Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Isnin, Oktober 17, 2011

Mesyuarat Panel Penasihat 09/2011

Mesyuarat panel penasihat kali ke 9 diadakan pada Ahad 16 Oktober 2011 mulai jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.

Mesyuarat membincangkan 

1.   Gotong Royong

Panel penasihat bersetuju untuk mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar klinik kesihatan pada setiap bulan. Gotong royong yang pertama akan diadakan pada Khamis 01 Disember 2011 mulai jam 0800 pagi. Peralatan untuk kerja kerja akan disediakan. Antara kerja yang akan dilakukan termasuklah memotong rumput, mengutip dan membuang sampah dan mencantas pokok pokok yang ditanam.

Ada cadanngan untuk menambah pokok bunga di sekitar kawasan. 

2.   Lawatan

Panel penasihat merancang untuk mengadakan lawatan ke klinik Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Khamis 08 Nov 2011. Klinik tersebut mengadakan program Diabetic dan Foodcare untuk pesakit. Lawatan ke klinik tersebut dirancang pada sebelah pagi.

Selepas makan tengah hari ahli panel yang menyertai rombongan akan singgah di Kilang Utusan Malaysia cawangan utara yang terletak si Seberang Prai. Tujuan lawatan untuk meninjau proses penyediaan akbar tersebut. Satu ceramah mengenai pemakanan dan penyakit akan disampaikan kepada kakitangan utusan.


Mesyuarat panel berikutnya dicadang pada Ahad 13 Nov 2011