Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Ogos 22, 2010

Mesyuarat AJK Panel Penasihat Kali ke 6


Mesyuarat panel kali ke 6 yang dijadualkan pada hari Isnin 16 Ogos 2010 diadakan pada hari Ahad 22 Ogos 2010 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat yang kebiasaannya diadakan pada hari Isnin ditukar pada hari Ahad sebagai usaha untuk membolehkan lebih ramai ahli panel menghadiri mesyuarat kerana berkemungkinan mereka ada tugas atau hal pada petang Isnin. Namun kehadirian untuk mesyuarat kali ini juga tidak mencatatkan peningkatan dari yang lepas.

Sessi analisa BSSK untuk Program Remaja yang diadakan untuk murid sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir dibentangkan oleh Encik Yusof Hashim

Taklimat mengenai Perancang keluarga disampaikan oleh Dr. Nor Azah

a.    Program remaja selanjut dicadang untuk diadakan disekolah Menengah Tunku Ismail Bakar Arang atau Sekolah Menengah Pinang Tunggal. Pengerusi panel akan menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan persetujuan.
      Program ini dirancang sebelum akhir bulan Oktober 2010 kerana Dr. Nor Azah akan untuk bertugas sebagai kakitangan kesihatan menjaga jemaah haji Malaysia. Juga Dr Nor Azah akan bertukar ke Selangor pada penghujung tahun.

b.    Menghubungi AJK yang tidak pernah hadir ke mesyuarat panel untuk menentukan samada beliau masih berminat menjadi ahli panel. Walaupun mesyuarat bersetuju untuk mengugurkan nama beliau, perlu diberi peluang terakhir. Perkara ini juga akan dibawa kepada mesyuarat peringkat negeri sebagai persetujuan.

c.    Panel juga akan mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri pada hari Khamis 23 Septembeer 2010

d.   Dr. Nor Azah menyarankan untuk mengadakan program kesedaran mengenai diabetis kepada penduduk tempatan di kawasan Bakar Arang.

e.   Mesyuarat panel yang akan datang ditetapkan pada 20 September 2010.