Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Rabu, November 10, 2010

Mesyuarat Panel Penasihat KK Bukit Selambau

.
En Ibrahim selaku Pengerusi Panel Penasihat Daerah Kuala Muda dan En Yusof selaku setiausaha menghadiri mesyuarat panel penasihat Klinik Kesihatan Bukit Selambau yang diadakan pada hari Rabu 10 November 2010 pada jam 3.00 petang di bilik sumber klinik.

Kehadiran pengerusi dan setiausha adalah untuk memantau perjalanan mesyuarat panel penasihat yang pertama kali diadakah untuk sessi tahun 2010 ~ 2013.
  • Penerangan secara terperinci mengenai garispanduan penubuhan panel, keanggotaan, tanggungjawap, fungsi dan objektif setiap panel penasihat klinik kesihatan disampaikan oleh En. Yusof Hashim untuk ahli panel yang hadir. Masih ramai yang kurang jelas dan tidak memahami tugas ahli panel.
  • Pengerusi Daerah panel penasihat memberikan penerangan dan taklimat mengenai aktiviti dan projek yang boleh dijalankan. Aktiviti dan projek yang dijalankan berpeluang untuk dipertandingkan keperingkat daerah dan seteruskan ke peringkat negeri. Sekiranya berjaya projek tersebut bakal mewakili negeri untuk keperingkat kebangsaan.
  • Juga mencadangkan pengerusi dan setiausaha panel dijemput menghadiri mesyuarat panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk menjadi pemerhati dan seterusnya memantapkan lagi aktiviti panel penasihat. Mesyuarat peringkat daerah akan dijalankan selepas selesai mesyuarat panel.
    Mesyuarat seterusnya melantik dengan cara mengundi pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, setiausaha kerja, bendahari, pemeriksa kira-kira dari kalangan ahli dan kakitangan klinik. Beberapa cadangan untuk aktiviti panel dibentangkan selepas pelantikan. Aktiviti utama adalah projek yang kini sedang berjalan di Kuala Sin. Kem kesihatan juga dianjurkan oleh KRT Taman Cempaka Bukit Selambau pada 29 November 2010.

    Satu aktiviti panel yang masih diteruskan ialah kegiatan untuk warga emas. Kumpulan warga emas sangat aktif dan banyak melakukan aktiviti berkaitan kesihatan dan keagamaan. AJK warge emas mengharapkan lebih ramai warga emas kaum lelaki menyertai kumpulan ini.

    Beberapa masalah dikemukakan termasuk penyampaian notis mesyuarat, lokasi atau bilik mesyuarat yang lebih luas dan selesa untuk menampung jumlah ahli yang ramai.
    .