Klinik Kesihatan Bakar Arang dijemput untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk Kampung Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal, Sungai Petani pada hari Ahad 13 November 2011 mulai jam 0900 pagi.
Pemeriksaan kesihatan tersebut diadakan sempenan Mini Hari Peladang dan Penternak peringkat unit yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Unit 18 kampung tersebut. Beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian, Risda, Pertubuhan Peladang, FAMA, Jabatan Haiwan, TEKUN dan Polis Diraja Malaysia turut mengambil bahagian.

Kebanyakkan pengunjung dan peserta Hari Peladang dan Penternak tersebut mengambil kesempatan melakukan pemeriksaan kesihatan yang disediakan. Diantara pemeriksaan adalah :-
- BMI
- Tekanan Darah
- Kandungan Gula
Ujian 'pep smear' tidak dapat disediakan kerana sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Tarikh lain akan dicadangkan untuk pemeriksaan tersebut.
Dianggarkan hampir 60 orang pengunjung yang terdiri dari penduduk kampung Seberang Tok Soh Pinang Tunggal dan kampung berdekatan mengambil peluang dan kesempatan tersebut. Pemeriksaan kesihatan tersebut dianggap berjaya. Ramai penduduk kampung yang tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan atau yang sudah lama tidak mendapat perkhidmatan serupa itu mendapat manfaat, apatah lagi perkhidmatan dilakukan ditempat mereka sendiri.
Memandangkan kejayaan tersebut pihak penganjur menyatakan hasrat akan mengadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan seperti itu dimasa masa akan datang.