Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Rabu, Disember 28, 2011

Seminar Pemantapan Panel Penasihat

Panel Penasihat Kesihatan Daerah Kuala Muda mengadakan satu seminar :

Tarikh :       Rabu 28 December 2011
Masa :        8.00 pagi ~ 5 petang
Tempat :     Dewan MPSP, Tikam Batu, Sungai Petani

Ucapan Pengerusi Panel Penasihat Daerah Kuala Muda
Seminar diadakan bertujuan :
  1. Memantapkan aktiviti Panel Penasihat Kesihatan Daerah Kuala Muda
  2. Meningkatkan peranan dan kerjasama ahli panel penasihat dalam aktiviti saringan kesihatan di peringkat komuniti.
Seminar ini adalah untuk semua ahli panel Daerah Kuala Muda. Setiap Klinik Kesihatan diminta menghantar seramai 10 orang ahli panel mereka untuk menghadiri seminar yang julong kali diadakan. Diharapkan mereka akan dapat menjalankan aktiviti panel dengan lebih efektif dan berkesan.


Aturcara Majlis :

 8.00 pagi             : Pendaftaran
 8.30 pagi             : Bacaan Doa
 8.35 pagi             : Taklimat Pengerusi Panel Penasihat Daerah
 8.45 pagi             : Ceramah - Tugas dan Tanggungjawap Ahli Panel
10.00 pagi            : Minum pagi
10.30 pagi            : Ceramah : Epidemiology dan Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit
1.00 petang          : Makan tengah hari dan solat
2.30 petang          : Taklimat - tatacara Pemeriksaan Kesihatan dan sessi amali
4.30 petang          : Penutup dan penyampaian Sijil
5.00 petang          : Minum petang dan bersurai

Kehadiran seminar agak mengecewakan kerana hanya hampir setengah dari bilangan yang berdaftar hadir. Oleh kerana itu seminar dipendekkan dan bersurai sebelum 2.00 petang.

Vest untuk ahli panel penasihat diserahkan kepada wakil panel penasihat selepas majlis taklimat.

Tugas dan Tanggungjawap Ahli Panel Penasihat
Vest untuk Ahli Panel
Cara mengukur berat badan dan mengira BMI
Ukuran Tinggi
Cara membuat ukuran Tekanan Darah
Lepas ni .......

Ahad, Disember 11, 2011

Mesyuarat Panel Penasihat 11/2011

Mesyuarat panel terakhir untuk tahun 2011 diadakan pada Ahad 11 Disember 2011 mulai jam 2.30 petang di bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan bakar Arang.


Gotong royong

Klinik Kesihatan Bakar Arang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli panel yang telah menjayakan gotong royong membersihkan kawasan klinik pada hari Khamis 01 Disember 2011. Gotong royong tersebut dianggap berjaya sekali dan banyak perubahan yang dapat dilakukan.

Panel penasihat menucapan terima kasih juga kepada En Azizan Md Isa kerana menyediakan lima pekerja untuk memotong rumput sekitar kawasan.

Program gotong royong klinik kesihatan akan dilakukan setiap dua bulan. Usaha lain akan dilakukan dimasa akan datang seperti menanam pokok bunga dan pokok herba.


Penjagaan Kaki

Lawatan ke Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Empat,Seberang Perai Selatan pada Khamis 08 Disember 2011 amat berjaya. Peserta yang mengikuti lawatan tersebut mendapat pengetahuan dan pengalaman yang berguna.

Panel akan menimbangkan untuk membuat lawatan kali kedua untuk memberi peluang kepada ahli serta kakitangan yang tidak berkesempatan mengikuti lawatan pertama.

Panel penasihat mengucapkan terima kasih kepada En. Hisyamuddin kerana memberikan peluang kepada ahli panel membuat lawatan Utusan Malaysia Cawangan Utara.


Pemeriksaan Kesihatan

Klinik Bakar Arang telah mengatur program untuk pemeriksaan kesihatan untuk semua ahli panel penasihat pada hari Khamis 05 Januari 2012. Kali terakhir ujian dilakukan adalah pada akhir tahun 2009. Ahli panel diminta berpuasa mulai jam 10.00 malam hari sebelumnya.


Lawatan ke Klinik Desa

Panel menetapkan untuk membuat lawatan ke Klinik Desa pada 05 Januari 2012 bertujuan untuk memperkenalkan ahli panel kepada kakitangan klinik desa tersebut. Terdapat lima klinik desa dibawah Klinik Kesihatan Bakar Arang iaitu :
  • Klinik Desa Lubuk Saga
  • Klinik Desa Pantai Prai
  • Klinik Desa Pematang Berangan
  • Klinik Desa Sungai Pasir
  • Klinik Desa Batu Lintang
Panel akan dibawa melawat ke semua klinik desa tersebut.



Lawatan ke Loji Pembersihan Air Pinang Tunggal

Lawatan ini dijadualkan pada 05 Januari 2012 iaitu selepas melawat klink desa. Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahli panel tentang proses rawatan air minuman yang dilakukan.


Khursus Induksi

Panel Pensaihat Kuala Muda sedang mengatur satu seminar untuk semua ahli panel Daerah Kuala Muda. Seminar ini bertujuan untuk menerangkan garis panduan panel penasihat serta fungsi panel. Ahli panel juga akan diberikan latihan pendek cara melakukan ujian ujian asas yang kerap dibuat pada kem kesihatan.

