Mesyuarat yang dijadualkan pada hari Isnin 20hb Sept 2010 terpaksa dibawa kehadapan pada hari ini 19hb Sept 2010. Ini adalah kerana Klinik Kesihatan Bakar Arang akan menerima pelawat dari Kementerian Kesihatan pada tarikh yang dijadualkan. Ramai ahli panel tidak dapat hadir mungkin kerana hal hal yang telah dirancang awal.
Setelah bermesyuarat mengikut agenda yang tercatat dalam notis mesyuarat, mesyuarat membincangkan dengan panjang lebar tentang jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri 1431.
Jamuan hari raya dirancang pada hari Khamis 23 September 2010 di tingkat bawah Klinik Kesihatan Bakar Arang mulai jam 3.00 petang.
Itenari acara jamuan :
- Bacaan Doa
- Ucapan Penasihat
- Penyampaian Sijil
- Jamuan
- Bersurai
Makanan dan minuman untuk jamuan hari raya tersebut ditaja oleh Ahli Panel dan persatuan kebajikan Klinik Bakar Arang. Diucapkan syabas kepada ahli-ahli panel yang bermurah hati menaja makanan dan minuman untuk jamuan tersebut. Semoga mereka memperolehi rezeki yang lebih dan ahli panel mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.
.