Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Selasa, Mac 22, 2011

Genap Setahun ......


Begitu cepat masa berlalu. Perlantikan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk sessi 2010 ~ 2012 secara rasminya memulakan tugas dengan mengadakan mesyuarat pertama pada 22 Mac 2010. Pegawai pegawai panel penasihat yang baru dilantik dan memulakan tugas berkuatkuasa pada mesyuarat tersebut. Kini genap satu tahun berlalu.

Menoleh kebelakang dalam usia satu tahun banyak yang telah dilakukan dan dapat dicapai. Semangat kerjasama, kesefahaman, usaha dan komitment yang ditunjukkan oleh panel penasihat amatlah membanggakan dan disanjung.

Ahli panel terus aktif dan memikirkan usaha dan cara untuk meningkatkan mutu  perkhidmatan. Pada tahun kedua ini, pelbagai aktiviti dirancang untuk memenuhi tanggungjawap dan kepercayaan yang telah diamanahkan.

Berikut adalah beberapa pencapaian oleh  panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.


Mesyuarat Panel Penasihat

Mesyuarat berjaya diadakan pada setiap bulan kecuali pada bulan November dan Disember 2010 atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat pada bulan Ogos 2010 diadakan pada bulan Ramadhan dan ia tidak menjadikan masalah kepada ahli panel.

Pengerusi, setiausaha dan setiausaha kerja panel penasihat klinik kesihatan Bakar Arang menghadiri mesyuarat pertama panel penasihat Klinik Kesihatan Bukit Selambau pada 10 Noember 2010. Ia bertujuan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ahli panel baru tentang aktiviti yang boleh dijalankan.


Jamuan  Ulang Tahun KKBA dan Jamuan Hari Raya

Klinik Kesihatan dan panel penasihat berjaya menganjurkan jamuan ulang tahun pertama Klinik Kesihatan Bakar Arang pada 20 Mei 2010 dan juga menganjurkan jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada 23 September 2010. Pada jamuan Hari Raya tersebut, sijil pelantikan diserahkan kapada ahli panel.


Lawatan ke Klink Desa

Ahli panel penasihat dibawa melawat ke 5 Klinik Desa dibawah pentadbiran Klinik Kesihatan Bakar Arang. Lawatan diadakan pada 19 Julai 2010 bertujuan meninjau keadaan klinik Desa tersebut dan berkenalan dengan kakitangan bertugas. Bererapa penambah baikan dicadangan pada lawatan tersebut. Lawatan sedemikian perlu dilakukan setiap tahun


Program Psikososial Remaja

Idea untuk program ini tercetus atas kesedaran dan tanggungjawap keatas masalah remaja masakini. Program yang diadakan pada dua peringkat. Pertama mengumpul data tentang kumpulan remaja yang dipilih dari Sekolah Menengah Sungai Pasir, Sungai Petani menggunakan Borang Saringan. Kedua mengadakan simposium berbentuk ceramah dan sessi soal jawap untuk remaja yang terlibat.


Program Kesihatan Wanita

Program ini adalah program smart partnership anjuran bersama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Kuala Muda. Program mengumpulkan ahli Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga di Daerah Kuala Muda untuk mendengar ceeramah ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Klinik Bakar Arang, melakukan pemeriksaan kesihatan, melihat demonstrasi penyediaan makanan sihat, melawat pameran mengenai kesihatan dan berpeluang untuk mengusulkan sebarang masalah dan pertanyaan mengenai kesihatan.


Perasmian Klinik Desa Pantai Perai

Aktiviti terakhir untuk panel penasihat untuk tahun pertama adalah menganjurkan perasmian Klinik Desa Pantai Prai. Klinik tersebut berpindah ke bangunan baru yang siap dibina pada bulan November 2010. Majlis diadakan pada 03 Mac 2011.

Pada majlis perasmian klinik tersebut, panel penasihat turut mengadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan untuk penduduk kampung. Penduduk kampung bermurah hati menyediakan jamuan makan pagi dan tengah hari.


Pembentangan Aktiviti untuk Konvensyen Panel Penasihat

Panel penasihat telah membentangkan aktivit program psikososial remaja untuk dipertandingkan diperingkat Negeri Kedah yang diadakan pada 23 Februari 2011 mewakili Daerah Kuala Muda. Pembentangan aktiviti seluruh Negeri Kedah diadakan di pejabat Kesihatan Jitra Kedah.

Walaupun tidak berjaya dipilih untuk mewakili ke peringkat kebangsaan, ia menjadi pengalaman dan pengetahuan berharga dimasa hadapan.



Pertukaran


Juga dalam tempuh satu tahun terdapat beberapa pertukaran Ahli Panel

1.     Dr. Prem Kumar


2.     Dr. Halimah Saad


3.     En Yusof Bin Hashim


Masalah

Beberapa masalah kecil yang dihadapi oleh panel penasihat KKBA termasuklah :

  • Kehadiran ahli yang berkurangan sejak kebelakangan ini.