Gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk tatapan lengkap

Ahad, Mac 11, 2012

Mesyuarat Panel Penasihat - 03/2012

Mesyuarat panel penasihat kali ketiga diadakan pada Ahad 11 Mac 2012 mulai jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Bakar Arang.



Penubuhan Kelab Diabetes - NCDP 1M

Mengikut arahan yang ditreima, setiap klinik kesihatan diarahkan menubuhkan 'Kelab Diabetes'. Ahli panel penasihat menjadi sebahagian ahli kelab tersebut manakala yang lain terdiri dari orang awam. Keutamaan akan diberikan kepada orang yang mengidap penyakit tersebut manakala orang awam lain juga dijemput menjadi ahli.

Kelab tersebut akan menjalankan aktiviti berkaitan diabetes termasuk :

1.  Mengadakan aktiviti sekurang kurangnya 2 kali sebulan

2.  Mengadakan ceramah kesihatan - 2 kali sebulan

3.  Membuat pemeriksaan BMI - 1 kali sebulan

4.  Mengadakan demonstrasi permakanan sihat - 4 kali setahun

 Disamping itu rekod BMI ahli yang terlibat akan dipantau samada program dan aktiviti diadakan memberi kesan seperti turun berat badan. 

Ahli yang merokok juga akan digalakkan untuk berhenti merokok.


Program Kemasyaratan

Satu aktiviti baru dirancang oleh panel penasihat adalah untuk mengadakan program kemasyarakatan. Sebuah rumah akan dipilih dimana ahli panel akan membantu dalam kerja kerja membersihkan kawasan luaran dan dalaman rumah tersebut. 

Aktiviti ini akan diadakan bersama dengan JKKKP dan ICU. Semoga dengan ini penduduk lain akan dapat menjadikan sebagai contoh bagaimana menjadi persekitaran rumah.

Program yang pertama ini akan diadakan di Kampung Seberang Tok Soh pada hari Sabtu 31 Mac 2012 bermula pada jam 8.00 pagi.


Taman Herba

Satu kawasan kecil berhamiran dengan pondok pengawal klinik dikenalpasti untuk dijadikan tapak taman herba. Ahli panel akan menanam pelbagai jenis pokok herba dikawasan tersebut dan ia boleh diambil oleh sesiapa yang memerlukan.

Satu aktiviti gotong royong akan diadakan pada Khamis 15 Mac 2012 mulai jam 8.00 pagi untuk menanam pokok pokok herba yang disumbangkan oleh ahli panel.