Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Selasa, Ogos 31, 2010

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan


Ahli panel penasihat Klinik Kesihatan bakar Arang mengucapkan 'Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 53' kepada semua rakyat Malaysia.


Selain dari kemerdekaan dari penjajah negara, marilah kita renungkan dan fikirkan, adakah kesihatan diri kita juga telah 'MERDEKA'.


Ahad, Ogos 22, 2010

Mesyuarat AJK Panel Penasihat Kali ke 6


Mesyuarat panel kali ke 6 yang dijadualkan pada hari Isnin 16 Ogos 2010 diadakan pada hari Ahad 22 Ogos 2010 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat yang kebiasaannya diadakan pada hari Isnin ditukar pada hari Ahad sebagai usaha untuk membolehkan lebih ramai ahli panel menghadiri mesyuarat kerana berkemungkinan mereka ada tugas atau hal pada petang Isnin. Namun kehadirian untuk mesyuarat kali ini juga tidak mencatatkan peningkatan dari yang lepas.

Sessi analisa BSSK untuk Program Remaja yang diadakan untuk murid sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir dibentangkan oleh Encik Yusof Hashim

Taklimat mengenai Perancang keluarga disampaikan oleh Dr. Nor Azah

a.    Program remaja selanjut dicadang untuk diadakan disekolah Menengah Tunku Ismail Bakar Arang atau Sekolah Menengah Pinang Tunggal. Pengerusi panel akan menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan persetujuan.
      Program ini dirancang sebelum akhir bulan Oktober 2010 kerana Dr. Nor Azah akan untuk bertugas sebagai kakitangan kesihatan menjaga jemaah haji Malaysia. Juga Dr Nor Azah akan bertukar ke Selangor pada penghujung tahun.

b.    Menghubungi AJK yang tidak pernah hadir ke mesyuarat panel untuk menentukan samada beliau masih berminat menjadi ahli panel. Walaupun mesyuarat bersetuju untuk mengugurkan nama beliau, perlu diberi peluang terakhir. Perkara ini juga akan dibawa kepada mesyuarat peringkat negeri sebagai persetujuan.

c.    Panel juga akan mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri pada hari Khamis 23 Septembeer 2010

d.   Dr. Nor Azah menyarankan untuk mengadakan program kesedaran mengenai diabetis kepada penduduk tempatan di kawasan Bakar Arang.

e.   Mesyuarat panel yang akan datang ditetapkan pada 20 September 2010.



Isnin, Ogos 16, 2010

Mesyuarat AJK Panel Penasihat Kali ke 6 - DITUNDA

.
Mesyuarat AJK Panel Kesihatan kali ke enam yang dijadual hari ini 16hb Ogos 2010 telah ditunda kepada hari Ahad 22 Ogos 2010.

Semua AJK telah diberitahu melalui telepon.

.

Selasa, Ogos 10, 2010

Selamat Berpuasa


Umat Islam Malaysia akan menyambut kedatangan 01 Ramadhan 1431 esok (bersamaan 11 Ogos 2010). Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mengucapkan 'Selamat  Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Bepuasa' kepada Kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang, Ahli Panel, masyarakat tempatan dan semua umat Islam.

Disamping menjalani beribadah puasa janganlah lupa untuk menghayati erti sebenar berpuasa. Jangan pula membazir dengan makanan yang berlebihan semasa berbuka.

Bulan Ramadhan adalah masa yang paling sesuai untuk berhenti merokok. Pada sebelah siang kita mampu menahan diri dan mengawal nafsu dari menghisap rokok, pastinya kita mampu untuk meninggalkan terus tabiat yang tidak mendatangkan apa apa manafaat dan keuntungan kepada hidup kita.


Klinik Kesihatan Bakar Arang ada menyediakan khidmat 'Klinik Berhenti Merokok'. Kepada sesiapa yang berminat boleh datang ke Klinik dan berjumpa dengan kakitangan untuk menyertai klinik tersebut.
.