat.


Lawatan yang diunjurkan pada tidak dapat dilaksanakan  dan rombongan di bawa ke Serdang untuk ke Pameran MAHA 2014 yang bermula dari 20 hingga 30 November 2014. Ahli rombongan diberi masa selama tiga jam untuk melawat pamiran dan jualan produk.




Rombongan kemudian menuju ke syeksen 14 Shah Alam untuk jamuan makan malam dan bertolak pulang ke Kedah pada jam 9.30 malam. Jamuan ditaja oleh Ahli Parlimen Kubang Pasu, Kedah.



Ahli rombongan amat berpuas hati dan mendapat banyak menafaat dari lawatan ini. Semua ahli rombongan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan kepada pihak yang menaja kos pengangkutan, penginapan dan jamuan makan.




Ahad, November 09, 2014

Kursus Pemantapan Ahli Panel Daerah Kuala Muda

Panel penasihat Kinik Kesihatan Daerah Kuala Muda dan panel penasihat klinik kesihatan Bakar Arang mengadakan satu bengkel pemantapan ahli penal penasihat. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tanggungjawap dan aktiviti yang dijalankan oleh ahli panel. 

Bengkel ini diadakan setiap tahun  dan kali ini kursus untuk ahli ahli yang baru dilantik iaitu pelantikkan 2014 ~ 2016. Ahli lama yang belum pernah menghadiri taklimat dan kursus pemantapan sebelum ini juga diberi peluang untuk menyertai.

Bengkel di adakan :

Tempat        : Harvard Suasana Hotel, Sungai Petani
Tarikh          : Ahad 09 Novenber 2014
Masa           : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Kehadiran   : 41 orang


Intipati Bengkel

1.       Taklimat mengenai tugas dan tanggungjawap ahli panel

2.       Garis Panduan Panel Penasihat

3.       Pelaksanaan Indikator Panel Penasihat

4.       Perbincangan








Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang berkerja keras menjayakan bengkel dan taklimat ini.



Rabu, November 05, 2014

Pelaksanaan Indikator untuk Panel Penasihat

Satu taklimat dan perbincangan mengenai 'Manual Pelaksanaan Indikator Untuk Panel Penasihat Klinik Kesihatan' peringkat kebangsaan selama dua hari bermula pada 04 November 2014. Ini adalah peringkat kedua dan kesinambungan pada perbincangan peringkat pertama yang diadakan untuk menetapkan cadangan indikator yang akan dilaksanakan oleh setiap panel penasihat di negara ini. Taklimat diadakan di :-

Tempat        : Hotel Regency, Alor Setar, Kedah Darulaman
Tarikh          : 04 dan 05 November 2014


Peserta terdiri dari pengerusi atau timbalan pengerusi atau wakil panel penasihat setiap negeri, kakitangan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Daerah Kuala Muda bertuah kerana diberi tempat untuk menghantar dua orang wakil ke taklimat ini. Pengerusi panel merangkap Pengerusi Daerah Kuala Muda merangkap Timbalan Pengerusi panel Negeri Kedah Encik Ibrahim A'Kasah dan En Md Zin setiausaha kerja penel penasihat KK Bakar Arang hadir di taklimat tersebut.

Manual yang dibentangkan telah terlebih dahulu dicadangkan. Indikator tersebut telah dilaksanakan di negeri negeri yang membuat cadangan dan dibincangkan untuk penambaikan sebelum ia diterima pakai dan dilaksanakan mulai tahun 2015 oleh penal penasihat. Panel penasihat klinik akan diberitahu dan diberi penerangan terperinci tentang tentang pelaksanaan indikator tersebut.

Empat indiator yang dibentangkan adalah :

1.     Pengurangan Berat Badan Dalam Kalangan Murid Sekolah

2.     Aktiviti Promosi Saringan Tuberclosis (TB)  Dalam Komuniti

3.     Kedatangan Warga Emas ke Klinik Kesihatan

4.     Promosi Kesedaran Kesihatan Untuk Ibu Tunggal / Remaja Hamil

Manual Indikator yang telah ditambahbaik akan diagihkan apabila siap sebelum akhir tahun agar dapat dilaksanan mulai awal tahun 2015.


        


Khamis, Ogos 14, 2014

Jamuan Hari Raya 2014

Sepertimana setiap tahun, panel penasihat dan kakitangan klinik kesihatan Bakar Arang bergabung tenaga, sumber dan bekerjasama mengadakan majlis jamuan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis diadakan pada hari Khamis 14 Ogos 2014 bermula pada jam 12.30 tengah hari.

Ahli panel menyumbangkan makanan termasuk lemang, rendang, ketupat, kuih muih dan tapai manakala pihak klinik menyediakan nasi tomato, sate dan kuih muih.

Sambutan amatlah menggalakkan dan panel mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis.


















Isnin, Julai 21, 2014

Program Kasih Ramadhan

Panel Penasihat Daerah Kuala Muda menganjurkan satu program kemasyarakatan menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk beberapa kampung disekitar klinik kesihatan. Program ini diadakan pada hari Isnin 21 Julai 2013 bertempat di perkarangan Klinik Kesihatan Merbuk.

Penyediaan bubur lambuk bermula pada jam 9.00 pagi dan siap packing pada jam 12.30 tengah hari. Sebanyak 800 pack bubur disediakan dan diagihkan bermula pada jam 2.00 petang kepada penduduk disekitar kawasan Merbok.










Tahniah diucapkan kepada ahli panel yang bertungkus lumus memberikan tenaga dan kerjasama untuk program tersebut.


Sabtu, Jun 21, 2014

Kem Kesihatan - Kilang Makau

Panel penasihat KK Bakar Arang telah menyempurnakan permintaan dari penduduk Kilang Makau untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma pada Sabtu 21 Jun 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Kilang Makau.

Pemeriksaan kesihatan bermula pada jam 9.00 pagi dan membuat pemeriksaan berikut :
  • BMI - Body Mass Index
  • RBS - Random Blood Sugar
  • Tekanan Darah
Selain itu klinik kesihatan Bakar Arang juga menyediakan pemeriksaan 'pap smear' dan bahagian pergigian menyediakan perkhidmatan pemeriksaan gigi kepada penduduk.

Sambutan dari penduduk tempatan amatlah menggalakkan.