Dijangkakan hampir 100 ahli panel akan menghadiri khursus tersebut

     Tarikh :          Khamis 22 Disember 2011
     Lokasi :         Dewan MPSP Tikam Batu


Pemutihan Ahli

Panel bersetuju untuk menggantikan ahli ahli panel yang tidak aktif dan telah tidak dapat menghadiri mesyuarat panel, tidak dapat mengikuti program dan aktiviti panel.


Ahli Baru

Tiga orang ahli baru menghadiri mesyuarat kali ini. Panel mengalu alu penyertaan mereka dan berharap mereka dapat memberikan sumbangan kepada panel.


Khamis, Disember 08, 2011

Penjagaan Kaki untuk Pesakit Diabetes

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mengadakan lawatan sambil belajar ke Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada Khamis 08 Disember 2011. Rombongan bertolak dari Klinik Kesihatan Bakar Arang Sungai Petani pada jam 0830 pagi menaiki dua unit van dan tiba di klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara pada jam 09.40 pagi.

Rombongan lawatan diketuai oleh Pengerusi panel penasihat En Ibrahim A'Kasah dan Timbalan Pengerusi Dr. Shahid Pervez.

Kedatangan kami disambut mesra oleh staf Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara yang di ketuai oleh Dr. Kang dan Dr. Tan. Selepas ucapan aluan oleh Dr Kang kami dijamu dengan sarapan pagi. Seterusnya kumpulan rombongan di pecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada staf klinik kesihatan dan satu lagi adalah ahli awam panel penasihat

Aturcara :

  1. Ceramah : Penjagaan Kaki untuk Pesakit Diabetic
  2. Demonstrasi Penjagaan Kaki 
  3. Senaman Kaki
  4. Pemeriksaan Kaki

Tiba di Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara
Ucapan oleh Dr Tan Hooi Shyuan
Ceramah Penjagaan Kaki - MA Mat Zaki Salleh
Demonstrasi Pedicure - cara penjagaan kaki
Salah satu senaman untuk kaki: SN Kana
Taklimat Pemeriksaan Kaki : Dr Tan Hooi Shyuan
Cara pemeriksaan dilakukan
Jamuan makan tengah hari
Cenderhati dari Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara
Untuk Kenangan
Singgah di Kedai Jeruk Pak Ali,  Simpang Empat


Lawatan Sampingan

Dalam perjalanan pulang, rombongan singgah di pejabat pencetakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo di Seberang Jaya. Ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang operasi penetakkan akhbar tersebut.

Rombongan diberi taklimat tentang sejarah dan operasi penerbitan akhbar utusan oleh En Hisyamuddin Mohd Mokhtar yang juga ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang. Seterusnya rombongan dibawa melawat sekitar mesin cetakan.

Pejabat Utusan Malaysia Cawangan Utara
Presentation mengenai Utusan Malaysia
Mesin cetakan
membaca sisipan akhbar esok ....
Lobby Utama Pejabat Utusan Malaysia
Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf dan kakitangan Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan keatas kesudian menerima lawatan ini. Segala penerangan, ceramah, demonstrasi dan latihan yang diberikan ternyata amat berguna kepada kedua dua kumpulan pelawat. Kerjasama, kemesraan dan layanan yang diberikan akan dikenang.

Panel penasihat juga mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia Cawangan Utara yang mengizinkan rombongan panel penasihat membuat lawatan. Walau pun tidak dapat melihat proses pencetakan dilakukan, ceramah dan penerangan yang disampaikan berserta lawatan ke kawasan pencetakan memberikan pengetahuan dan pengalaman berharga kepada peserta.
      

Khamis, Disember 01, 2011

Gotong Royong

Satu aktiviti anjuran panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang diadakan pada Khamis 01 Disember 2011. Aktiviti adalah yang pertama kali diadakan di klinik ini. Aktiviti ini telah dirancang dan diputus didalam mesyuarat panel penasihat. Gotong royong bertujuan membersihkan kawasan disekitar klinik, jalan masuk utama dan di kawasan kuarter klinik.

Program ini disertai oleh ahli panel serta kakitangan klinik kesihatan dengan bantuan beberapa orang awam. Gotong royong bermula pada jam 08.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi. Jamuan ringan disediakan.

Kerja kerja dibahagikan seperti berikut :

1.   Mesin rumput - bantuan dari lima orang awam yang membersihkan kawasan klinik.

2.   Mengemaskan pokok hiasan termasuk pokok buluh dan pokok besar, membuang pokok buluh yang berlebihan, mencantas dahan dahan pokok.

3.   Menyapu, mengumpulkan dan membuang daun daun kering

4.   Membersihkan pokok bunga dan hiasan

5.   Membuang pokok menjalar pada pagar

6.   Membuang pokok liar yang tumbuh diluar pagar

7.   Membersihkan longkang








 



Kesimpulan :

Program gotong royong ini dianggap amat berjaya dan dianggap mencapai matlamat dan tujuan diadakan. Kebanyakkan peserta menyatakan kesediakan dan kesanggupan untuk untuk turut bersama sekiranya aktiviti seperti ini dibuat dimasa masa akan datang.

Beberapa kelemahan dikenalpasti untuk diperbaiki di program yang lain.

Panel Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat, memberikan sumbangan tenaga dan sokongan untuk menjayakan aktiviti gotong royong ini. Juga ucapan terima kasih keada orang awam yang memotong rumput menggunakan mesin dan bahan bakar sendiri.