Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Selasa, Mac 01, 2011

Mesyuarat Panel 03/2011

Mesyuarat panel penasihat diadakan pada Selasa 01 Mac 2011 mulai jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Mesyuarat kali ini dihadiri oleh Dr. Shahid Pervez bin Mumtaz Ahmad yang bertukar dari Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda, Dr. Halimah Saad yang kini telah bertukar ke Kliik Kesihatan Kota Kuala Muda, En. Yusof Hashim yang kini bertugas di Klinik Bandar Sungai Petani, Che Fazalani Binti Fathil Pegawai Permakanan dan beberapa staf yang baru bertukar ke klinik ini.

Perasmian Klinik Desa Pantai Prai 

Perasmian akan diadakan pada Khamis 03 Mac 2011 di Klinik Desa Pantai Prai. Panel memutuskan aturcara program yang akan berlansung bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

Semua ahli panel penasihat dikehendaki hadir untuk menjayakan program tersebut.

Notis hebahan di tampal di tempat awam di kampung Pantai Prai

Perlatikan

Berikutan dengan kekosongan kerana pertukaran staf klinik kesihatan Bakar Arang, panel penasihat membuat perlantikan baru seperti berikut :
  1. Timbalan Pengerusi 2 :  Dr. Shahid Pervez Bin Mumtaz Ahmad
  2. Setiausaha                  :  En. Afizan Bin Z. Abidin
  3. Bendahari                    :  En. Samsulsham Bin Sabudin

Facebook

Panel penasihat kini telah menubuhkan kumpulan didalam 'facebook' dan setakat ini enam ahli panel telah menyertai. Sebarang maklumat/pemberitahuan atau hal-hal bersangkutan dengan aktiviti panel akan dihebahkan melalui facebook tersebut untuk dikongsi bersama dengan cepat, pantas dan menjimatkan.

Ahli panel penasihat lain yang mempunyai facebook dipelawa untuk menyertai kumpulan ini.


Mesyuarat seterusnya

Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada 10 April 2011 mulai jam 2.30 petang di lokasi yang sama.