Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, September 23, 2010

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1431/2010

.
Klinik Kesihatan Bakar Arang dengan kerjasama Panel Penasihat menganjurkan jamuan 'Rumah Terbuka' pada hari Khamis 23 September 2010 sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri 1431/2010. Jamuan bermula pada jam 3.00 petang dan diadakan dibahagian bawah bangunan.

Agak memeranjat ahli panel serta kakitangan klinik kesihatan kerana makanan yang dihidangkan melebihi dari apa yang telah dirancang dan diputuskan semasa mesyuarat. Tidak kurang dari lima jenis makanan tambahan termasuk satay, laksa, bihun goreng, kek dan kuih muih. Difahamkan makanan tambahan ini adalah sumbangan sedekah ikhlas dari orang perseorangan.

Sambutan majlis jamuan hari raya ini amatlah menggalakkan dan membanggakan. Tujuan murni dan ikhlas majlis untuk memanjang siratulrahim dikalangan kakitangan dan ahli panel serta warga kerja yang lain dapat dicapai. Disamping itu semua yang hadir dapat berkenalan dengan lebih mesra antara satu dengan lain disamping bergembira menyambut hari raya.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Panel Penasihat, En Ibrahim A'kasah, dikiuti dengan ucapan oleh Dr. Halimah selaku wakil Klinik Kesihatan Bakar Arang dan bacaan doa. Jamuan dimulakan dan pada petengahan jamuan ahli panel penasihat menerima sijil perlantikan.

Penyampaian Sijil

Sempena dengan jamuan Hari Raya Aidil Fitri, ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang menerima 'Sijil Perlantikan' untuk tempoh 2009 ~ 2012. Semoga dengan perlantikan ini ahli panel penasihat dapat  memberikan khidmat cemerlang untuk menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat demi mencapai matlamat 'Kesihatan Untuk Semua'.
.
Semua kakitangan dan ahli panel penasihat klinik kesihatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua yang memberikan sumbangan berupa makanan untuk majlis tersebut. Semoga kepada mereka yang memberikan sumbangan memperolehi kemurahan rezeki, mendapat pahala yang setimpal dan dicucuri rahmat dari Allah.

Pihak klinik dan panel penasihat memohon maaf  kepada semua yang menghadiri jamuan jika terdapat sebarang kekurangan, kelemahan dan kesilapan disepanjang majlis tersebut.

Diharapkan kita dapat bersama lagi di Hari Raya yang akan datang.

.

Ahad, September 19, 2010

Mesyuarat AJK Panel Penasihat Kali ke 7


Mesyuarat yang dijadualkan pada hari Isnin 20hb Sept 2010 terpaksa dibawa kehadapan pada hari ini 19hb Sept 2010. Ini adalah kerana Klinik Kesihatan Bakar Arang akan menerima pelawat dari Kementerian Kesihatan pada tarikh yang dijadualkan. Ramai ahli panel tidak dapat hadir mungkin kerana hal hal yang telah dirancang awal.

Setelah bermesyuarat mengikut agenda yang tercatat dalam notis mesyuarat, mesyuarat membincangkan dengan panjang lebar tentang jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri 1431.

Jamuan hari raya dirancang pada hari Khamis 23 September 2010 di tingkat bawah Klinik Kesihatan Bakar Arang mulai jam 3.00 petang.

Itenari acara jamuan :
  •     Bacaan Doa
  •     Ucapan Penasihat
  •     Penyampaian Sijil
  •     Jamuan
  •     Bersurai
Makanan dan minuman untuk jamuan hari raya tersebut ditaja oleh Ahli Panel dan persatuan kebajikan Klinik Bakar Arang. Diucapkan syabas kepada ahli-ahli panel yang bermurah hati menaja makanan  dan minuman untuk jamuan tersebut. Semoga mereka memperolehi rezeki yang lebih dan ahli panel mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.

 .

Jumaat, September 17, 2010

Kempen Kesihatan


Marilah kita bersama menyahut kempen kesihatan seperti yang diiklankan dalam akhbar hari ini. Kita juga perlu menghebahkan kempen ini kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan dan sahabat, rakan sekerja dan seterusnya kepada jiran dan masyarakat umum. 

Sebagai langkah pertama kita bolehlah menjadikan berjalan sebagai rutin hujung minggu, bukan sahaja kita boleh berjalan di sekitar taman kita, kita juga boleh pergi membeli belah di kedai dan pasar pagi berdekatan. Selain dari kesihatan kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan bahan bakar kenderaan, boleh membantu mengurangkan pencemaran asap dan bunyi, boleh berinteraksi dengan jiran, kawan dan masyarakat tempatan.


.

Khamis, September 09, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H


Panel Penasihat KKBA mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI' kepada semua ahli panel yang beragama Islam dan memohon maaf dzahir batin jika ada apa kesalahan dan kesilapan disepanjang kita bersama sejak dari bulan Mac 2010.


Semoga kejayaan dan kemenangan kerana berpuasa selama satu bulan yang baru lalu memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua menahan nafsu, sabar, tekun dan dapat mengalahkan cobaan dan godaan disepanjang masa kita berpuasa.
Semoga semua ahli panel akan dapat terus memberikan khidmat  sukarela kepada klinik kesihatan Bakar Arang Sungai Petani demi kemajuan dan peningkatan khidmat klinik.