PPKK Kuala Muda menghantar tiga orang wakil menyertai rombongan PPKK Negeri Kedah ke Putrayaja pada 21 dan 22 November 2014. Rombongan disertai seramai hampir 40 orang wakil dari setiap panel penasihat peringkat daerah Negeri Kedah beserta dengan kakitangan klinik.
Rombongan bertolak awal pagi dan singgah di beberapa tempat bermula dari Jitra, Alor Setar, Sungai Petani, Juru dan Bandar Baharu.
Persinggahan pertama untuk sessi lawatan ialah di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, Ipoh Perak. Satu taklimat ringkas diberikan oleh Pengerusi PPKK Negeri Perak dan ahli rombongan di jamu makanan tengah hari. Rombongan meneruskan perjalan pada jam 3.30 petang dan singgah di Hentian Simpang Pulai untuk solat jamak Zohor dan Asar.
Rombongan terpaksa membuat lencongan ke pekan Tapah membuat lapuran di balai polis Tapah atas satu kejadian dan tragedi yang menimpa salah seorang peserta rombongan. Dompet duit beserta dokumen penting termasuk sejumlah wang yang agak banyak, kad pengenalan, lesen memandu, kad bank serta lain lain dicuri dari seluar yang digantung dipintu tandas. Ahli rombongan membuat inisiatif kutipan derma.
Sampai di Kuala Lumpur lewat dua jam dari jadual masa dan terus ke lokasi jamuan makan malam yang disediakan oleh PPKK Wilayah Persekutuan. Majlis makan malam diadakan di D'Saji Restaurant & Cafe, Jalan Semarak Kuala Lumpur.
Majlis makan malam berakhir pada jam 9.50 malam dan rombongan dibawa hotel penginapan di Jalan Tun Razak
Hari Kedua 22 Nov 2014
Rombongan bertolak ke Putrajaya selepas sarapan pagi di hotel dan tiba di Kementrian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Precint 1, Block 6 Putrajaya.Taklimat :
1. Kata Aluan
2. Sistem Penjagaan Kesihatan Primer
3. Aktiviti Penjagaan Kesihatan Keluarga
Rombongan dibawa untuk makan tengahari di Putra KLA IK Kafe di Precent 8 untuk jamuan buffet.
Ahli rombongan berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Putra. Dimaklumkan bahawa Timbalan Perana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin bersembahyang di masjid tersebut dan ada ahli rombongan mengambil kesempatan bersalaman dengan beliau setelah selesai solat.
Lawatan yang diunjurkan pada tidak dapat dilaksanakan dan rombongan di bawa ke Serdang untuk ke Pameran MAHA 2014 yang bermula dari 20 hingga 30 November 2014. Ahli rombongan diberi masa selama tiga jam untuk melawat pamiran dan jualan produk.
Rombongan kemudian menuju ke syeksen 14 Shah Alam untuk jamuan makan malam dan bertolak pulang ke Kedah pada jam 9.30 malam. Jamuan ditaja oleh Ahli Parlimen Kubang Pasu, Kedah.
Ahli rombongan amat berpuas hati dan mendapat banyak menafaat dari lawatan ini. Semua ahli rombongan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan kepada pihak yang menaja kos pengangkutan, penginapan dan jamuan makan.