Umat Islam Malaysia akan menyambut kedatangan 01 Ramadhan 1431 esok (bersamaan 11 Ogos 2010). Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Bepuasa' kepada Kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang, Ahli Panel, masyarakat tempatan dan semua umat Islam.
Disamping menjalani beribadah puasa janganlah lupa untuk menghayati erti sebenar berpuasa. Jangan pula membazir dengan makanan yang berlebihan semasa berbuka.
Bulan Ramadhan adalah masa yang paling sesuai untuk berhenti merokok. Pada sebelah siang kita mampu menahan diri dan mengawal nafsu dari menghisap rokok, pastinya kita mampu untuk meninggalkan terus tabiat yang tidak mendatangkan apa apa manafaat dan keuntungan kepada hidup kita.
Klinik Kesihatan Bakar Arang ada menyediakan khidmat 'Klinik Berhenti Merokok'. Kepada sesiapa yang berminat boleh datang ke Klinik dan berjumpa dengan kakitangan untuk menyertai klinik tersebut.
.