Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Khamis, September 23, 2010

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1431/2010

.
Klinik Kesihatan Bakar Arang dengan kerjasama Panel Penasihat menganjurkan jamuan 'Rumah Terbuka' pada hari Khamis 23 September 2010 sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri 1431/2010. Jamuan bermula pada jam 3.00 petang dan diadakan dibahagian bawah bangunan.

Agak memeranjat ahli panel serta kakitangan klinik kesihatan kerana makanan yang dihidangkan melebihi dari apa yang telah dirancang dan diputuskan semasa mesyuarat. Tidak kurang dari lima jenis makanan tambahan termasuk satay, laksa, bihun goreng, kek dan kuih muih. Difahamkan makanan tambahan ini adalah sumbangan sedekah ikhlas dari orang perseorangan.

Sambutan majlis jamuan hari raya ini amatlah menggalakkan dan membanggakan. Tujuan murni dan ikhlas majlis untuk memanjang siratulrahim dikalangan kakitangan dan ahli panel serta warga kerja yang lain dapat dicapai. Disamping itu semua yang hadir dapat berkenalan dengan lebih mesra antara satu dengan lain disamping bergembira menyambut hari raya.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Panel Penasihat, En Ibrahim A'kasah, dikiuti dengan ucapan oleh Dr. Halimah selaku wakil Klinik Kesihatan Bakar Arang dan bacaan doa. Jamuan dimulakan dan pada petengahan jamuan ahli panel penasihat menerima sijil perlantikan.

Penyampaian Sijil

Sempena dengan jamuan Hari Raya Aidil Fitri, ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang menerima 'Sijil Perlantikan' untuk tempoh 2009 ~ 2012. Semoga dengan perlantikan ini ahli panel penasihat dapat  memberikan khidmat cemerlang untuk menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat demi mencapai matlamat 'Kesihatan Untuk Semua'.
.
Semua kakitangan dan ahli panel penasihat klinik kesihatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua yang memberikan sumbangan berupa makanan untuk majlis tersebut. Semoga kepada mereka yang memberikan sumbangan memperolehi kemurahan rezeki, mendapat pahala yang setimpal dan dicucuri rahmat dari Allah.

Pihak klinik dan panel penasihat memohon maaf  kepada semua yang menghadiri jamuan jika terdapat sebarang kekurangan, kelemahan dan kesilapan disepanjang majlis tersebut.

Diharapkan kita dapat bersama lagi di Hari Raya yang akan datang.

.