.
Klini Kesihatan Bakar Arang menjadi tuan rumah kepada Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010 yang diadakan:
Tarikh : 04 November 2010
Masa : 9.00 pagi ~ 3.00 petang
Masa : 9.00 pagi ~ 3.00 petang
Tempat : Klinik Kesihatan Bakar Arang
Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Daerah Kuala Muda/Yan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, LPPKN Sungai Petani dan Hospital Metro. Peserta adalah terdiri darei ahli Jiran Wanita dari semua KRT Daerah Kuala Muda.
Objektif program ini adalah :
1. Memberi kesedaran awal kepada semua wanita bahawa pendidikan kesihatan amat penting
2. Mengajar asas pengesanan awal kanser pada wanita seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim, dan kanser servik.
3. Menanamkan sikap keutamaan menjaga kesihatan bagi melahirkan generasi wanita sihat masa kini.
Ceramah yang disampaikan adalah :
1. Kanser Payu dara
2. Kanser servik
Pemeriksaan kesihatan termasuk :
- Pemeriksaan Tekanan Darah
- BMI (Body Mass Index)
- Ujian Gula Dalam Darah
- Pap Smear
Juga diadakan demostrasi penyediaan makanan dan minuman makanan seimbang oleh kakitangan klinik.
Pameran disediakan oleh :
- LPPKN
- Metro Hosptial
- Kilang Ubat
- CIMB Islamic Banking dan
- Prudential BSN mengadakan booth.
Sambutan
Jumlah peserta jiran wanita yang hadir pada program ini amatlah menggalakkan iaitu hampir 150 orang.
Pemeriksaan kesihatan juga diberikan kepada orang yang datang untuk mendapatkan rawatan pada hari tersebut dan juga kepada kakitangan penganjur program tersebut.
Program yang dijadualkan berakhir pada 3.00 petang tamat lebih awal kerana pemeriksaan kesihatan dapat disudahkan pada jam 1.00 petang.
Secara keseluruhannya program ini dianggap amat berjaya dan dapat mencapai matlamat penganjur.
.
Pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Kuala Muda |
Peserta Jiran Wanita KRT menjalani pemeriksaan kesihatan |
Demostrasi masakan sihat dan meja pembekal ubat-ubatan |